19 Sept 1992
Lanun merampas kapal tanker Nagasaki Spirit di perairan Selat Melaka. Sebelum mereka membawa nakhoda meninggalkan kapal itu,kapal itu dibiarkan dalam keadaan ‘auto-pilot’ dan bergerak dengan kelajuan maksima. Nagasaki Spirit kemudian berlanggar dengan kapal kontena, Ocean Blessing. Akibatnya, kedua-dua kapal itu terbakar dan kesemua anak kapal dari keduanya terbunuh kecuali dua orang dari kapal Nagasaki Spirit yang terselamat. Api di kapal Nagasaki Spirit berjaya dipadamkan selepas enam hari, manakala api di kapal Ocean Blessing hanya dapat dipadamkan enam minggu kemudian.
November 1998
Lanun menyerang sebuah kapal tanker milik Belanda di luar pantai berhampiran pelabuhan All Saints Bay, Brazil, dan mengakibatkan ramai anak kapal yang cedera.
Dalam kedua peristiwa tersebut, lanun berjaya melepaskan diri.
Akan tetapi selepas kes rampasan kapal kargo Chang Song pada tahun 1998, nasib para lanun tidak begitu baik. Sekumpulan lanun yang menyamar sebagai anggota pasukan kastam merampas kapal itu di perairan Laut China Selatan, dan membunuh kesemua 23 anak kapal dan mencampakkan mayat mereka yang malang itu ke dalam laut. Pihak kerajaan China menjalankan operasi menyiasat dan akhirnya berjaya memberkas 38 orang lanun. Setelah didapati bersalah, ketua puak lanun (seorang pegawai kastam) dan 11 orang ahli kumpulan itu dijatuhkan hukuman bunuh.
Tahun 2003
Sekumpulan lapan orang lanun merampas kapal Seamaster kepunyaan seorang pencinta alam, pelayar dan tokoh masyarakat terkenal warga New Zealand, Sir Peter Blake. Sir Peter cuba melawan dengan menggunakan sepucuk raifel. Beliau berjaya menembak salah seorang lanun tetapi kerana raifel itu mengalami kerosakan, beliau ditembak mati oleh salah seorang lanun itu. Dua orang anak kapal cedera akibat ditikam lanun. Lanun hanya sempat mengambil sebah enjin motorbot 15 kuda sebelum melarikan diri. Walau bagaimana pun, pihak berkuasa berjaya memberkas ahli lanun tersebut. Setelah dibicarakan dan didapati bersalah atas tuduhan melanun, mereka dijatuhkan hukuman penjara selama sekurang-kurangnya 30 tahun.
Mac 2003
Sekumpulan lanun bersenjatakan parang, senjata automatik dan radio VHF merampas kapal supertanker Dewi Madrim milik Indonesia di perairan Selat Melaka. Tiada seorang pun anak kapal yang dicederakan, tetapi lanun meniggalkan kapal itu menaiki yang mereka gunakan semasa serangan, dan melarikan wang tunai serta peralatan kapal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan