Khamis, 29 November 2007

Kucing dan 100 Nada Vokal



Antara fakta menarik mengenai kucing ialah binatang yang menjadi kesayangan ramai orang ini mempunyai lebih 100 nada vokal (bunyi).

Tidak hairanlah apabila kucing 'bergaduh' kita dapat dengar berbagai bunyi yang berbeza-beza nadanya: ada tinggi dan ada rendah; ada mengiau tetapi nada ngiau yang berbeza-beza.

Manakala apabila anjing 'membuat bising' bunyi seperti beberapa nada sahaja, kerana dikatakan anjing ada hanya sepuluh nada vokal sahaja.

Selasa, 27 November 2007

Putih







Kucing ini kami berikan nama "Putih" kerana bulunya berwarna putih.

Kira-kira sebulan lepas semasa anak saya, Hanisah pulang ke rumah, seekor kucing berwarna putih temah mengikutnya pulang ke rumah.

Semasa saya duduk di muka pintu kucing kelihatan jinak sekali dan masuk ke dalam rumah. Saya ambil kucing itu dan meribanya. Tiba-tiba dia membengkokkan badannya seolah-olah berada dalam kesakitan.

"Mungkinkah kucing ini hendak beranak?" tanya saya kepada isteri saya.

"Yalah, bang mungkin dia nak beranak. Nampak sarat saja perutnya."

Saya mengambil kotak dan beberapa helai kain dan meletakkan kucing itu ke dalam kotak itu ke sudut di depan rumah.

Memang betul, dia menahan kesakitan beranak. Tidak lama lepas itu dia beranak. Tiga ekor anak. Hanisah menelefon kawannya yang sukakan kucing, mengatakan seekor kucing ikutnya balik dan beranak di rumah kami. Kawan Hanisah kata, "Jauhkan anak-anak kucing itu dari Lego, sebab mungkin Lego akan membunuh anak kucing itu."

(..bersambung..)

Lego







Kucing ini kami namakan Lego.

Anak lelaki saya yang berumur lima tahun sukakan binatang. Pada suatu hari beberapa bulan yang lalu semasa pergi membeli barang-barang keperluan di sebuah kedai runcit, anak saya hendak mengambil seekor anak kucing yang memang selalu bermain-main di kedai itu.

Tentunya anak kucing dibuang oleh tuannya kerana misainya dipotong pendek. Kata orang jika membuang kucing dan supaya ia tidak jumpa mencari jalan pulang hendaklah dipotong misainya.

Pembantu kedai itu berkata. "Jika Naim suka, ambillah kucing itu."

Apa lagi, tersangat gembiralah Naim. Kami bawa pulang anak kucing itu. Oleh kerana bulunya berwarna hitam Naim memanggil anak kucing itu dengan gelaran "Negro." Tetapi pada ketika itu Naim masih 'pelat' percakapannya, maka bunyinya "Lego."

Sehingga ke hari ini, kami panggil "Lego."

Kami beri dia makan 'whiskas' serta ikan kembung kecil yang direbus tawar. Mungkin disebabkan makan ikan rebus tawar, maka bulunya hitam berkilat.

Dia memang manja dengan Naim, Imah (kakak Naim) dan saya. Bila saya pulang dari kerja dia akan berkejar kepada saya. Saya akan angkat dan gosok badannya dahulu.

Jikalau saya terlewat pulang, isteri saya kata Lego duduk di tempat letak kereta, seolah-olah "menanti kepulangan" saya.

Isnin, 26 November 2007

Rindu yang kuning



Kelmarin
setiap nadi
berdegup
sayang sedetik
rasa setahun

Rindu
yang kuning
abadi
di hati

Esok
menjanjikan
kesejahteraan
tuntutan
murni.

Ahad, 25 November 2007

John Howard Kecundang

Kevin Rudd, ketua parti Labour Australia memimpin partinya mengungguli pilihanraya negara itu setelah mengalahkan parti pimpinan John Howard, sekaligus menamatkan 11 tahun pemerintahan kerajaan pimpinan Howard.

Sebaik sahaja menerima keputusan pilihanraya yang memberikan kemenangan kepada parti Labour dengan sekurang-kurangnya 80 daripada 150 parlimen, John Howard mengaku kalah dan berkata "...negara ini mengamalkan demokrasi, maka saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Kevin Rudd..."

Kevin Rudd pula telah berkata "...saya akan menjadi perdana menteri kepada semua rakyat Australia, perdana menteri kepada penduduk asli, perdana menteri kepada warga Australia yang dilahirkan di sini, serta yang datang kemari dari jauh."

Begitulah ucapan yang jelas bermaruah dan dari ahli politik yang benar-benar memahami erti amalan sistem demokrasi.

