Sabtu, 29 September 2007

Mengharamkan Poligami Memang Tidak Logik

Budaya poligami di Amerika Syarikat menjadi topik perbincangan hangat apabila Warren Jeffs, ketua kumpulan Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints (FLDS), ditangkap serta dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bersubahat melakukan pencabulan ke atas wanita bawah umur.

Wala pun ada undang-undang mengharamkan poligami, amalan ini berleluasa bukan sahaja di negeri Utah, tetapi juga di Arizona dan daerah lain di Barat Daya Amerika Syarikat. Amalan poligami sudah menjadi rahsia umum.

Saya bukanlah ahli FLDS atau mana-mana kumpulan pecahannya, tetapi saya yakin isu poligami ini terlalu digembar-gemburkan dari yang sepatutnya.

Undang-undang anti-poligami memang berguna bagi mengelakkan para suami menyimpan keluarga rahsia serta penderaan anak isteri. Banyak pihak mengatakan para pengamal poligami merosakkan masyarakat serta sistem kebajikan negara.

Namun hakikatnya penderaan kanak-kanak dan isteri dilarang di sisi undang-undang, seperti juga menggelapkan wang kebajikan. Tetapi jika undang-undang sudah wujud bagi memerangi gejala penderaan, kenapa pula poligami masih dianggap salah?

Ada pihak berpendapat menghalalkan poligami bererti membenarkan penderaan tersembunyi terhadap wanita. Tetapi saya kurang yakin dengan hujah ini.

Tidak mungkin wanita waras dan rasional tidak mampu berfikir sama ada hendak menerima atau menolak lamaran lelaki yang sudah beristeri!

Apa bezanya poligami di Amerika berbeza dari amalan ugama lain? Mungkinkah poligami membawa padah yang lebih teruk daripada perselisihan pendapat dalam keluarga?

Walau pun FLDS mengharamkan amalan poligami pada tahun 1890’an, tetapi masih terdapat pecahan kumpulan itu yang terus mengamalkannya. Mereka percaya amalan tersebut adalah sebahagian dari hidup beragama dan penting untuk mendapat ganjaran syurga.

Jadi apabila wanita berumur 18 tahun ingin menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki lain, kenapa masih dianggap melanggar undang-undang?

Sungguh pun dulu ramai pengamal poligami diseret ke mahkamah, tetapi sekarang jumlah itu sudah berkurangan. Amalan itu masih dilakukan secara bersembunyi. Walau pun ada ancaman pendakwaan di mahkamah, sedikit sekali pengamal yang diseret di mahkamah.

Pada tahun 1998, Gabenor negeri Utah, Amerika Syarikat, Mike Levitt berkata walau pun dia tidak menggalakkan amalan poligami, negeri itu perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar. Jika begini keadaannya, kenapa pula kita membiarkan begitu banyak keluarga menjalani kehidupan secara rahsia?

Saya berpendapat isu dan konsep amalan poligami ini kabur dan aneh, tetapi dalam era kita meluaskan konsep perkahwinan bagi memasukkan perkahwinan ortodoks terdahulu, kenapa pula kita tidak mengambil-kira amalan poligami (untuk dimasukkan juga)?

Nampaknya alasan yang digunakan bagi menghalang perkahwinan antara pasangan berlainan bangsa, digunakan juga bagi menghalang poligami.

Memang telah jelas kepada kita, amalan poligami akan tetap berlaku walau pun ada undang-undang yang menghalangnya, sedangkan undang-undang yang lemah itu tidak pernah dinilai semula secara kritis.

Di zaman sekarang kita perlu mengikut peredaran zaman dan setiap orang perlu diberi kebebasan untuk memilih cara hidup dan cara berkeluarga yang individu itu mahu.

Saya mungkin tidak akan mengamalkan poligami, tetapi pada saya, menghalang amalan poligami itu sebenarnya tidak logik dan tidak dapat diterima akal yang sihat.

oleh Teresa Cambria - 09-25-2007
Tajuk asal: Polygamy illegality illogical
Terjemahan bebas oleh:Imran Yusuf

0 ulasan: