Isnin, 8 November 2010

Sumpahan Empat Sahabat (Sign of Four)



Alhamdulillah, novel Sherlock Holmes Sign of Four yang saya terjemahkan akan diterbitkan pada 12 November 2010.

Ini adalah novel Sherlock Holmes kedua yang saya terjemahkan selepas A Study in Scarlet dan buku terjemahan Sherlock Holmes yang kelima terbitan PTS One.

Tiga lagi buku terjemahan Sherlock Holmes terbitan PTS One adalah merupakan koleksi cerpen penyiasat evergreen itu.

Khamis, 7 Oktober 2010

Promosi buku isteri dan anak-anak saya




















Pada entri kali ini saya tidak akan menceritakan atau memberikan komen tentang buku-buku karangan saya.

Sebaliknya saya akan mempromosikan buku-buku karya isteri saya dan anak saya.

Buat Duit Dengan Jaga Budak dan buku resipi Cita Rasa Malaysia Negri Sembilan adalah buku oleh isteri saya Masnah Md Ali (Chef Masnah).

Novel Ikan Tawar Untuk Lego dan Sepupu Lego adalah karya anak-anak saya, Nia dan Ima Imrani.

Rabu, 29 September 2010

Angkatan laut swasta bagi memerangi lanun?



Syarikat insuran berhasrat menubuhkan angakatan laut swasta bagi memerangi lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden.

Mengikut statistik, pada tahun 2009 dan 2010 syarikat insuran maritim telah membayar tuntutan ganti rugi dari syarikat perkapalan sebanyak USD300 juta.

Pada tahun ini sahaja, jumlah serangan lanun ialah 123 serangan, manakala kes rampasan pula berjumlah 33 kes.

Isnin, 26 Julai 2010

Sherlock Holmes lebih popular daripada Tom Cruise





Berita dari akhbar online Guardian Inggeris menyebut bahawa siri detektif Inggeris kurun ke 19, Sherlock Holmes yang disiarkan di TV saluran BBC1 berjaya menarik lebih ramai penonton daripada siri kereta Top Gear yang mengundang pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, yang disiarkan di TV saluran BBC2.

Sherlock Holmes menarik jumlah penonton tertinggi iaitu 7.4 juta orang, manakala Top Gear pula berjaya menarik jumlah penonton tertinggi seramai 6.6 juta orang.

Siri detektif evergreen itu dicerekakan semula oleh Mark Gatiss dan Steven Moffat, dua orang penulis yang harum nama apabila mereka mencipta watak Doctor Who, kisah saintis masa depan yang mampu bergerak ke masa depan atau masa lampau.

Watak Sherlock Holmes dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch, manakala watak rakan detektif itu, Dr Watson dipegang oleh Martin Freeman.

Kisah ini boleh dibaca DI SINI.

NOTA: Gambar kulit buku di atas adalah antara koleksi novel dan cerpen Sherlock Holmes, versi Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh penerbit buku, PTS One Sdn Bhd.

Ahad, 25 Julai 2010

"Mengelilingi dunia kerana buku"

Cik Puan Magali Tardivel dan Tuan Jeremie adalah dua orang wartawan/blogger warga Perancis yang mengelilingi dunia selama 14 bulan bagi bertemu warga kerja yang bertugas dalam industri penerbitan buku, iaitu penebit buku, penjual buku, para penulis serta pelbagai pertubuhan yang terlibat dengan industri penerbutan buku.

Antara tujuan penting pengembaraan mereka ialah mempromosi Expo Buku Franfurt, Frankfurt Book Fair.

Semasa di Malaysia mereka bertemu dan mewawancara pihak MABOPA, seorang penulis bebas, seorang penjual buku dan pihak sebuah penerbit buku kanak-kanak.

Tentunya kisah pengembara mereka sungguh menarik dan penuh dengan maklumat menarik bagi semua penulis.

Kisah pengembaraan mereka boleh di baca DI SINI.

Baca petikan berita pasangan ini melawat Malaysia DI SINI.

Laman web Frankfurt Book Fair pula DI SINI.

Selasa, 8 Jun 2010

Buku kami Best Seller PTS Bisnes dan Pengurusan



Buku saya, "MEJA RUNDING - Dari Konflik Ke Solusi Strategik" dan "Buat Duit Dengan Jaga Budak" adalah antara buku Best Seller PTS bagi buku-buku Bisnes dan Pengurusan, bagi separuh kedua bulan Mei 2010.

Alhamdulillah, syukur.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembaca dan peminat.

Jumaat, 4 Jun 2010

Siapa lebih lebih jahat dan siapa lebih berperikemanusiaan?

Seorang kapten kapal mati apabila gerombolan lanun Somalia menembaknya semasa pasukan pengawal pantai Puntland, wilayah autonomi di Somalia menyerbu QSM Dubai, kapal yang gerombolan lanun itu rampas.

