Isnin, 29 September 2008

Anak kapal Bunga Melati Dua juga akan pulang untuk Hari Raya

Inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh kita rakyat Malaysia, terutama kaum keluarga dan sahabat handai para anak kapal Bunga Melati Dua!

Kapal Bunga Melati Dua berserta anak kapal telah dibebaskan dan sekarang dalam perjalanan pulang ke tanah air dengan diiringi oleh kapal TLDM.

Syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu dalam membebaskan mereka, terutama sekali pihak syarikat MISC Berhad, kerajaan Malaysia, NGO, pihak ketiga yang identiti mereka tidak boleh didedahkan demi keselamatan semua, serta semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung.

Tentunya Hari Raya Idilfitri tahun 1429 Hijrah ini merupakan hari lebaran yang paling bermakna bagi para anak kapal dan ahli keluarga mereka.

Selamat Hari Raya Idilfitri untuk semua.

Link sumber berita:

Kosmo

Utusan Online 1

Utusan Online 2

Bernama

NST Online1

NST Online2

The Star1

The Star2

Xinhuanet

Yahoo News

Business Times

Ahad, 28 September 2008

Anak kapal Bunga Melati 5 akan pulang berhari raya

Ahad 28 September 2008 – Berita gembira untuk kaum keluarga dan sahabat handai para anak kapal MISC Berhad, Bunga Melati 5 akhirnya dikesan dari internet dari sumber-sumber:

Utusan Online

Bloomberg

Blog Roslan SMS

Blog And You, Brutus

Blog Ar-Risalah

Blog Lagi Berita

Blog Empangan Jernih

Blog I.D.M.G.

Blog Kedahlanie

Berita Harian

Asia On One

Lloyd's List

Kosmo

NST Online

Syukur kepada Allah dan syabas kepada anak kapal, kaum keluarga dan sahabat handai anak kapal Bunga Melati 5.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang bergiat secara terang-terangan atau di belakang tabir, sama ada yang menolong melalui saloran rasmi dan tidak rasmi, yang akhirnya berjaya membebaskan para tebusan; terutama sekali pihak MISC Berhad, kerajaan Malaysia, kedutaan Malaysia dia Yemen, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kenya, pihak pertubuhan NGO, parti politik, orang perseorangan, pihak kerajaan asing serta berbagai pihak ketiga yang identiti mereka tidak boleh didedahkan demi keselamatan semua.

Kita berdoa semoga anak kapal Bunga Melati Dua pun akan dibebaskan dan pulang sebelum menjelangnya 1 Syawal 1429.

Amin.

Khamis, 25 September 2008

Salam Idilfitri

Sempena 1 Syawal 1429 dengan kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk pembaca blog/blog-blog saya. Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita bertemu lagi di lain blog entri.

Salam Idilfitri


Sempena 1 Syawal 1429 dengan kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk pembaca blog/blog-blog saya. Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita bertemu lagi di lain blog entri.

Bagi mereka yang perlu beraya di banyak kampung, di hari lebaran inilah masa untuk mengamalkan tip-tip diplomasi dan kesabaran yang tinggi.

Salam Idilfitri



Sempena 1 Syawal 1429 dengan kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk pembaca blog/blog-blog saya.

Berhati-hati di jalan raya.

Semoga kita bertemu lagi di lain blog entri.

Sabtu, 20 September 2008

Kenangan mengusik jiwa




Bila terkenang hujan semalam
dingin terasa bahang panas di gurun ini
sering ku kenang kalimah terakhirmu:
"Pabila kau rindu, kenanglah kembali
hujan di senja kala di gurun ini,
nescaya rindumu menjelma sebagai
sekuntum mawar harum mewangi."

Di manakah kau kini sayang,
di mana...
telah sering aku terdengar
suaramu di angin lalu
dan wajahmu bak bulan purnama...

Namun ku tahu
kita akan bertemu
menjalin kembali
kasih yang hilang.

KLIA - 3.8.2008

Khamis, 18 September 2008

Mengapa lanun berleluasa di perairan Somalia?








Untuk menjawab soalan ini mari kita lihat sepintas lalu sejarah ringkas Somalia.

