Jumaat, 29 September 2006

Menjelajah melihat tumbuhan




Selain melihat pemandangan yang unik di tempat yang dijelajahi, saya tidak lupa juga kepada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di tempat itu.

Ada yang serupa spesis dengan tanaman dan tumbuhan di negara kita. Tidak kurang pula yang berbeza.

Bila melihat pokok buah-buahan dan pohon perhiasan maka kita dapat menilai jalinan masyarakat itu dengan tanah dan sejauh mana mereka mementingkan pertanian.

Bila mula posa, teket bas habih

Adik kakak sedia maklum bila dekat nak gha'ya teket bas, teket keretapi, teket kapal terbe gak habih belakala oghe tepah.

Jadi kalu lewat beli gak kena ambik teket bas tambahe. Kalu nasib baik buleh naik bas molek, kalu dok baik gak, kena la naik bas bughuk: air-con takdak, keghusi so'yak. Kalu nasib tak baik lagi, bas mapuh tengah highway. Si'ye kalu kena bah mapuh dekat wwaktu bu'ka posa. Nak beli kuih dan makene kedai jauh. Kalau ada air mineral tu buleh la minum.

Adik kakak hak kelik ka'po naik kegheta sedighi tu molekla hatar servis kegheta tu sebelo balik ka'po. Bila bawa kegheta tu biarla molek sikit deh. Oghe lain po nak keleik ka'po juga. Biar lambat asal selamat.

Adik kakak kelik ka'po mana tahun ni? Kapo sedighi atau kapo mak mertua? Hehehe

Khamis, 28 September 2006

Doh mula buat persedia'e utuk Gha'yo ko?

Ambo ghaso ghama doh oghe mula buat mace-mace hal utuk nak gha'yo ni.

Tuke jahit di sekitar Lembah Kela'e ni denga kato doh tokse ambil tepahe lagi. Dah penuh doh.

Di pejabat-pejabat gak ghama la juga hok buwi sample kuih la. Ni kigha nak ambik tempahe la. Bulih la tambah pedapate buat pitih gha'yo.

Ada juga oghe hok kijo keghaja'e ambil cuti khas bule Ramadhe ni sebab nak buak kuwe hok oghe tepah ni.

Guana po molek la caghi pedapate tambahe, cumnyo oghe ghama jange dok belanja banyak do'oh la. Pahtu pulak oghe ne'ga tu jange dok ambil untung tinggi sangat.

Adik kakak dah tempah baju Melayu de baju kugho ko utuk nak paka gha'yo?

Rabu, 27 September 2006

Ingin terbang menjelajah muka bumi




Saya merasa lega bila berada di dalam negeri dan tiada tugasan luar yang perlu diselesaikan.

Setiap hari boleh balik ke rumah dan bersama anak isteri.

Namun begitu jauh di sudut hati, terasa juga keinginan untuk terbang bebas seperti burung menjelajah seluruh pelusuk bumi ciptaan Allah yang penuh dengan segala keindahan ini.

Menjelang Puasa dan Hari Raya

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat membuat persediaan untuk berhari raya.

Sesuatu yang memeranjatkan ialah bila harga barang makanan naik secara mendadak menjelang bulan Ramadhan.

Belum lagi reda isu kekurangan gula, sebaik sahaja ada pengumuman bonus untuk kakitangan awam, tiba-tiba harga makanan melambung tinggi.

Adakah bersangkut paut dengan cerita bonus tersebut? Mereka yang terlibat tentu tahu. Namun Allah Maha Mengetahui.

Kita tunggu dan lihat adakah harga barang akan naik pula menjelang hari raya ini?

Selekeh la kita posa belaka

Ambo ucapke selamat berposa utuk adik kakak se'ma.

Haghi baik bule baik ni molekla kita mitak maaf atagha satu sama lain. Jange la tunggu dekat nak gha'yo baghu nak mitak apo de maaf. Manala kita tau kita ake hidup de sapa gha'ya, dok keneh? Mungkin kita mati dale bule posa ni.

Kita pa'kat posa mo'lek, amale hok wajib tu lipat gandake de hok sunat tu kita tambah lagi, ko guana?

Kalu kita posa belapa sehaghi sutuk pahtu bila bu'ka tu make banyak, se'ma benda nak sumbat gak, hok letih la, bekali tok de semaye Isyak doh nga'tuk doh.

De lagi persedia'e utuk gha'yo tu buleh dah nak buat daghi sekaghe, cumanya jange la sapa mebazir.

Adik kakak kelek ka'po ko gha'ya tahun ni?

Ahad, 24 September 2006

Oghe Somalia Puasa Hari Ahad Mace Malaysia




Kito baca beghita ghoyat oghe Somalia po mula puasa haghi Ahad mace kita di Malaysia.

Molek benar la tu. Denga koba oghe Somalia ni po mazhab Sunni. Demo di Somalia tu kigha taho ni puasa dale keada'e ame la sikit. Ya la, doh lebih demo tu dale pe're.

Lo ni kigha dah ame la sikit. Puak jahat hok dok ikut pa'la-pa'la pengat hok oghe putih warlord tu dah alah abih doh. Ado ye laghi tubik daghi Somalia, ada ye dah baik denga puak-puak Union of Islamic Courts (UIC), wala po ada lagi hok keghah peda tapi dah laghi habih dah, tak dok do buat onar kat Mogadisghu lagi doh.

Ambo suka denga ceghita hok puak UIC ni buat: demo hareke pengguna'e sejenis daun hok buat oghe koya ni, iaitu dipanggil 'khat'. Ha jange adik kakak salah pehe denga Khat iaitu hasil seni hok tulis ayat-ayat Al-Qur'an tu.

"Khat" di Somalia di sejenih daun mace daun ganja la. Jadi moleh do'oh la 'khat' di hareke di Somalia. Biar la puasa ni diterima Allah. Jange dok buat ko'se mace kunyah 'khat' ni.

