Sabtu, 4 Februari 2006

Hujan di Putrajaya





Saya memandu di Putrajaya di petang Sabtu lalu.

Kami singgah di Presint 8 untuk menikmati laksa di medan selera di situ.

Hujan turun dan pemandangan yang indah dan dingin sekali ketika itu. (alang bidara - 4/2/2006)

Ferry Capsized with 1,400 lives feared dead

A ferry, named al-Salam, from Saudi Arabia to Egypt with more than 1,400 pessengers onboard sank in the Red Sea.

Dozens of bodies have been recovered from the sea, believed to be victims of the tragic incident.

Some survivors were found in lifeboats.

One question would immediately come to our mind: "Were there insufficient lifeboats onboard al-Salam?"

If this is so, then we are shocked that a ferry of such a carrying capacity could be approved to collect fares from her pessengersm but no sufficient safety precautions are taken. (alang bidara - 4/2/2006).

Cerita Kartun Untuk Menenggelamkan Isu Palestin dan Iran?

Secara tiba-tiba kartun yang mencemarkan imej Nabi Muhammad (S.A.W) disiarkan oleh media di Eropah.

Ini berlaku di dalam keadaan dunia terkejut dengan kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya legislatif Palestin, dan di dalam dunia kecoh membincangkan isu nuklear Iran.

Kita tentu tertanya-tanya apa tujuan di sebalik penyiaran kartun ini? Adakah untuk mengalihkan perhatian umat Islam terhadap kekalahan Amerika di Iraq? Atau Mungkinkah sengaja dilakukan bagi mengalihkan fokus orang-orang Islam dari isu Palestin dan isu Iran? (alang bidara - 4/2/2006).

Bunga Orkid di Putrajaya




Anak saya belajar di Sekolah Menengah Presint 11, Putrajaya.

Sebahagian kecil dari kawasan sekolah telah ditanam dengan bunga orkid oleh guru-guru dan murid-murid.

Oleh kerana pokok-pokok orkid itu tumbuh subur dan mengeluarkan bunga yang cantik, isteri saya telah mengambil gambar.

Saya siarkan dua dari gambar-gambar tersebut di ruangan ini. (alang bidara - 4/2/2006)

Pilihanraya DUN Sarawak

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak semakin hampir.

Negeri terbesar di Malaysia ini mempunyai 71 kerusi DUN dan 28 kerusi Parlimen. Malah tidak silap kalau diistilahkan sebagai salah sebuah negeri penentu lanskap politik tanah air.

Apa yang menarik lagi ialah pemerhati politik meramalkan Ketua Menteri paling lama di antara kalangan MB and KM itu akan bersara dari politik kerana alasan kesihatan.

Dan yang menarik lagi ialah ada usaha-usaha menyatukan parti-parti bukan BN bagi memberikan alternatif kepada pengundi-pengundi di Bumi Kenyalang itu, oleh parti PKR yang mana mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menjadi penasihat.

Nampaknya perkembangan politik Sarawak semakin menjadi hangat. (alang bidara - 4/2/2006).

Jumaat, 3 Februari 2006

Kartun menggambarkan Nabi Muhammad (S.A.W.) menggemparkan dunia

Sebuah akhbar Denmark menyiarkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad (S.A.W.) dengan imej yang menjatuhkan martabat Baginda.

Sekejap sahaja berbagai reaksi marah di dunia Islam. Barangan keluaran Denmark di boikot umat Islam. Sebuah rangkaian pengekspot barangan keluaran Denmark diberitakan rugi sebanyak USD 500 juta sehari dan menimbangkan untuk membuang pekerjanya bagi mengurangkan kerugian tersebut.

Nampaknya sensitiviti umat Islam begitu tinggi, walaupun hanya dari akibat kartun media cetak di sebuah negara kecil di Scandinavia. Sedangkan perlakuan Amerika mendatangkan kemusnahan dan kesengsaraan umat Islam di Afghanistan dan Iraq tidak membawa akibat yang begitu segera.

Pada pendapat saya.inilah tanda-tanda kebesaran Allah yang telah memuliakan hambaNya dan kekasihNya, Nabi Muhammad (S.A.W.). Juga menunjukkan betapa tinggi darjat cinta dan kasih umat ini kepada Nabi Akhir Zaman. (alang bidara - 3/2/2006).

Buah Getah di UiTM



Setelah selesai solat, semasa singgah di waktu Asar di Pusat Islam UiTM, saya terpandang buah getah bertaburan di atas tangga di tebing di tepi bukit.

Teringat saya akan pelajaran Ilmu Alam semasa sekolah rendah dahulu, tentang getah yang berasal dari Brazil di bawah ke Tanah Melayu dan kemudian menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk di negara ini.

Tetapi hari ini ianya tumbuh liar di pingir masjid di sebuah IPTA di Lembah Kelang. Sebagai tanda ingatan saya mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan kita bersama.(alang bidara - 3/2/2006).

Khamis, 2 Februari 2006

Masa yang berlalu tak akan kembali lagi

Sesungguhnya masa yang sudah berlalu ianya tak akan kembali lagi.

Masa yang akan datang pula adalah dekat kerana ia akan sampai menemui kita juga akhirnya.

Tiada guna ditangisi peristiwa yang sudah terjadi, tetapi hendaklah bersabar mengharungi hidup di hadapan hari. (alang bidara - 2/2/2006)

Jalan Pelabuhan Kelang Lengang di Waktu Pagi



Saya dan isteri saya menghantar anak saya ke pejabat tempat dia mengikuti latihan praktikal UiTM di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Kelang, pagi tadi.

Lalu lintas bergerak lancar. Malah di exit Hicom di Highway Kesas dari arah Pelabuhan Barat, yang lazimnya sesak pada waktu pagi kelihatan lengang sahaja.

Di dalam perjalanan balik pula laluan dari Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Selatan, jambatan yang melintasi sungai juga lengang.

Namun saya percaya keadaan ini akan bertukar wajah kepada keadaan di hari-hari sebelum cuti dulu. (alang bidara - 2/2/2006)

Rabu, 1 Februari 2006

Rainy Season is Here

It has been raining today in my place.

Some friends are saying that rain is a regular feature of the weather in their areas.

Flood has just ended in the north with Kedah and Perlis taking the worst casualties.

It looks like the long holiday of Chinese New Year, Awal Muharam and Federal Territory Day is meant to be dotted with rainy.

It looks like the rainy is still here with us.

Whenever you are, take care of your kids. We do not want more deaths in floods. (alang bidara - 1/2/2006).