Menurut sejarah Somalia adalah negara Islam yang bernaung di bawah Khilafah Osmaniyah Turki sebelum dijajah oleh Itali dan Inggeris. Panggilan resmi mengikut Bahasa Arab ialah Jumhūriyyat aṣ-Ṣūmāl.

Bahagian utara Somalia, juga dikenali sebagai British Somaliland dijajah oleh Inggeris mulai tahun 1886, manakala bahagian selatan, yang dipanggil Italian Somaliland dijajah olehItali pada tahun 1889.

Berikutan Perang Dunia Kedua, Inggeris merampas seluruh Somalia pada tahun 1949. Rakyat Somali bangkit berjuang menentang penjajah Inggeris dan Itali dalam suatu pertarungan yang panjang sehingga British Somaliland mencapai merdeka pada tahun 1960 dan Italian Somaliland merdeka pada tahun 1965.

Kerajaan Somalia dipimpin oleh Presiden Abdirashid Ali Shermarke memerintah sehingga berlaku rampasan kuasa pada tahun 1969 yang diketuai oleh General Siad Barre and Ketua Polis Jama Korshel.

Pada tahun 1977 dan 1978 Somalia berperang dengan Ethiopia dalam apa dinamakan sebagai Perang Ogaden. Tentera hampir menang dalam perang itu, tetapi Soviet Union dan Cuba membantu Ethiopia dan Somalia tewas.

Masyarakat Somalia lebih mementingkan kuasa puak-puak masing-masing (clan-based) daripada kuasa kerajaan yang memerintah.

Pada tahun 1991 kerajaan Somalia pimpinan General Siad Barre digulingkan. Selepas daripada peristiwa itu, Somalia melalui peperangan saudara yang lama. Akibatnya rakyat Somalia menghadapi krisis kekurangan makanan, sehingga akhirnya pada tahun 1992, pihak PBB (UN) menghantar pasukan pengaman untuk menjalankan operasi United Nations Operation in Somalia I (UNOSOM I).

Namun kemasukan tentera pangaman UNOSOM itu tidak disenangi oleh puak-puak militia yang menguasai ibu negara Somalia, Mogadishu, lalu berlakulah pertempuran antara puak militia dan tentera pengaman. Antara yang terkorban ialah anggota tentera dari Pakistan. Kemuncak pertempuran ialah apabila sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat ditembak jatuh pada bulan Oktober 1993, yang mengakibatkan 1,000 anggota militia Somalia dan 18 orang tentera Amerika terbunuh. Episod pertempuran ini digambarkan dalam filem Hollywood Black Hawk Down.

Akibat perang saudara yang berlarutan maka Puntland, wilayah sebelah timur laut Somalia mengisytiharkan kemerdekaan. Wilayah tenggara dipegang oleh kerajaan peralihan yang dipanggil Transitional Federal Government(TFG).

Pada awal tahun 2006 konflik berlaku lagi dan kali ini di antara pihak Islamic Courts Union (ICU) pimpinan Sheikh Sharif Ahmed dan pihak warlord Mogadishu yang dikenali sebagai the Alliance for the Restoration of Peace and Counter-Terrorism (ARPCT).

Pihak ICU telah beberapa kali mengatakan ARPCT diberi bantuan kewangan dan senjata oleh Amerika kononnya atas alasan memerangi keganasan sejagat (global terrorism).

Pada bulan Jun 2006, pihak ARPCT dikalahkan oleh pihak ICU. Mogadishu mengalami keamanan buat seketika berkat kebijaksanaan pentadbiran pihak ICU.

Walau bagaimana pun keamanan ini tidak dapat dikecapi lama oleh rakyat Somalia. Pada akhir bulan Disember 2006, tentera Ethiopia menyerang posisi ICU di Mogadishu dan sekitarnya. Pihak ICU berundur dari Mogadishu dan bandar yang di selatan Somalia, Kismayo dan selepas itu meneruskan perjuangan melalui taktik perang gerila sehingga sekarang.

Banyak pihak mengatakan anggota militia warlord (ARPCT) terlibat dalam kegiatan lanun yang menyerang dan merampas kapal dagang yang melalui perairan Somalia.