Adik kakak setuju ko dengan ambo ni?

Sabtu, 23 September 2006

Bekas PM Siye Tokse Kelik

Bila askar rapah kuasa di Siye, PM dia ada ni New York gi side PBB.

Lepah rapah kuasa tu pulak rakyat tak protes po, maknanya oghe suka la PM kena guling.

Thaksin po terbe gi ko London. Lepah tu dia napak mace takse balik ko Siye. General askar tu pulak kata Thaksin buleh kelek tapi ada kemungkine dia ake didakwa dimahkamah atah tuduhe salah guna kuasa de rasuah.

Buleh jadi sebab tu ye dia takse kelek ko Siye tu weh. Dia ni kaya dah weh, pitih dia po banyak do'oh dia sipe di UK de di Amerika. Jadi bekali kalu dia tak kelik ko lek Siye po dia buleh dah hidup di luar Siye.

Bekali dia ni nak mati luar negeri sediri la mace Marcos dulu mati masa dale buenge.

Adik kakak ghasa dia nak ko balik ko lek Siye?

Mahmoud Ahmadinejad dan Hugo Chavez

Lepas Presiden Amerika Bush berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di New York minggu ini, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad pula berucap dan sehari kemudian giliran Presiden Venezuela Hugo Chavez pula.

Bush seperti biasa berucap seolah-olah dunia ini dia yang punya.

Ahmadinejad pula tidak kurang menyengat ucapannya menyindir dan mengkritik Amerika sehingga membuat pegawai-pegawai Amerika rasa tidak selesa.

Bila tiba giliran Chavez pula, wakil-wakil negara di UN bertepuk tangan bila beliau berucap menggelar Bush sebagai 'iblis'.

"Semalam iblis datang ke mari..." ialah antara ucapannya. Tidak kurang dari 8 kali Chavez menyebut perkataan 'iblis' itu, sehingga menaikkan kemarahan pegawai-pegawai Amerika.

Begitulah persidangan kali ini Amerika dan presidennya 'dibelasah' hebat oleh dua pemimpian popular di dunia.

Telah ada riak-riak membayangkan era Amerika membuli negara-negara mustad-afin di dunia akan berakhir.

Khamis, 21 September 2006

Presiden TFG takse tubik dari Somalia




Ambo baghu ghoyak mengenai Hungary de Siye hok ada sedikit kuca wakyoh.

PM Hungary kena suruh begheti dek rakyat dia, tapi dia tokse resign lagi. PM Siye Thaksin ni pulak gi New York hadir di UN, puak askar Siye pulak rapah kuasa.

Ni hok cegita di Somalia ni pulak Presiden TFG nyarih-nyarih nak mati kena bom. Tu po takse keluar daghi Somalia.

Ni denga agen CIA pulok nak gi siasat bom tu. Ho kalu lagu ni gak Amerika ni tak serik lagi lepah 18 askar dia mati dale satu hagi jah.

Ha jange buat tak tetu kalu, oghe Somalia tu pakai kain pelikat sekat lutut jah po, beghani lawe denga askar Amerika tu.

Kita tongok la nati jadi guana pulak bila Amerika nak masuk pula ni.

Rabu, 20 September 2006

Amerika dan Israel Gesa Abbas Sisih Hamas

Di dalam penentangan yang tidak kunjung reda sehingga hari Kiamat pun, Amerika dan Israel menggesa Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyisihkan puak Hamas dari pemerintahan Palestin.

Kita rasa pelik Amerika malah Israel seklai pun yang mengaku sebagai memperjuangkan demokrasi tidak dapat menerima Hamas yang telah menang pilihanraya umum Palestin baru-baru ini.

Seboleh mungkin Hamas cuba disisih dan sekat dari menjadi pemerintah di Palestin.

Kita tidak tahu apakah Abbas akan akur kepada gesaan dua kuasa angkuh dunia itu.

Walaubagaimana pun kita yakin Hamas tidak akan berhenti dari berjuang mempertahankan Palestin dari serangan Israel dan tidak akan tunduk kepada sekatan Amerika.

Mereka telah menukar cara bersenjata kepada aliran politik, namun itu pun tidak diiktiraf. Maka jikalau aliran politik tidak diterima dunia, tidak mustahil Hamas akan merubah cara perjuangan mereka kepada aliran asal, iaitu aliran ketenteraan.

Kita tunggu dan lihat.

Rampase Kuasa di Siye




Baghu jah ambo dok ghoyat teta'e Segenting Kra de juga sepak teghaje politik antarabangsa yang bersakute denga Segenting Kra ni.

Tekejut besa belaka kita denga kisah PM Siye Thaksin kena pecat. Pihak askar dia rapah kuasa.

Baghu kemaghin kita ceghita teta'e PM Hungary kena sughuh begheti ko rakyat dia jah, ni oghe Siye rapah kuasa nah....!!

Kita denga ceghita banyak do'oh doh pasa oghe Melayu Isle kena buat nyayo di lek Siye ni. Jadi kita haghap lepah ni biar la molek sikit buat ko oghe Isle tu.

Adik kakak setuju ko hok ambo ghoyat ni?

Selasa, 19 September 2006

Menikmati suasana tanah air yang menghijau selepas meninggalkan Sudan yang tandus




Sekembali dari Sudan, terasa benar suasana kehijauan tumbuh-tubuhan di tanah air.

Kalau di Sudan tumbuh-tumbuhan kelihatan pudar dan selaputi debu pasir, maka di tanah air tumbuh-tumbuhan menghujau segar.

Kalau di Sudan panah, kering dan tandus, di tanah air pula panas dan udara lembab dan selalu hujan.

Stesen KTM Komuter berhampiran tempat tinggal saya pula kelihatan sungguh cantik selepas lebih sebulan memandang kekeringan di Sudan.