Berita lanjut DI SINI.

Berbelas-belas, malah mungkin mencecah puluhan orang aktivis mati apabila gerombolan tentera Zionis, laknatullah, menyerang Mavi Marmara, kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa, 65 batu nautika dari pantai Gaza. Malah saksi mata mengatakan gerombolan ganas itu mencampakkan aktivis yang cedera ke dalam laut.

Berita lanjut DI SINI.

Semoga dari dua peristiwa yang berasingan ini menjelaskan lagi kepada warga dunia siapa yang lebih jahat dan siapa yang lebih berperikemanusiaan...

Khamis, 20 Mei 2010

Lepas Bung Mokhtar, Salleh Yaakob pula

Apabila kes Bung Mokhtar hampir selesai, timbul pula cerita Salleh Yaakob di akhbar arus perdana.

Sila baca DI SINI dan DI SINI.

Selasa, 11 Mei 2010

Terima kasih kepada Duta Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah



Sekiranya boleh digelar Duta, maka saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta buku Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (S.A.W.), karangan saya dan Tuan Zamri Mohamad.

Semoga buku kami memberikan manfaat kepada para pembaca dan peminat buku tanah air.

Khamis, 6 Mei 2010

Terima Kasih kepada pembaca buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah



Menurut entri di blog UNIKA, buku karangan saya dan Tuan Zamri Mohamad menduduki tempat ke-7 di senarai Top 10 Bookcafe PTS bagi bulan April 2010.

1. Alexander adalah Zulkarnain
2. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
3. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
4. Yakjuj Makjuj
5. Kamus al-Quran
6. Dahsyatnya Qiamullail
7. Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
8. Biografi Muhammad bin Abdullah
9. Syahadah Gadis Ateis
10. Magnet Rezeki

Terima Kasih kepada pembaca buku Buat Duit Dengan Jaga Budak




Menurut UNIKA, blog Puan Sifu PTS, buku karangan saya dan isteri saya berjaya menduduki tangga ke-38 dalam senarai Top 50 PTS bagi bulan April 2010.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembaca buku kami.

Berikut ialah senarai lengkap Top 50 itu (Petikan dari UNIKA):

1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa
3. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
4, Projek Diet Ain Maisarah
5. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
6. Law Of Connection - Edisi Bahasa Melayu
7. Senangnya Memasak Nasi
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
10. Aku Mahu Superbibik
11. Dahsyatnya Doa Ibu
12. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
13. Urus Bisnes Dengan Google
14. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
15. Tukar Sekolah Lagi!
16. Meja Runding: Dari Konflik Ke Solusi Strategik
17. Senangnya Memasak Ayam
18. Senangnya Memasak Daging
19. Cita Rasa Malaysia - Johor
20. Senangnya Memasak Ikan
21. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
22. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
23. Senangnya Memasak Sayur
24. S Untuk...
25. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
26. Miss Epal
27. Young Aisyah: Summer Camp
28. Senangnya Memasak Sambal & Sos
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Edisi Kemas Kini
32. Keranamu Aku Cemburu
33. Kamus Al-Quran
34. Siapa Lebih Popular?
35. Buat Duit Dengan Tadika
36. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
37. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2010
38. Buat Duit Dengan Jaga Budak
39. How To Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu
40. Aku, Dia & Gosip
41. Menjadi Remaja Smart Studi: Belajar Saat Akhir
42. Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman
43. Dahsyatnya Qiamullail
44. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
45. Si Monster Cilik
46. Travelog Cinta Abadi
47. Tip Jana Wang Dari Rumah
48. Diari Mat Despatch
49. Senangnya Memasak Makanan Barat
50. Geng Genius: Rakit Terpantas

Khamis, 22 April 2010

Pilihan dua buku




Apabila ada orang berkata: "Adakah saudara hanya membincangkan poligami semata-mata dalam karya saudara?" maka saya dapat menjawab: "Tidak poligami semata-mata."

Sebagi bukti, inilah dua buah karya saya dan Saudara Zamri Mohamad yang membincangkan hubungan antara suami isteri.

Selamat membaca.

Sabtu, 17 April 2010

Pasca Pesta Buku 2010



Selepas PBAKL 2010 yang baru lalu, saya menumpukan usaha untuk menyiapkan manuskrip novel sejarah yang sudah begitu lama dimulakan.

Sebuah novel cinta Islami juga menunggu untuk saya tumpukan perhatian.

Dalam pada itu ada beberapa projek tambahan seperti menjadi pengurus kepada projek buku masakan isteri saya.

Selepas bengkel novel sejarah yang akan dipimpin oleh Pak Latip pada bulan hadapan juga bakal memenuhkan masa saya.

Kepada semua rakan penulis, teruskan usaha dan selamat berkarya.

