Walau pun saya bukanlah peminat tegar bola sepak tanah air (Piala Dunia FIFA pun tenguk perlawanan akhir sahaja...), tetapi apabila perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, iaitu tidak sampai pun 10 kilometer dari rumah saya, maka saya teringin juga untuk menontonnya.
Tambahan pula perlawanan itu akan menemukan Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Negeri Adat Perpateh, dua negeri Malaysia yang mempunyai identiti dan keunikannya sendiri, tentunya akan melakar sejarah yang tersendiri dalam arena bola sepak tanah air.
Sudah semestinya saya mengharapkan Kelantan akan menang.
Namun kita berharap semoga pemain kedua-dua pasukan akan bermain dengan semangat kesukanan.
Majulah sukan untuk semua!
1 ulasan:
Sdr Zukeri,
Saya agak kecewa dengan sikap penyokong Kelate yang bertindak di luar batas kesopanan. Semoga mereka dapat memperbaiki akhlak masing-masing.
Biar kalah, asalkan akhlak terpuji...
Catat Ulasan