Oghe Hungary Protes Sughuh PM Letak Jawate





Ghibut takdak, huje takdak, tiba-tiba kita denga beghita oghe Hungary tunjuk perasa'e sughuh PM dia letak jawate.

Sebelum tu kita takdak dengar gapo-gapo hok ye menarik ko, hok panah ko, tete Hungary ni. Kita po gamok ko stabil la dale negagha dia. Meme stabil po.

Tapi kalu oghe hok tak tau ceghita gak heghe la weh bakpo la demo ni buat tunjuk peras'e, selamo ni gak senyap ti'pah dale go gende?

Ada pita rakame la weh, hok bocor ko oghe awe, dale pita tu denga PM Hungary ghoyak dia ke'cek pelawak masa nge'pe pilihe raya bule April baghu ni.

"Ambu ni'pu pagi, ambo ni'pu pete," gitu la lebih kughe bunyi hok dia ke'cek dale pita rakame tu.

Hok, rakyat Hungary ni jadi nak ma'ghoh la sangat PM dia ni'pu. Tu ye buat tunjuk perasa'e tu.

Hok kita heghe lagi, ada rakyat di negagha-negagha lain tu dah tahu doh keraja'e tu ni'pu dia buat tak ca'gha jah. Bila sapa time ungundi gak, rakyat buleh pilih lagi parti memerintah hok ni'pu tu.

Adik kakak ghaso tak pelik ko benda lagu tu buleh berlaku?

Presiden TFG Somalia Selamat Dari Letupan Bom

Presiden TFG Somalia Abdullahi Yusuf Ahmed terselamat dari dua letupan bom yang berlaku berhampiran bangunan parlimen di Baidoa, pusat pemerintahan TFG.

Seluruh dunia mengetahui pihak Union of Islamic Courts (UIC)pada hakikatnya lebih berkuasa daripada TFG.

Ramai tentu tertanya-tanya mengapa pula presiden TFG yang menjadi sasaran letupan bom, sedangkan TFG seolah-olah kerajaan boneka yang diwujudkan oleh PBB dan disokong proksi Amerika, Ethiopia.

Mungkin perlu juga dipersoalkan, apakah letupan bom itu memang disasarkan untuk membunuh presiden TFG atau dilakukan supaya ia kelihatan seperti yang menjadi sasarannya ialah beliau.

Namun pada hakikatnya mungkin letupan bom itu cuma merupakan satu mainan konspirasi anti-Islam yang pada dasarnya bertujuan memperlihatkan seolah-olah ancaman keganasan dari pihak UIC.

Dengan demikian akan mengundang satu lagi campur-tangan secara langsung dari pihak PBB, AU, EU atau AS.

Ahad, 17 September 2006

Setelah Kembali Ke Tanah Air




Setelah hampir dua bulan berada di bumi bertuah Sudan, saya kembali ke tanah air.

Di beberapa minggu berikutnya saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri semula dengan suasana di sini sambil mengatasi rasa tidak selesa akibat sindrom 'jet-lag' dan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab.

Terasa berbeza sekali dengan rasa panas dan kering yang dialami semasa di Sudan dahulu.

Terasa benar suasana kehijauan di tanah air, berbeza sekali dengan yang kering tandus di Sudan.

Bekelah Di Ulu Bendul




Masa hujung minggu dulu ambo bawa oghe ti'na de anak-anak ambo gi ke'lah di Ulu Bendul.

Suka do'oh la anak-anak ambo mandi de make kat sunga Ulu Bendul ni.

Lama benar doh ambo tak bawa demo ni gi mandi su'nga ni. Jadi pade la gi mandi de ke'lah ni, ho la dah tak lama lagi posa dah de lepah tu ra'ya pulak.

Ambo tengok air sunga tu se'gha suka la hati ambo de lagi ghasa nyame do'oh la, jadi ambo po ambil la sekeping dua gambar guna kamera digital ambo.

Jumaat, 15 September 2006

Bosnia Di Dale Lipate Sejarah





Ambo percaya adik kakak ingat lagi kepada peristiwa pe'ghe di Bosnia Herzegovina ye berlaku di tahun 90'en dulu tu.

Sebelum berlaku keganase oleh puak kritiye Serbia ke atas oghe-oghe Isle Bosnia, kita tak tau po ada negara/wilayah oghe di benua Eropah.

Ni kita buleh kata kes nyayo ke atas oghe Isle. Oghe Isle Bosnia di bawah pimpine Aliya Izetbegovitch istihar merdeka daripada Yugoslavia, oghe kristiye orthododox Serbia ni jadi maghah, tokse oghe Isle merdeka.

De ja'di lagu tu, negara-negara Eropah pa'kat buat tak ca'gha. Padahal selama ni demo ni gege do'oh bila berlaku pencabule hak asasi manusia, tetapi bila ja'di lagu tu di Bosnia demo ni mace suka benar oghe Isle ni di buat nyayo.

Jadi hok berlaku di Palestin de di Lubnan tu mace seghupa hak berlaku di Bosnia dulu tu. Oghe buke Isle buat nyayo ko oghe Isle, negara-negara Barat pa'kat dok diye belaka. Nampak do'oh demo ni suka kalu oghe Isle ni di bunuh lagu tu.

Bila oghe Isle Bosnia mula nak mengalahke puak Serbia, ho demo ni cepat-cepat nak bantu Bosnia, sebab dia tokse oghe Isle mena'e sepenuhnya.

Seghupa lah juga bila Hizbullah mula nak mengalahke puak Yahudi baghu lah PBB suruh gencate senjata.

Ni oghe Isle kena pehe benar sejarah. Oghe Isle mesti kena ada pertehene ye kuat dan semangat jihad tu kena ada sokmo. Baghu la kita oghe Isle ake selamat daripada ancame oghe-oghe jahat yang daghi kalange oghe kapir ni.

Guana adik kakak buleh setuju ko denga ambo?