Semasa ICU berkuasa di kawasan yang dikuasainya, mereka berjaya mengawal kegiatan lanun kerana dikatakan puak warlord dapat dikawal. Pihak ICU telah dapat mentadbir dengan baik dan dilihat sebagai kerajaan.

Namun setelah kalahnya pihak ICU dalam percaturan politik dan ketenteraan Somalia, maka anggota pihak warlord bermaharaja semula. Kegiatan lanun meningkat.

Somalia mempunyai kawasan pantai yang panjang, iaitu jarak di antara bandar Berbera yang di utara Somalia dan Kismayo di sebelah selatan ialah lebih daripada 3,000 kilometer.

Somalia yang tiada kerajaan maka perairan di sepanjang pantai 3,000 kilometer telah menjadi seolah-olah kawasan bebas melanun.

(Akan datang: Apa penyelesaian jangka panjang bagi memerangi kegiatan lanun di perairan Somalia?)

Khamis, 11 September 2008

Murder mystery from the master of the craft



When considering all murder mysteries, none is as intriguing as this installation Ms Agatha Christie's classic.

The insidious plot, an exotic setting with a sprinkle of the Turkish Delight and a wide array of romantic characters.

Collaboration and conspiracy in the name of revenge that culminate in an explosive death.

Murder on the Orient Express. Love it.

Interesting character



A character in a detective novel must be as interesting as he is intriguing. His detection method has to be far superior to both his admirers and colleagues.

However, his nemesis must as equal, thus confirming his status both as the master tactician and strategist.

Throw in a murder or two, plus an international incidence, then we have to burn the midnight oil to unravel the thread leading to a whamming climax!

Don't you just love detective stories!

Rabu, 10 September 2008

Serangan lanun di perairan Somalia ke atas kapal dagang Ogos 2008

Bagi tahun 2008, bulan Ogos menyaksikan paling banyak kapal dagang yang dirampas puak lanun di sekitar perairan pantai Somalia.

1 Ogos
Kapal milik Singapura, MV Gem of Kilakiri, diserang lanun di utara pantai Somalia. Kumpulan lanun itu menggunakan dua buah bot laju sambil menembak sebutir bom tangan menggunakan senjata jenis RPG ke atas dek kapal tersebut. Bagaimana pun bom itu tidak meletup. Mengikut laporan oleh pihak International Maritime Bureau (IMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, serangan itu berlaku di timur Teluk Aden. Walau bagaimana pun, nakhoda telah meminta bantuan melalui talian kecemasan khas yang disediakan. Sebuah kapal perang milik dari armada Fifth Fleet Amerika Syarikat, USS Peleliu, dihantar bagi membantu kapal tersebut.
Pihak lanun segera berundur setelah menyedari ketibaan kapal perang itu.

~7 Ogos
Bot tunda milik Nigeria, MT Yenegoa Ocean dirampas di luar pantai Somalia.

12 Ogos
Kapal milik syarikat Thoresen Thai Agencies, Thailand, MV Thor Star, berserta 28 anak kapal dirampas lanun di luar pantai Somalia.

19 Ogos
Kapal tanker milik syarikat perkapalan MISC Berhad berserta 39 anak kapal dirampas lanun di perairan Teluk Aden di luar pantai Somalia semasa dalam pelayaran dari Indonesia ke Rotterdam.

22 Ogos (3 kapal terlibat)

Kapal jenis bulk carrier milik Iran, MV Iran Deyanat, berserta 29 anak kapal di rampas lanun di luar pantai Somalia semasa dalam pelayaran membawa bijih besi dari China ke Rotterdam. Sebuah kapal tanker milik Jepun (nama kapal tidak diberikan) dirampas lanun pada hari yang sama. Sebuah kapal kargo milik Jerman berserta 9 anak kapal juga dirampas lanun pada hari yang sama.

30 Ogos
Kapal tanker milik syarikat perkapalan MISC Berhad berserta 42 anak kapal dirampas lanun di perairan luar pantai Selatan Yemen selepas melepasi Teluk Aden dalam pelayaran dari Arab Saudi ke Singapura.

Selasa, 9 September 2008

Thriller. My favourite!




A good thriller novel can keep you awake through the night. It grips your imagination and makes your heart beat faster.