Terkadang-kadang kita merasa malu kerana ramai ahli-ahli politik dan pemerintah dari kalangan dari negara-negara orang Islam yang lebih rendah tahap pemahamannya terhadap sistem demokrasi, walau pun mereka mangaku mengamalkan demokrasi.

Jumaat, 23 November 2007

Minyak Dunia Koho Sikit

Lamo do'oh dah ambo tak buat posting dale blog so ni. Buke malah, tapi gak, ho la,... mace-mace nak buat ni gak. Jadi kita tak leh nak update sokmo la.

Ambo nak ghoyak lo ni minyak dunia ni koho kure doh. Bekale dia koho lamo koho tinggal sikit la. Yo la, gapo-gapo pun dale dunia ni koho lamo koho sikit. Semetelah lagi minyak petrol dan diesl ni, semua oghe atah dunia ni guna. Behe bakaren lah katakan, demo ambik sikit ambo ambik sikit - ambik sikit-sikit lamo-lamo habih.

Kita do pghabih bahan hok ambil masa berjuta-juta tahun nak buat. Jadi kita kena bersedia la. Kena feham la.

Adik kakak setuju ko dengan fakta ni?

Phantom of the Opera Dark Waltz

Khamis, 22 November 2007

Dari Blog Zalisa

Apabila membaca suatu posting di blog seorang kawan penulis, saya amat tertarik dengan cerita itu.

Maka saya ingin berkongsi kisah itu dengan pembaca yang budiman.

Sila klik di sini.

Rabu, 21 November 2007

Selasa, 20 November 2007

Kosovo Diberi Amaran Jangan Isytihar Merdeka

Akhbar maya Islamonline.net memetik kata-kata amaran dari para menteri luar Kesatuan Eropah (EU) supaya Kosovo tidak mengisytihar merdeka dari Serbia secara unilateral, sebaik sahaja parti PDK pimpinan Hashim Thaci memenangi pilihanraya.

Parti mendapat 34 peratus undi mengalahkan parti kerajaan dahulu, LDK yang mendapat 22 peratus undi.

Kosovo tidak boleh merdeka dengan ‘tidak terurus’ kerana pihak Serbia dan Russia menentang keras kemerdekaan Kosovo. Kononnya Kosovo mesti mendapat sokongan pihak EU terlebih dahulu.

Kita percaya pihak EU sendiri sebenarnya tidak mahu membenarkan Kosovo merdeka, kerana dengan merdekanya Kosovo bererti akan wujudlah sebuah Negara umat Islam di benua Eropah.

Ini hanyalah suatu ulangan sejarah selepas peristiwa yang dihadapi oleh umat Islam di Bosnia Herzegovina pada tahun 1990’an dahulu. Ketika itu, pihak Eropah pun tidak mahu Bosnia merdeka sebagai sebuah Negara umat Islam. Pihak barat membiarkan sahaja umat Islam Bosnia diganasi oleh pihak Serbia sehingga beribu-ribu umat Islam Bosnia menjadi korban dan pelarian.

Bosnia dibiarkan menjerit dan berdarah dan seterusnya mati di tengah-tengah benua yang kononnya memperjuangan hak asasi manusia.

Hanya setelah negara-negara umat Islam, termasuk Iran, memberikan bantuan kepada Bosnia dari segi kewangan, senjata dan diplomatic sehingga hampir-hampir menghancurkan pihak Serbia, barulah Eropah dan Amerika beriya-iya membantu Bosnia.

Itu pun sebenarnya bukanlah ingin membantu Bosnia sangat, tetapi hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan pihak Serbia daripada ditumpaskan secara total oleh umat Islam Bosnia.

Kita tunggu dan lihat apa lagi permainan pihak EU, Amerika dan kuncu-kuncu mereka dalam kes Kosovo ini.

Sabtu, 17 November 2007

Pulut Kuning



Setiap kali diadakan majlis kesyukuran, tidak kurang pula orang yang menghidangkan pulut kuning.

Makan pula dengan kari,..em sedapnya...

Kuning Rinduku





Di suatu hari
bernama Sabtu
setelah fajar
menyinsing
kulihat kuning
di ufuk timur

Terkenang di masa dulu
sebuah kisah
nan baru lalu
menjadi sejarah

Di hari itu
rinduku
jadi kuning
kerna inginkan
suatu perubahan.

Kompang Lancang Kuning

Lancang Kuning Sebuah Lagu

Jumaat, 16 November 2007

Kuning Bunga Crocus dan Daffodil




Dua jenis bunga yang subur tumbuh di negara hawa sederhana yang berwarna kuning ialah bunga crocus dan daffodil.

Sungguh cantik dan menarik hati sesiapa sahaja yang tahu menilai kecantikan bunga.