Masjid-Masjid Di Somalia Mendapat Wajah Baru

Setelah tidak digunakan lebih 15 tahun, masjid-masjid di Somalia, terutama yang do ibu negara Mogadishu, telah dibuka semula sempena menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak.

Selama lebih 15 tahun masjid-masjid tersebut ditutup oleh gerombolan-gerombolan pimpinan warlords yang menjadi proksi Amerika. Ia tidak dimanafaatkan untuk kemajuan ummah sebaliknya dijadikan tempat pembuangan sampah dan tempat menanam mayat-mayat mangsa pembunuhan gerombolan-gerombolan warlords tersebut.

Tetapi setelah berlaku kebangkitan umat Islam di bawah pimpinan Union of Islamic Courts (UIC), gerombolan-gerombolan warlords tersebut berjaya ditewaskan dan diusir dari bumi Somalia. Ada di antara warlords itu bertaubat dan telah diterima ke dalam pasukan UIC.

Walaupun jumlah penduduk Somalia hanya di sekitar 10 juta orang dan tiada kemudahan infrastruktur seperti negara-negara maju, namun kerana semangat Islam yang kuat dan setelah berpegang kepada Islam, rakyat Somalia berjaya menghilangkan pengaruh Amerika dan proksinya dari selatan Somalia dan Mogadishu.

Maka masjid-masjid yang menjadi keagungan Islam akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk memajukan ummah Somalia dan amat bersesuaianlah masjid-masjid tersebut dibaiki dan dibersihkan untuk dibuka semula di bulan Ramadhan dan seterusnya menjadi pusat perjuangan umat Islam Somalia.

Khamis, 14 September 2006

Latihe Paintball Buleh Ja'di Mace Latihe Askar




Kalu kita tenguk cara ma'in de cara pakaye peserta permaine paintball ni ke kita napak mace demo ni askar sungguh.

Jadi ambo berpendapat tidak mustahil lah kalu ada kumpule atau pasuke hok buat latihe paintball ni sebagai latihe peghe.

Jadi ambo nak cade kalu sapa2 hok nak masuk askar wataniah tu, tapi tak layak sebab lebih umur ko atau sebab gapo-gapo lagi, maka bulehlah demo tu gi masuk latihe paintball ni.

Demo tu kena buat tubik pitihla sikit, buke free. Tapi ambo ghasa molek doh tu, kalu oghe hok ada pitih pahtu pulak minat do'oh nak berlatih mace askar. Ya lah, ghasa kalu ada peluwe nak bela agama, bangsa de negagha bila kene seghe, ada lah jugak gheti sikit-sikit.

Ke mace kat Bosnia dulu ke, oghe Isle tak ambik beghat tete pertehene ni. Tu ye kena buat nyayo ko'ghe lain.

Guana adik kakak minat ko nak cuba paintball ni?

Rabu, 13 September 2006

Paintball de Latihe Pera'e

Ambo ghaso permaine paintball ni mace kita ma'in pera'e la.

Ho la, alat hok dia panggil marker tu mace bedil dah de juga pakaiye celoghe dia tu mace baju askar.

Pahtu pulak bila lawe dua pasuke tu pulak gak, napak mace pe'ra' la, dok keneh?

Adik kakak hok takghajin ma'in paintball tu kena try la ma'in sekali, baghu tau mace mana seronok ma'in go ni.

Ketika Hujan Tiba di KLIA




Sekembali dari bumi bertuah Sudan, saya menaiki pesawat penerbangan Qatar.

Ketika pesawat mendarat di KLIA, hujan sedang turun dengan lebatnya. Terasa sangat pertukaran cuaca dari keadaan padang pasir di Sudan yang kering tandus kepada di Malaysia yang berhawa Khatulistiwa ini.

Semasa di pandu keluar dari KLIA melalui jalan menuju lebuhraya, saya senang hati sekali melihat tumbuh-tumbuhan menghijau dan amat menyejukkan mata.

Tidak dapat diceritakan perasaan saya yang gembira dan bersyukur kerana telah selamat sampai ke tanah air.

Terasa selesa dan nyaman melihat keadaan sekeliling subur menghijau.

Malaysia, tanah airku...

Selasa, 12 September 2006

Permaine Paintball




Haghi Sabtu baghu ni ambo hadir ko pertandinge permaine paintball di Mud Trekker di Kuang.

Wo sedak weh ma'in paintball ni. Seghupa denga ma'in pe'rae. Guna bedil hok dipanggil 'marker' de peluru dia panggil 'pellet'.

Tapi kita tak paka peluru sungguh la. Pellet tu dia besar sikit jah daripada buah guli tu. Bila kena tembakdia tubik cat warna mace-mace la, tapi tak ghasa sakit sangat.

Cuma nak elakke kena mata kita kena paka topeng tu. Kalu kena mata gak boleh jadi bole la. Hok tu kena jaga sangat-sangat tu.

Sapa kena cat tu kigha 'mati' la. Ambo ghasa kalu nak buat latihe pe'rae tanpa guna sejata api, molek benar la kalu masuk permaine paint ball ni.

Adik kakak ghajin ma'in paintball ke?

UIC Tandatangani Perjanjian TFG Somalia

Pihak Union of Islamic Courts (UIC) telah bersetuju menanda-tangani pelan damai dengan pihak Transitional Federal Government (TFG) yang berpusat di Baidoa.

Antara persetujuan ialah menubuhkan angkatan tentera bersama dan tidak akan membuat propaganda menjatuhkan imej di antara satu sama lain.

Pihak UIC bersetuju tidak akan 'mengambil' jajahan baru sehingga rundingan disambung semula di bulan Oktober nanti.

Kita berharap semoga kedua-dua pihak UIC dan TFG berjaya duduk semeja dan berunding demi mencapai suatu formula damai yang berkesan demi masa depan Somalia dan demi kesejahteraan rakyat Somalia.