Lagi tentang Milo





Khamis, 25 Mac 2010

Pesta Buku 2010 (Entri 14)











Telah berlalu enam hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Namun PBAKL 2010 di PWTC terus menerima kunjungan peminat buku. Berbas-bas rombongan yang teridir dari para pelajar sekolah menyerbu dan menyerang gerai-gerai PTS. Saya sempat bertemu Tuan Osman Affan dan Tuan Sunthara Segar.

Alhamdulillah, saya dan Tuan Zamri Mohamad pula berjaya menyertai program bersama penulis yang diraikan oleh pihak PTS Millenia.

Pesta Buku 2010 (Entri 13)



Setelah enam hari berlalu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya mendapat makluma dari Tuan Zamri Mohamad bahawa buku kami, Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah menduduki temapt ke-7 dalam senarai MPH Best-Sellers List for Week Ending Mar 21, 2010.

Siapa yang masih belum mempunyai satu naskah buku kami itu bolehlah mendapatkannya di Pesta BUku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di gerai PTS, Booth C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai).

Senarai MPH itu di copy dan paste di bawah ini sebagai archive.
---------------------------------------------------------

MPH Best-Sellers List for Week Ending Mar 21, 2010
Posted by julia | Posted in Bestsellers | Posted on 23-03-2010
0

Discover Your Destiny with The Monk Who Sold His Ferrari: The 7 Stages of Self-Awakening by Robin Sharma

Non-Fiction

1. It’s Not How Good You Are, It’s How Good You Want to Be by Paul Arden

2. The Secret by Rhonda Byrne

3. The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment by Eckhart Tolle

4. Asian Godfathers: Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia by Joe Studwell

5. Mayada: Daughter of Iraq by Jean Sasson

6. Who Moved My Cheese?: An Amazing Way to Deal with Change in Your Work and in Your Life by Spencer Johnson

7. Discover Your Destiny with The Monk Who Sold His Ferrari: The 7 Stages of Self-Awakening by Robin Sharma

8. Happiness in Hard Times by Andrew Matthews

9. Men Are from Mars, Women Are from Venus: Practical Guide for Improving Communication and Getting What You Want in Your Relationships by John Gray

10. The Definitive Book of Body Language by Barbara Pease and Allan Pease

Fiction

1. The Last Song (Movie Tie- In) by Nicholas Sparks

2. The Lovely Bones (Movie Tie-In) by Alice Sebold

3. Dear John (Movie Tie-In) by Nicholas Sparks

4. Tuesdays With Morrie by Mitch Albom

5. Ford County by John Grisham

6. The Winner Stands Alone by Paulo Coelho

7. Sophie’s World by Jostein Gaarder

8. The Gatecrasher by Madeleine Wickham

9. 206 Bones by Kathy Reichs

10. Between the Assassinations by Aravind Adiga

Local Author

1. 365 Tip Sihat Gaya Rasullullah by Dr Mohamad Ali Toha

2. Agenda Yahudi Menakluk Dunia: Rahsia Di Sebalik Rahsia by Sabaruddin Hussein

3. Indahnya Hidup Bersyariat – Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar by Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

4. Journey To Space: A Memoir of Malaysia’s First Angkasawan by Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

5. Diari Sufi by Siti Munazakiah

6. Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda by Rozzani Din

7. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah by Zamri Mohamad & Imran Yusof

8. Aku Terima Nikahnya: Pelikkah Cinta Tanpa Berkenalan, Keluar Makan-Makan, Berbalas Emel dan SMS? by Hasrizal Abdul Jamil

9. The New Millionaires by Gobala Krishnan

10. What Your Teacher Didn’t Tell You: The Annexe Lectures (Vol 1) by Farish A. Noor

Weekly list compiled by MPH Bookstores, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Selasa, 23 Mac 2010

Pesta Buku 2010 (Entri 12)

Puan Nazhatulshima Nolan, pensyarah kanan di jabatan bahasa Inggeris UiTM Segamat, yang datang dari jauh semata-mata untuk meraikan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010, telah meluangkan masa bergambar dengan buku semasa beliau memilih buku-buku yang beliau mahu bawa pulang. Terima kasih, Puan. Semoga gembira membaca buku-buku PTS dan juga buku-buku kami.

Empat siri koleksi cerpen dan novel Sherlock Holmes dalam versi Bahasa Melayu yag diterbitkan oleh PTS

Seorang pembeli bertuah yang membeli buku-buku PTS yang bernilai lebih daripada RM500.00 menerima hadiah hamper dari Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.


Buku karangan saya dan isteri saya yang melestari pesta buku pada tahun ini.

Pesta Buku 2010 (Entri 11)





Penyampaian hadiah dan cenderahati bagi keluarga yang mengambil bahagian dalam program Riuh-Riuh PTS Profesional.