"Kapten, bilakah saat paling sedih bagi seorang pelaut?" tanya saya kepada seorang rakan bekas pelaut.
Beliau termenung sejenak sebelum menjawab. Saya perhatikan air mukanya berubah sedikit, mungkin seribu kenangan sedang diulang tayang dalam fikirannya ketika itu.
"Ada beberapa waktu yang tidak dapat dilupakan, Encik Imran."
"Ketika menyambut hari raya semasa belayar, ya kapten?"
"Ya, itu pun detik pilu juga. Akan tetapi ada lagi waktu yang menyentuh perasaan. Kalau bagi yang bujang di saat menerima surat putus cinta dari kekasih."
"Ketika berihat semasa kapal sedang belayar dan terkenang anak isteri pun merupakan saat yang agak emosional. Bukan begitu, kapten?"
"Memang benar, Encik Imran. Saat-saat begitu memang sering dilalui. Bagi saya sendiri ada satu detik yang paling saya tidak tahan melaluinya. Walau pun setelah 15 tahun saya belayar (istilah bagi bertugas sebagai pelaut), masih juga saya merasa sayu apabila melalui saat itu."
"Bilakah saat pilu itu, kapten?"
"Saya merasa sayu sangat apabila saya mahu keluar rumah untuk naik kapal. Waktu nak sign-on. Itulah saat yang menyayat hati bagi saya, kerana saya tahu saya tidak akan dapat bertemu anak isteri dalam masa enam atau sembilan bulan."
Ketika itu saya dapatlah saya memahami kenapa air muka beliau berubah ketika saya mula bertanya soalan tadi!
Understanding Ditropan: Uses, Dosages, and Side Effects
Sehari yang lalu
1 ulasan:
Detik pilu seorang pelaut? Tahu kah anda? lebih menyedihkan kita hanya bercakap perihal semasa di atas kapal. Pernahkah anda berfikir apakah nasib seseorang pelaut bila ingin menamatkan karier sebagai rakyat Malaysia tinggal di darat. Adakah badan memperjuangkan nasib mereka. Untuk pengetahuan saya adalah bekas seorang pelaut yang memulakan kerjaya di kapal milik MISC tetapi setelah sekian lama saya bertukar ke kapal NOL Singapore. Dan setelah sekian lama saya berhasrat berhenti untuk memulakan hidup baru. Saya dapati pemgalaman yang sekian lama tidak diiktiraf oleh mana pihak malah pelabuhan tempatan tidak melayan saya. mungkin saudara siadia maklum Pelaut adalah individu yang paling sesuai berkhidmat di pelabuhan kerana mereka ini lebih tahu apa yang belaku.
Ada beberap bekas pelaut datang berjumpa saya bertanyakan kerja sehingga sanggup berkerja apa saja.
Saya adalah seorang yang ingin memperjuangkan nasib pelaut di Kuantan, Pahang. Maka Kepiluan adalah bagi mereka yg ingin berubah dan jiwa tetap Pelaut.
Catat Ulasan