Sekiranya Somalia berjaya mengelakkan kancah peperangan, dan kedua-dua pihak berunding dengan kepala dingin serta rela menghadapi keadaan 'give-and-take' maka mereka akan berjaya mendapat 'win-win situation'.

Tidak mustahil Somalia akan membangun dengan pesatnya sekiranya negara-negara Islam yang lain juga samnggup membantu dari segi material dan kepakaran membangun sebuah negara.

Isnin, 11 September 2006

Saat-Saat Mencemaskan di Lebuhraya Khartoum-Obaied




Semasa dalam perjalanan dari Khartoum ke Obaied atau sebaliknya, kami berkali-kali melihat keadaan yang mencemaskan apabila kenderaan yang dimuat secara belebihan, nyaris-nyaris kemalangan.

Apa tidaknya dengan muatan yang begitu banyak, saat-saat cemas itu selalu saja dialami oleh sesiapa sahaja yang berdepan dengan situasi begini.

Huje di Pete Sabtu




Ambo pegi main "paint-ball", perlawane anjuran pejabat tepat kijo ambo.

Masa balik dari sana menuju ke pejabat ambo di Dayabumi, huje lebat sungguh la.

Jadi ambo ambil la beberapa keping gambar huje lebat tu dari dale bas.

Adik kakak suka ko tenguk gambar huje ni, se'gha sejuk dok keneh?

Jumaat, 8 September 2006

Komuter Serde Pagi dan Pete




Lama do'doh dah ambo tak ceghita tete komuter Serde, sebab ambo gi jauh do'oh ko utagha tanah air, iaitu ko Segenting Kra.

Jadi ambo dah ghasa rindu ko Serde, tempat ambo ni. Jadi ambo nak balik la semula ko Serde ni.

Ambo ambik gambar setesen komuter Serde ni. Sekeping waktu pagi, sa lagi waktu pete.

Hok waktu pagi tu de la nampak matahari naik de bila pete napak jale jem dari Serde Lamo ko stesen komuter Serde tu.

Adik kakak suka ko tengok gambar hak ambo ambik pagi tu?

Unta dan Keldai di Port Sudan




Unta menjadi salah satu pengangkutan penting di Sudan.

Oleh kerana negara yang luas dan mereka baru sahaja mula membangun, maka jalan raya masih lagi belum menghubungkan semua penempatan kampung-kampung di sekitar padang pasir.

Unta sejenis binatang padang pasir yang mampu berjalan jauh di padang pasir yang tandus dan panas itu.

Keldai pula menjadi pengangkutan penting bagi penduduk yang miskin dan tidak mampu memilki unta atau kereta.

Salah satu kegunaan keldai ialah mengangkut air dari perigi dan sumber-sumber air yang lain, untuk dihantar ke rumah-rumah, kedai-kedai atau masjid-masjid.

Belarus Mncipta Sejarah

Dunia dikejutkan oleh berita Belarus menyokong Iran di dalam hak Iran di bawah perjanjian NPT di dalam isu nuklear.

Berita ini mengejutkan kita kerana kita dapati tidak ada negara bukan Islam (malah negara umat Islam pun tak ramai) yang berani menyokong Iran di dalam isu ini.

Hampir semua negara takut kepada Amerika, termasuk ramai pemimpin-pemimpin di negara-negara umat Islam.

Jadi apabila negara bukan Islam yang tidak kuat di dunia, tambahan lagi baru saja merdeka dari menjadi menjadi negara Soviet, menyokong Iran maka ianya menjadi sesuatu yang memeranjatkan.

Mungkin kerana Belarus begitu lama berada di bawah pemerintahan Soviet yang tidak adil dan zalim, mereka mengerti erti kemerdekaan, dan kita tidak boleh takut untuk menentang tekanan penjajah.

Nampaknya bilangan negara yang ikut tunduk kepada kehendak Amerika telah berkurangan sebuah lagi.

Khamis, 7 September 2006

Makan Daging Kambing di Obaied




Semasa di Obaied, wilayah Kordofan Utara, Sudan saya sempat makan tengah hari di gerai makan yang menyediakan daging kambing bakar.

Kelihatan daging kambing biri-biri (karuf) dan unta bergantungan untuk dipilih sebelum dibakar atau di goreng sebagai hidangan makan tengah hari.

Kami memilih sekilo daging kambing biri-biri untuk dibakar.

Daging yang siap dimasak dihidangkan bersama-sama bawang mentah dan limau nipis yang siap dipotong.

Enak juga daging kambing biri-biri di makan di bawah naungan atap daun-daun dan jerami.

Suasana yang dipenuhi asap dari bakaran daging itu serta keadaan panas di di situ membuatkan kami berpeluh dan semakin sedap rasanya hidangan itu.

China, Amerika de Segenting Kra

Adik kakak mesti la dok tanya: bakpo la ambo dok cerita lagi teta'e Segenting Kra ni.

Sebenarnya ambo rasake isu Segenting Kra merupake satu benda hok sangat peting di dale arena geo-politik global masakini. Penting do'oh dale perkembange politik kontemporari antarabangsa. (Ho, sedap bu'nyi bila kita ghoyak lagu tu deh..??)

Benda ni berkisar dale hal bekale minyak di dale dunia la. Kalu kita ceghita dale segi kehidupe kita zame moden ni tak dapat tidak mesti ada kena kena-mengena denga minyak petroleum.

Ho la, segala tenaga nak gerak ke pengakute lo'ni mesti kena paka minyak. Kapal terbe pakal minyak, kapal laut paka minyak, segala kendera'e darat po guna minyak. De lagi kalu nak buat kile ko, nak buat bedil ko, kereta kebal ko, kena paka minyak.

China ni ke, keperlu'e minyak dia koho naik la weh, de di jangka ake mengatasi keperlu'e Amerika. Indutstri dia koho besar, perniaga'e dia po koho besar. Jadi dia (China) ni panda lagi daripada Amerika ni.