The excitement of ploughing through the plot and sub-plots will drive a chill into your spine.

You just cannot put it down, lest the villain haunt you in your dreams and conspire with the stillness of the night to rob you of what is left of the much-needed serenity.

Ah..., thriller, my favourite!

Isnin, 8 September 2008

Bertindak segera selamatkan tebusan!

Salah seorang anak kapal MT Bunga Melati 5 yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden dekat Somalia 30 Ogos lalu mendedahkan bahawa beliau dan rakan-rakan menghadapi kebuluran kerana bekalan makanan mereka hampir habis.

Berita ini disiarkan di laman NST online DI SINI.

Umat Islam di Malaysia dapat menjalankan ibadat puasa dengan tenang dan gembira menghadapi juadah ketika berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai, sedangkan ada saudara-saudara kita menghadapi kebuluran serta saat-saat cemas dan genting!

Kita semua, warga Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, menyeru dan merayu kepada pihak yang berwajib, terutama pihak syarikat perkapalan negara, MISC Berhad dan pihak kerajaan Malaysia agar melakukan apa sahaja yang perlu supaya kesemua anak kapal yang menjadi tebusan (sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam)itu dapat segera kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat, supaya mereka semua dapat menyambut Hari raya Idilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Dengan segala usaha dari pihak yang berwajib, termasuk berita yang tersiar DI SINI dan juga DI SINI, kita berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera, dan mereka yang menjadi tebusan akan segera ke pangkuan keluarga mereka.

Sama-samalah kita berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan mereka.

Kes Kapal Dagang Diserang Lanun 2008 (Januari – Julai)

1 Februari 2008
Sekumpulan lanun merampas kapal tunda Russia milik Denmark, MV Svitzer Korsakov. Kapal itu ditahan dipelabuhan Eyl, Puntland (wilayah Somalia yang diisytiharkan merdeka oleh pemerintahnya tetapi tidak diiktiraf oleh PBB). Enam orang anak kapal serta kapal itu dibebaskan setelah wang tebusan sebanyak 700,000 Dolar Amerika dibayar.

4 April 2008
Kapal penumpang jenis cruise mewah milik Perancis, MV Le Ponant berserta 30 orang anak kapal dirampas di perairan Teluk Aden. Kapal perang Perancis FS Commandant Boun dan kapal perang Canada HMSC Charlotte dihantar untuk menyekat kapal itu. Lapan hari kemudian anak kapal serta kapal itu dibebaskan selepas syarikat pemilik kapal itu, CMA-CGM membayar wang tebusan. Selepas anak kapal dibebaskan anggita tentera Perancis memantau kumpulan lanun itu semasa mereka di darat. Menurut sumber tentera Perancis, seorang penembak tepat (sniper) dari sebuah helikopter berjaya menembak dan merosakkan enjin kereta lanun. Sebuah lagi helikopter mendarat dan enam orang lanun berjaya diberkas dan wang tebusan dirampas kembali. Sehari selepas itu keenam-enam orang lanun itu dihadapkan ke mahkamah Paris atas tuduhan menculik, merampas kapal dan merompak.

20 April 2008
Kapal penangkap ikan tongkol milik Sepanyol, MV Playa de Bakio bersama 26 orang anak kapal dirampas sekumpulan empat orang lanun kira-kira 217 batu nautika di luar pantai Somalia. Kapal itu dilabuhkan di tenggara perairan Puntland. Kerajaan Sepanyol menghantar kapal perang SPS Mendez Nunez serta bersedia dengan sepasukan penyelam kombat elit, tetapi menyatakan sedang menyelesaikan krisis melalui saluran diplomatik. Kapal perang itu belayar menyusur pantai, sementara pihak berkuasa tempatan pasukan keselamatan mengejar lanun itu. Enam hari kemudian kapal dan anak kapal dibebaskan dan kapal perang itu telah mengiringi kapal ke kawasan selamat. Dikatakan bahawa wang tebusan sebanyak 1.2 juta Dolar Amerika telah dibayar. Bagaimana pun kerajaan Sepanyol menafikan pihaknya membayar wang tebusan itu. Kemungkinan pihak syarikat pemilik kapal itu yang membayar wang tebusan itu.

