Setiap orang penulis pernah melalui hari-hari yang berkabus. Inilah istilah saya bagi menceritakan waktu-waktu hasil tulisan agak kurang.
Kalau ada pun hanyalah mengemaskini blog. Itu pun bukan setiap hari. Tambahan pula bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu blog.
Ada kawan yang memberi komen saya sebagai seorang penulis blog seperti pengamal poligami. Saya setuju dengan pandangan beliau!
Walau bagaimana pun apabila mengerjakan blog terbaru saya, Meredah Samudera, saya dapati potensi blog ini untuk terus 'maju' adalah besar.
Pertama kerana buku tulisan saya sudah diterbitkan.
Kedua, kerana bidang maritim itu sendiri begitu luas dan informatif, serta skopnya luas. Jadi bahannya banyak dan tidak putus-putus.
Semoga blog 'Meredah Samudera' akan dikemaskini berterusan dengan bahan-bahan yang menarik.
Understanding Ditropan: Uses, Dosages, and Side Effects
Sehari yang lalu
2 ulasan:
Selamat meredah, tuan! Tahniah!
Tuan Mya,
Kalau datang ke bengkel 18-5 nanti jangan lupa bawa 'Guru Arkitek Bangsa' - kita tukar dengan Meredah Samudera atau Psychology of Selling.. :)
Catat Ulasan