Dale masa Amerika ni gi kucar negara oghe Isle di Afghaniste la, di Iraq la, China ni senyap-senyap bawa pitih gi melabur ni negara oghe Isle. China melabur di Sudan, Iran de banyak lagi la di kawase Timur Tengah tu.

Napak do'oh la Amerika ni tak cerdik. Dia gi bedil de bom negagha Isle, nak tunjuk dia ni kuat. Dia tak gheti ko kalu gi buat lagu tu oghe Isle koho beci ko dia. Hok oghe China ni pula gi bawak pitih, melabur dale sektor pertroleum. Hok tu oghe Isle suka. Oghe Sudan pun suka do'oh la ko oghe China ni.

Jadi tu ye China nak bawak pitih ko Siye nak suruh gali Segenting Kra ni nak buat Teruse, jadi kapal-kapal tangki hok bawak minyak dari Timur Tengah ko China ni cepat la sikit sampai. Kalu lalu kot Selat Melaka gak, Amerika ni dah nak kuca kat Selat Melaka pula.

Denga kobar nya China ada sipe stok minyak untuk 7 hari jah. Kalu de minyak tu sampai lewat seminggu po kigha payah la negara dia.

Ke cerdik tu puak-puak China ni. Ambo ghasa adik kakak po mula nampak hujah-hujah ambo ni, dok keneh?

Rabu, 6 September 2006

Isu Nuklear Iran

Iran masih bertegas akan meneruskan uranium enrichment walaupun ditekan Amerika melalui resolusi PBB.

Nampaknya usaha Amerika ingin membuli Iran supaya tunduk kepada hasrat, masih gagal.

Mungkinkah Iran akan dikenakan sekatan ekonomi dan politik oleh PBB. Kita tahu ahli-ahli tetap Majlis Keselamtan PBB masih belum bersepakat agar Iran dikenakan tindakan sekatan.

Mungkinkah China yang mempunyai kuasa veto akan bersetuju dengan Amerika untuk mengenakan economic sanctions ke atasa Iran.

Difahamkan China mempunyai pelaburan berbillion USD di Iran di dalam sektor petroluem dan gas. China amat memerlukan petroluem dan gas dari Iran bagi memenuhi keperluan industrinya yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Di masa Amerika melakukan kerosakan ke atas negara-negara umat Islam seperti di Afghanistan dan Iraq, China secara diam-diam telah masuk ke negara-negara umat Islam membawa pelburan yang banyak di dalam sektor petroleum dan gas. Di dalam pada itu juga China telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi melindungi pelaburannya. Di samping itu ia juga membina banyak pangkalan tentera laut di sepanjang laluan kapal-kapal tangki dari Timur Tengah ke China.

Jadi adakah China akan menggunakan kuasa veto bila PBB ingin mengenakan tindakan tentera ke atas Iran?

Bunga Raya Di Obaied




Semasa di Obaied saya menginap di apartment bersama kakitangan syarikat kami, yang disewa dari penduduk tempatan di Kg Ismailiyyah.

Di halaman depan rumah tersebut ditanam beberapa pokok jambu batu, bunga raya dan beberapa jenis pokok hiasan tempatan Sudan.

Kalau diperhatikan di dalam gambar ini, daun pokok bunga raya diselaputi debu, namun pokoknya tetap subur kerana disiram setiap hari oleh tuan rumah.

Antara China dan Amerika

Kalu kita tenguk perkembangan dale masa 15 tahun ko haghi ni, kita napak sangat la Amerika jadi koho jahat de koho sombong.

Ye buat dia jadi lagu tu nya, sebab Soviet Union jatuh. Jadi dia ghasa dia sorang jah hok kuat nya. Sama la budak nakal kat kapo keh, kalu tak dak oghe beghani caba dia, dia jadi hamla do'oh la. Ja'di pa'la pengat la.

Mace tu la jugak Amerika ni. Dia ghasa dia soghe jah hok kuat dale dunia ni. Ikut sedap dia la nak dia nak sepak sapa, nak duku pa'la sapa. Oghe lain po senyap ti'pah tak baghani nak kata ga'pa.

Gitu la puak OIC po senyap bila Lubnan kena seghe ka Yahudi Israel tu. Jange kata nak kata huduh ko yahudi, nak panggil berside nak bice pasal nak tulong bagi derma po tak beghani. Ha tu ye ja'di koho agah Amerika ni.

Tapi ambo ghasa keada'e ni tak ake lama berlanjute. Sebab Allah tak ake biar dunia ni ja'di "uni-polar", sebab kalu teghuh meneghuh lagu tu, punah ghanah la bumi ni.

Ambo napok China lo'ni ake bangun de ake ja'di kuasa pengimbe kepada Amerika ni. Ha de lagi ambo ghasa oghe Isle koho makin naik. Kalu Israel hok oghe kata kuat tu po tak leh nak sekeh Hizbullah sene2 jah, jadi kalu ada negara kuat mace Hizbullah tu gak, koho takut la Amerika de yahudi ni.

Tu la ambo kata ambo suka do'oh la kalu Teruse Segenting Kra tu China wi pitih ko Siye biar dia gali teruse tu.

Guana, adik kakak setuju ko?

Selasa, 5 September 2006

Pasukan "Pengaman" PBB di Lubnan

Perancis dan Itali telah bersetuju menghantar tentera mereka bagi menyertai kontingen Pengaman PBB. Malah tentera Perancis adalah antara yang terawal yang mesuki Lubnan setelah berlaku gencatan senjata antara Hizbullah dan regim Israel.

Malaysia telah bersetuju menghantar tenteranya bagi menyertai kontingen PBB itu, tapi masih belum menghantarnya.

