Khamis, 10 Februari 2011

Novel sejarah pertama saya



Dalam angkatan penulis PTS, penulis novel sejarah boleh dibilang dengan jari tangan.

Namun bilangan mereka semakin bertambah.

Pak Latip tidak akan keseorangan lagi, sebaliknya akan menerima beberapa orang lagi ahli Kelab Novelis Sejarah ini.

Beliau adalah pembawa panji-panji PTS dalam genre novel sejarah.

Berkat sokongan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli Team PTS Litera Utama yang dipimpin oleh Cik Puan Asma Fadila dan pemegang whip utama kepercayaan beliau, iaitu Tuan Bahruddin Bekri, maka lahirlah novel sejarah tokoh Islam dengan judul Laksamana Cheng Ho-Armada Lautan Barat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Team PTS Litera Utama.

Tidak ketinggalan juga kepada pembimbing dan penggerak utama kepada penulisan novel sejarah ini, iaitu Puan Sifu Ainon Mohd.

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan kepada semua pembaca buku-buku terbitan PTS amnya dan pembaca dan pembeli buku-buku karangan serta terjemahan saya khususnya.

Entri mengenai buku ini di laman PTS boleh baca DI SINI.

Rabu, 9 Februari 2011

Tahniah Tuan Hizamnuddin Awang



Tuan Hizamnuddin Awang adalah seorang peminat buku dan pembaca tegar. Sebab itulah beliau hadir di hari pelancaran program Baca@LRT.

Semasa hari pelancaran program Baca@LRT yang pertama itu, saya telah mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku mengenai catering.

Beliau adalah antara usahawan catering yang sedang meningkat maju, maklumlah sudah lama beliau berkecimpung dalam bisnes itu.

Pada mulanya beliau tersenyum dan tertawa mendengar cadangan atau cabaran saya itu.

Namun beliau mendapati cadangan itu bukan setakat gurauan, lebih-lebih lagi setelah saya menawarkan diri untuk menjadi co-writer beliau.

Akhirnya, tidak lama lagi impian saya melihat buku pertama Tuan Hizamnuddin Awang akan menjadi kenyataan.

Buku kami yang membawa judul Buat Duit Dengan Katering terbitan PTS Professional akan berada di pasaran.

Tahniah Tuan Hizamnuddin Awang. Syabas team PTS Professional!!!

Blog Tuan Hizamnuddin Awang boleh dikunjungi DI SINI.

Untuk entri mengenai buku kami di laman PTS, tuan boleh baca DI SINUN.