Memaparkan catatan dengan label Laksamana Cheng Ho. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laksamana Cheng Ho. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011

Buat Duit Dengan Katering & Laksamana Cheng Ho

Bagi bulan Mac 2011, judul buku-buku terbitan PTS yang terjual lebih daripada 1,000 naskhah adalah 75 judul.

Terselit di antara 75 judul yang tersenarai itu ialah Buat Duit Dengan Katering (posisi 63) dan Laksamana Cheng Ho (posisi 17).

Buat Duit Dengan Katering ialah karangan bersama Tuan Hizamnuddin Awang dan saya, manakala Laksamana Cheng Ho pula ialah novel sejarah saya yang pertama.

Sumber maklumat ini dari blog Puan Ainon Mohd, DI SINI.

Khamis, 10 Februari 2011

Novel sejarah pertama saya



Dalam angkatan penulis PTS, penulis novel sejarah boleh dibilang dengan jari tangan.

Namun bilangan mereka semakin bertambah.

Pak Latip tidak akan keseorangan lagi, sebaliknya akan menerima beberapa orang lagi ahli Kelab Novelis Sejarah ini.

Beliau adalah pembawa panji-panji PTS dalam genre novel sejarah.

Berkat sokongan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli Team PTS Litera Utama yang dipimpin oleh Cik Puan Asma Fadila dan pemegang whip utama kepercayaan beliau, iaitu Tuan Bahruddin Bekri, maka lahirlah novel sejarah tokoh Islam dengan judul Laksamana Cheng Ho-Armada Lautan Barat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Team PTS Litera Utama.

Tidak ketinggalan juga kepada pembimbing dan penggerak utama kepada penulisan novel sejarah ini, iaitu Puan Sifu Ainon Mohd.

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan kepada semua pembaca buku-buku terbitan PTS amnya dan pembaca dan pembeli buku-buku karangan serta terjemahan saya khususnya.

Entri mengenai buku ini di laman PTS boleh baca DI SINI.