Jumaat, 8 September 2006

Unta dan Keldai di Port Sudan




Unta menjadi salah satu pengangkutan penting di Sudan.

Oleh kerana negara yang luas dan mereka baru sahaja mula membangun, maka jalan raya masih lagi belum menghubungkan semua penempatan kampung-kampung di sekitar padang pasir.

Unta sejenis binatang padang pasir yang mampu berjalan jauh di padang pasir yang tandus dan panas itu.

Keldai pula menjadi pengangkutan penting bagi penduduk yang miskin dan tidak mampu memilki unta atau kereta.

Salah satu kegunaan keldai ialah mengangkut air dari perigi dan sumber-sumber air yang lain, untuk dihantar ke rumah-rumah, kedai-kedai atau masjid-masjid.

2 ulasan:

© EM Muhammad berkata...

Terasa bagai hidup di Tanah Arab apabila melihat gambar unta dan keldai yang terdapat di dalam laman web saudara. Di negara kita atau di tempat saya tinggal ini, suasana begitu tidak dapat dinikmati lagi. Ya, mungkin kehidupan insan tersebut tidak seselesa kita tetapi alangkah bahagianya, hidup tanpa kesesakan kota dan mementingkan harta benda. Benarkah?

Ada saudara naik kereta yang ditarik oleh unta dan keldai itu? Saya pernah menaiki gajah memanjat gunung di India. Gajah betina berusia dua tahun bernama Champa. Bimbang juga tercampak ke dalam gaung. Alhamdulillah, selamat juga adanya. InsyaAllah, bila ada masa saya akan postkan di laman web saya. Kita boleh bertukar-tukar pandangan.

Imran Yusuf berkata...

Saya belum naik unta atau kaldai itu, tetapi bila saya akan ke Sudan lagi selepas Hari Raya nanti mungkinlah saya akan naik kereta yang ditarik kaldai itu.

Nanti postkan episod naik gajah tu ye...

Terima kasih.