21 April 2008
Kapal kargo milik UAE, MV Al-Khaleej, berserta 16 orang anak kapal dirampas sekumpulan lanun di luar pantai Bosaso, Somalia. Sehari kemudian pasukan keselamatan Puntland menyerbu kapal itu dan berjaya memberkas tujuh orang lanun. Seorang lanun terbunuh. Pada 30 April mahkamah Puntland membicarakan kes itu dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas ketujuh-tujuh orang lanun itu bersama empat orang talibarut mereka.

17 Mei 2008
Lanun merampas kapal milik Jordan yang punyai oleh sebuah syarikat negara Emirat Arab Bersatu (UAE), MV Victoria, berserta 12 orang anak kapal, kira-kira 30 batu nautika di luar pantai Somalia. Ketika itu kapal dikatakan sedang menuju ke ibu negara Somalia, Mogadishu. Kapal itu kemudian dibebaskan pada 23 Mei dengan syarat yang tidak disebutkan, dan meneruskan pelayaran ke Mogadishu dengan diiringi oleh anggota tentera Somalia. Pada hari itu juga, selepas kapal itu dibebaskan, puak pejuang Islam Somalia menyerang kumpulan lanun di Hobyo sebagai serangan balas kepada rampasan lanun itu. Menurut ketua kumpulan pejuang Islam itu empat orang lanun terbunuh manakala enam orang lagi berjaya diberkas. Dalam pertempuran itu dua orang anggota pejuang Islam terkorban.

24 Mei 2008
Lanun merampas kapal milik Belanda MV Amiya Scan berserta 9 orang anak kapal di perairan Teluk Aden.

20 Julai 2008
Kapal jenis pembawa kargo pukal (bulk carrier) milik Jepun MV Stella Maris, dirampas oleh sekumpulan lanun. Lanun kemudiannya menuntut wang tebusan untuk membebaskan kapal dan anak kapal.

Kes Kapal Dagang Diserang Lanun 2007

1 Jun 2007
Kapal kargo milik Denmark, MV Danica White dirampas dan dibawa ke perairan Somalia oleh sekumpulan lanun. Dua hari kemudian kapal perang Amerika USS Carter Hall menyerang lanun yang berada dalam bot lanun yang ditarik di belakang kargo tersebut sehingga tenggelam. Kapal kargo itu gagal disekat dan terus meninggalkan tempat itu setelah kapal perang Amerika gagal mengikutinya. Lima orang anak kapal dan kapal itu kemudiannya dibebaskan 83 selepas 83 hari dirampas, setelah pemilik kapal itu, H. Folmer & Co, membayar wang tebusan yang berjumlah 1.5 Dolar Amerika.

28 Oktober 2007
Kapal tanker kimia milik Jepun MV Golden Nori dirampas lanun di luar pantai Somalia. Kapal perang Amerika USS Porter berjaya menembak bot lanun tetapi puak lanun masih mengawal kapal tanker itu. Kapal perang tentera laut Amerika dan Jerman mengekori kapal itu dan menghalangnya daripada memasuki pelabuhan Bosaso, Somalia. Selepas menuntut wang tebusan lanun membebaskan kapal berserta 21 orang anak kapal.

29 Oktober 2007
Sekumpulan lanun menyerang kapal kargo Korea Utara MV Dai Hong Dan dan merampas bilik kawalan (bridge) kapal itu. Bagaimana pun anak kapal masih menguasai ruang kemudi dan enjin kapal itu. Sehari kemudian dalam satu operasi nekad, anak kapal itu berjaya menguasai semula kapal itu. Seorang lanun berjaya dibunuh dan enam lagi ditangkap, manakala tiga orang anak kapal cedera dalam serangan itu.

Jumaat, 5 September 2008

Kes Kapal Dagang Diserang Lanun 2005 – 2006

Kes serangan lanun ke atas kapal dagang yang melalui Teluk Aden di sepanjang luar pantai Somalia sejauh 3,300 kilometer dari tahun 2005 hingga kini akan melibatkan senarai yang panjang.