Turki pula sudah mendapat mandat dari Parlimennya bagi menghantar pasukan tenteranya ke Lubnan. Tetapi mereka telah berikrar mereka tidak akan menyertai pasukan PBB sekiranya mereka diperintah PBB melucutkan senjata Hizbullah, malah mereka akan menarik balik pasukan mereka dari Lubnan. Ini berikutan majoriti rakyat Turki berpendapat tentera pangaman PBB di Lubnan bertindak sebagai pelindung kepada Israel dan bukan menguatkuasa gencatan senjata.

Ini terbukti bila PBB meminta Syria dan Lubnan menguatkuasakan sekatan senjata kepada Hizbullah, sedangkan Israel bebas menambah kelengkapan senjata mereka.

Namun kita yakin PBB tidak akan berjaya melucutkan senjata Hizbullah. Hizbullah wujud kerana mempertahankan wilayah Lubnan dari penjajahan Israel.

Selagi Lubnan dijajah, maka selagi itulah Hizbullah akan wujud.

Segenting Kra de Selat Melaka




Ambo nak ma'sok Selat Melaka pulak dale dok beghoyat ceghita Segenting Kra ni.

Selat Melaka ni sebenarnya antara jale perkapale ye terpenting dale dunia ni. Sapa beghani nak kata 'dak' gak, padahal dale setahun lebih 50,000 buah kapal dok lalu kot selat ni.

Kapal daghi Timur Jauh nak gi ke barat lalu Selat Melaka, kapal dari barat nok ke Jepo ko, ke China ko, lalu Selat Melaka jugak.

Pahtu kapa peghe Amerika po lalu juga. Kita (Malaysia atau Indonesia) tak dak po nak kutip tol. Teruse Suez de Teruse Panama ada tol weh, Selat Melaka tak kena baya sa sen abok po.

Eh tiba-tiba Amerika kata dia nak masuk jago Selat Melaka. Dia kata nak jaga supaya lanun tak seghe kapal-kapal lalu. O jahat sugguh dia ni.

Jadi kalu China nak baya ko Siye suruh buat jugak Teruse Segenting Kra ni, ambo kata ambo setuju bedo'oh nah lah.

Adik kakak guana, setuju ko?

Sekiranya pihak barat menguasai Selatan Sudan dan Darfur




Telah banyak kali di dalam posting blog saya atau di dalam banyak tulisan saya, saya menegaskan Sudan adalah sebuah bumi bertuah anugerah Allah kepada umat Islam.

Sudan adalah negara yang terbesar di benua Afrika. Ia kaya dengan hasil bumi, seperti minyak petroleum dan ada juga diberitakan Uranium juga terdapat di kawasan Darfur.

Sekiranya pihak barat seperti Amerika atau sekutu-sekutunya seperti EU dapat menguasainya Darfur ia akan dapat memenuhi keperluan tenaga bagi menggerakkan industri dan ketenteraan mereka untuk dua atau tiga dekad lagi.

Juga harus diingat sebahagian besar keperluan air Sudan dan Mesir datadng dari Sungai Nil yang berpunca dari Selatan Sudan. Maka sekiranya mereka menguasai selatan Sudan ini bererti sumber air bagi Sudan dan Mesir akan di bawah kawalan pihak barat.

Ini akan membawa implikasi yang berat bagi Sudan dan Mesir.

Namun kita berharap semangat rakyat Sudan tidak pernah pudar di dalam menentang segala bentuk penjajahan dan kezaliman. Semoga mereka tidak lupa kekuatan mereka sejak dari nenek moyang meraka lagi.

Semoga semangat perjuangan mereka masih seperti waktu di bawah pimpinan Al-Mahdi yang mengelahkan tentera British pimpinan General Gordon di Khartoum pada tahun 1885.

Isnin, 4 September 2006

Segenting Kra dan China

Ambo ada ghoyat masa mula-mula ceghita pasa Segenting Kra ni Republik Rakyat China (RRC) sanggup nak bayar pitis ko Siye (Thailand) utuk gali Segenting Kra buat Teruse.

Adik kakak tetu heghe bakpo la oghe China ni sanggup nak tanggung belaka kos teruse ni.

Denga kobarnya China lo'ni koho maju de jugak industri China ni nak paka banyak do'oh minyak dari Timur Tengah. Jadi bawa minyak kok kapal lalu Selat Melaka.

Tapi sikit masa lagi Selat Melaka ni Amerika dok jaga. Jadinya China ni malas ba'so la nak dok 'sembah' Amerika ni bila nak lalu Selat Melaka gak. Jadi China nak tanggong belaka kos buat Teruse Segenting Kra ni.

Walau pun kita tak beghapa suka denga China ni, tapi bila nak lawe denga Amerika ni, kigha China ni baik sikit la.

Molek bena la kalu jadi projek Terus Segenting Kra ni.

Sudan Bumi Bertuah - Warisan Umat Islam




Sudan adalah negara yang terbesar di benua Afrika dari segi keluasan mukabumi.

Ia juga kaya dengan hasil bumi yang dianugerahkan oleh Allah. Sumber terpenting ketika ini ialah petroleum. Simpanan emas hitam itu dipercayai berpotensi mengatasi simpanan Arab Saudi di dalam masa yang terdekat.

Sumber petroleum dikatakan banyak terkumpul di Selatan Sudan dan di Barat Sudan, yang lebih dikenali sebagai Darfur.

Pemberontakan puak-puak selatan Sudan (majoritinya kristian dan berfahaman animisme) hampir berakhir apabila berlaku perjanjian gencatan senjata dan pengkongisan hasil petroleum.

Namun masalah pemberontakan puak-puak kaum Afrika di Darfur masih belum berakhir, walaupun beberapa puak-puak ini telah menandatangani gencatan senjata dengan kerajaan Sudan. Sayugia dingati pemberontak di Darfur adalah terdiri dari kalangan puak yang beragama Islam.