Kuning Masak Lomak Cili Api



Bagi masyarakat Malaysia, terutama mereka yang berasal dari Negri Sembilan, masakan lemak menggunakan santan kelapa serta kunyit amat popular.

Masakan yang saya maksudkan itu ialah masak lemak cili api.

Kuning Mangga dan Pisang





Tidak kira sama ada kaum Melayu, China atau India; semua suka makan mangga dan pisang.

Lihat betapa menarik dan menyelerakan buah mangga dan pisang yang berwarna kuning. Cantik dan membuka selera

Kuning Roti Jala



Tidak syak lagi roti jala menjadi juadah kegemaran masyarakat Malaysia.

Warnanya yang kuning menambahkan lagi seri dan selera bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Em, yum, yum, yummii...!!

Kuning Kunyit




Kunyit adalah satu tumbuhan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu, terutama sekali di kalangan kaum ibu serta tukang masak.

Banyak masakan yang memerlukan kunyit bagi menambah kelazatan makanan.

Minuman asam kunyit pun ada juga!

Iklan Yellow Pages



Satu lagi jenama brand yang terkenal yang menggunakan warna kuning ialah Yellow Pages.

Sesiapa sahaja yang bergiat dalam perniagaan, atau mana-mana pelanggan yang ingin mencari nombor telefon bagi syarikat yang menjual atau menawarkan khidmat tertentu akan membuka halaman kuning bagi mencari nombor telefon syarikat berkenaan.

Memang sesuai sekali digunakan warna kuning.

Iklan Digi Warna Tema Kuning




Iklan yang terkenal di tv ialah iklan maskot Digi kerana ia menggunakan warna kuning, iaitu warna brand bagi Digi.

Ini pun menarik kerana ia menggunakan warna kunig!

Bunga Daisy Kuning



Lihatlah kecantikan bunga daisy yang berwarna kuning.

Cantik, bukan?

Burung Bulu Kuning



Sekali sekala apabila terpandang burung yang berwarna kuning di dada, tentu kita tertanya-tanya burung apakah ini?

Tembikai Kuning



Selepas menjamu selera dengan nasi minyak yang berwarna kuning, tetamu dihidangkan pula dengan buah tembikai kuning.

Aduh, lazatnya tembikai kuning!

Kuning Jamuan Itu



Sambung cerita kuning lagi.

Masyarakat Melayu terkenal dengan kemesraan melayan tetamu dan mengadakan jamuan.

Ketika orang bercerita tentang warna kuning, tentu kita tidak akan terlepas pandang nasi minyak yang dihidang dalam jamuan warnanya kuning!

Bila Senja Berlabuh



Sejak kebelakangan ini orang sering membicarakan warna kuning.

Saya pun merasa begitu suka kepada warna kuning ketika ini. Masyarakat Melayu memang tidak asing lagi dengan warna kuning. Lihat saja suasana kenduri kahwin! Tidak dapat tidak warna kuning menjadi warna yang paling digemari.

Seorang wanita yang memakai tudung berwarna kuning tentunya menarik hati sesiapa yang memandang

Untuk posting kali ini saya mengajak pembaca budiman untuk sama-sama menikmati keindahan warna kuning ketika senja.

Menarik, bukan?

Iklan Kem Kuning - Masa Untuk Berubah?

Khamis, 15 November 2007

Rabu, 14 November 2007

5A dan handphone

"Kalau Imah dapat 5A, ayah akan belikan handphone."

"Betulkah nak belikan handphone untuk Imah?"

"Yakinkah boleh dapat 5A?"

"Insya Allah."

----- &&&&&&& -----

"Berapa A Imah dapat?"

"5A. Oh ya, handphone yang paling rendah harganya ialah RM190.00.."

"Yalah..., faham...."

----- $$$$$$$ -----

Selasa, 13 November 2007

Alija Izetbegovic dalam Kenangan (Tekbir!)

Kisah Rumah Terbuka

Masa: Beberapa hari selepas hari raya
Lokasi: Di sebuah rumah di sebuah taman perumahan

"Assalamu'alaikum, puan. Selamat Hari Raya. Encik Faris ada?"
"Alakumsalam. Selamat Hari Raya. Encik Faris tak ada dia di rumah kedua. Jemputlah masuk."
"Encik Faris jemput kami datang rumah dia. Ada jamuan."
"Oh, open house hari ini rumah kedua. Besuk rumah ini. Jemputlah datang esuk, ya?"
"Err.. ye, ya, baiklah. Kami ke sana dululah..."

Rindu Padamu

Gurindam semalam
menghias rentak
kasih dua jiwa
merdu
di hati kita

Hujan di subuh sunyi
membasuh luka
pedih
ngilu
pilu
dan sendu

Aduhai kekasih
rindu ini
hanya padamu
namun
dikau masih belum
sedia menerima.