Beberapa kes high-profil:

5 November 2005
Kapal mewah cruise liner, MV Seabourn Spirit yang membawa 210 orang penumpang dan anak kapal diserang sekumpulan lanun yang menggunakan dua buah bot laju semasa kapal itu merentasi perairan luar pantai Somalia. Bagaimana pun, kumpulan lanun yang lengkap bersenjata senapang automatik dan RPG (rocket propelled grenade) itu berjaya ditumpaskan oleh anak kapal dengan menggunakan pancutan air alat akoustik jarak jauh.

16 Januari 2006
Kapal milik India MV Safina al-Birsarat bersama 16 orang anak kapal warga India di serang oleh sekumpulan lanun seramai 10 orang di luar pantai Somalia. Tujuh hari kemudian, iaitu pada 22 Januari, kapal perang Amerika USS Winston S. Churchill, berjaya mengejar dan melepaskan tembakan amaran. Kesemua 10 orang lanun itu menyerah diri. Mereka dibawa ke Mombasa, Kenya untuk dibicarakan. Mereka didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

18 Mac 2006
Sekumpulan lanun menembak ke arah dua buah kapal perang Amerika, USS Cape St. George dan USS Gonzalez.

Isnin, 1 September 2008

Kes-kes serangan lanun yang menjadi tajuk berita utama sejak tahun 1990’an

19 Sept 1992
Lanun merampas kapal tanker Nagasaki Spirit di perairan Selat Melaka. Sebelum mereka membawa nakhoda meninggalkan kapal itu,kapal itu dibiarkan dalam keadaan ‘auto-pilot’ dan bergerak dengan kelajuan maksima. Nagasaki Spirit kemudian berlanggar dengan kapal kontena, Ocean Blessing. Akibatnya, kedua-dua kapal itu terbakar dan kesemua anak kapal dari keduanya terbunuh kecuali dua orang dari kapal Nagasaki Spirit yang terselamat. Api di kapal Nagasaki Spirit berjaya dipadamkan selepas enam hari, manakala api di kapal Ocean Blessing hanya dapat dipadamkan enam minggu kemudian.

November 1998
Lanun menyerang sebuah kapal tanker milik Belanda di luar pantai berhampiran pelabuhan All Saints Bay, Brazil, dan mengakibatkan ramai anak kapal yang cedera.
Dalam kedua peristiwa tersebut, lanun berjaya melepaskan diri.

Akan tetapi selepas kes rampasan kapal kargo Chang Song pada tahun 1998, nasib para lanun tidak begitu baik. Sekumpulan lanun yang menyamar sebagai anggota pasukan kastam merampas kapal itu di perairan Laut China Selatan, dan membunuh kesemua 23 anak kapal dan mencampakkan mayat mereka yang malang itu ke dalam laut. Pihak kerajaan China menjalankan operasi menyiasat dan akhirnya berjaya memberkas 38 orang lanun. Setelah didapati bersalah, ketua puak lanun (seorang pegawai kastam) dan 11 orang ahli kumpulan itu dijatuhkan hukuman bunuh.

Tahun 2003
Sekumpulan lapan orang lanun merampas kapal Seamaster kepunyaan seorang pencinta alam, pelayar dan tokoh masyarakat terkenal warga New Zealand, Sir Peter Blake. Sir Peter cuba melawan dengan menggunakan sepucuk raifel. Beliau berjaya menembak salah seorang lanun tetapi kerana raifel itu mengalami kerosakan, beliau ditembak mati oleh salah seorang lanun itu. Dua orang anak kapal cedera akibat ditikam lanun. Lanun hanya sempat mengambil sebah enjin motorbot 15 kuda sebelum melarikan diri. Walau bagaimana pun, pihak berkuasa berjaya memberkas ahli lanun tersebut. Setelah dibicarakan dan didapati bersalah atas tuduhan melanun, mereka dijatuhkan hukuman penjara selama sekurang-kurangnya 30 tahun.

Mac 2003
Sekumpulan lanun bersenjatakan parang, senjata automatik dan radio VHF merampas kapal supertanker Dewi Madrim milik Indonesia di perairan Selat Melaka. Tiada seorang pun anak kapal yang dicederakan, tetapi lanun meniggalkan kapal itu menaiki yang mereka gunakan semasa serangan, dan melarikan wang tunai serta peralatan kapal.