Kita berbangga Khartoum menjadi tempat persidangan perbincangan damai antara pihak Union of Islamic Courts (UIC) Somalia dan kerajaan sementara TFG Somalia yang berpusat di Baidoa. Sesuatu yang baik kerana ia melibatkan inisiatif dua pihak yang bertelingkah di Somalia.

Namun kenapa pihak Khartoum masih belum berjaya mengajak puak-puak pemberontak Darfur ke meja rundingan?

Memanglah pihak barat yang diterajui oleh Amerika, melalui proksi-proksinya seperti UN dan AU akan sentiasa mencari ruang untuk masuk ke Darfur, kerana ingin menguasai sumber-sumber kekayaan di barat Sudan itu.

Memanglah susah untuk mencari formula damai yang boleh diterima oleh semua pihak, kerana sudah tentu ia akan melibatkan kompromi di kedua-dua pihak.

Namun usaha damai hampir mustahil dicapai di dalam keadaan peperangan yang berterusan. Pihak kerajaan Sudan harus memberhentikan serangan terhadap kaum Darfur, serta puak militia Janjaweed harus dikekang dari melakukan serangan terhadap orang awam di Darfur.

Selagi belum dijumpai formula damai yang berkekalan dan boleh diterima semua pihak, selagi itulah pihak barat akan senang memasukan jarum mereka dan politik adu-domba mereka akan terus dipergunakan untuk menguasai sumber kekayaan bumi bertuah Sudan ini.

Ahad, 3 September 2006

Pilihanraya Presiden Mexico 2006

Pilihanraya Presiden Mexico tahun 2006 merupakan pertandingan pilihanraya yang paling sengit di dalam sejarah Mexico.

Felipe Calderon, calon dari parti National Action Party (NAP) yang memerintah mendahului pencabar Andres Manuel Lopez Obrador, calon parti berhaluan kiri dengan hanya 240,000 undi.

Parti NAP adalah parti yang memerintah Mexico sekarang yang pro-Amerika, manakala parti yang diwakili Obrador sebuah parti yang popular di kalangan rakyat, seperti parti yang dipimpin Hugo Chavez di Venezuela.

Setakat ini keputusan mahkamah masih memihak kepada Calderon, namun Obrador enggan menerima keputusan tersebut. Sebaliknya beliau menyeru rakyat Mexico berkumpul di jalanraya utama Mexico City, ibu negara Mexico bagi memprotes keputusan dianggap suatu penipuan.

Protes itu diberitakan hampir melumpuhkan perjalanan bandaraya itu.

Setakat ini dunia masih menunggu keputusan bagi perselisihan tersebut yang berpunca dari suatu pilahanraya umum yang mengakhiri 71 tahun pemerintahan satu parti (NAP) di negara bersempadan dengan Amerika Syarikat itu.

Sabtu, 2 September 2006

Molek Jugak la Kalu Ada Teruse Segenting Kra



Ambo buleh setuju do'oh kalu jadi projek Teruse Segenting Kra tu.

Oghe Melayu sedara magha kita di wilayah Patani, Yala dan Narathiwat ake dapat la pe'dah, tak banyok po sikit ada jugak la.

Buleh naik la sikit taraf ekonomi oghe Melayu Selate Siye (Selatan Siam). Ada buleh ne'ga, jual gotu goni. Teruse Segenting Kra jadi pemangkin juga kepada kemaju'e di Kelate. Puak-puak pelancong dari Malaysia pun koho ghama gi ziarah Selate Siye. Secara tak lansung koho rapat la hubunge dua hala antara oghe Melayu Malaysia denga oghe Melayu lek Siye.

Baghu la koho maju Isle di lek Siye nu. Ke molek tu.

Guano, adik kakak setuju ko denga ambo?

Daffodil dari Darfur ?







Walau pun tiada bunga orkid atau daffodil yang saya temui semasa saya berpetualang di Sudan untuk menjalankan tugas syarikat tidak berapa lama dahulu, namun demi memenuhi tema blog orkid dan taman ini, saya beri judul yang menimbulkan tanda tanya ini.

Oleh kerana tugas saya pada ketika itu sedikit banyak melibatkan agensi UN untuk menghantar bantuan makanan ke Wilayah Darfur, Sudan, maka setiap sedikit sebanyak pengalaman itu tetap menjadi ingatan yang mendalam.

Setiap kali saya melihat bunga-bunga orkid dan tumbuhan taman yang menghijau, saya terkenangkan ketandusan sebahagian besar negara Sudan diliputi padang pasir. Tetapi di Wilayah Selatan Sudan, iklim tropika membuatkan tumbuhan tumbuh subur menghijau. Kebanyakan wilayah di sebelah tengah dan utara, iklim padang pasir menjadikan negara terbesar benua Afrika itu kering kontang.

Setiap kali saya melihat kebun, pepohon hijau, terutama orkid saya terkenangkan padang pasir Sudan yang kering tandus.

Tetapi untuk rekod gambar bunga kertas berwarna pink itu bukan bunga di belakang rumah di kampung di Malaysia, tetapi di taman di sebuah R & R, di tepi lebuhraya dari Khartoum ke El-Obeid, Sudan!

Unta dan keldai di Port Sudan




Unta menjadi salah satu pengangkutan penting di Sudan.

Oleh kerana negara yang luas dan mereka baru sahaja mula membangun, maka jalan raya masih lagi belum menghubungkan semua penempatan kampung-kampung di sekitar padang pasir.

Unta sejenis binatang padang pasir yang mampu berjalan jauh di padang pasir yang tandus dan panas itu.

Keldai pula menjadi pengangkutan penting bagi penduduk yang miskin dan tidak mampu memilki unta atau kereta.

Salah satu kegunaan keldai ialah mengangkut air dari perigi dan sumber-sumber air yang lain, untuk dihantar ke rumah-rumah, kedai-kedai atau masjid-masjid.