Khamis, 10 Februari 2011

Novel sejarah pertama saya



Dalam angkatan penulis PTS, penulis novel sejarah boleh dibilang dengan jari tangan.

Namun bilangan mereka semakin bertambah.

Pak Latip tidak akan keseorangan lagi, sebaliknya akan menerima beberapa orang lagi ahli Kelab Novelis Sejarah ini.

Beliau adalah pembawa panji-panji PTS dalam genre novel sejarah.

Berkat sokongan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli Team PTS Litera Utama yang dipimpin oleh Cik Puan Asma Fadila dan pemegang whip utama kepercayaan beliau, iaitu Tuan Bahruddin Bekri, maka lahirlah novel sejarah tokoh Islam dengan judul Laksamana Cheng Ho-Armada Lautan Barat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Team PTS Litera Utama.

Tidak ketinggalan juga kepada pembimbing dan penggerak utama kepada penulisan novel sejarah ini, iaitu Puan Sifu Ainon Mohd.

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan kepada semua pembaca buku-buku terbitan PTS amnya dan pembaca dan pembeli buku-buku karangan serta terjemahan saya khususnya.

Entri mengenai buku ini di laman PTS boleh baca DI SINI.

6 ulasan:

Faizal berkata...

Insyaallah laku keras buku ini nanti...saya doakan!

Imran Yusof berkata...

Terima kasih atas sokongan, Tuan Faizal

Kurma berkata...

Tahniah, Tuan! Semoga terus berjaya :D

Imran Yusof berkata...

Terima kasih atas sokongan, Sdr Kurma

Web Sutera berkata...

Tahniah Tuan Imran. Ribuan terima kasih untuk kerjasama bagi Buat Duit dengan Katering.

Dengan izin Allah, saya mahu sertai kelab ini :-)

Imran Yusof berkata...

Terima kasih, Tuan Web Sutera.
Selamat datang ke kelab.