Khamis, 13 September 2007

Simfoni Rindu

Aduhai
setelah semusim
dikau pergi
rindu ini
kian mengharum

Kekasih
biarpun tiada
iringan merdu
namun
rindu diutus
di angin lalu

Izinkanlah
bunga ini
berkembang
di sudut
hatimu.

2 ulasan:

Yang bernama Siti berkata...

merindu jangan lesu
mesti cergas
mesti bingkas
jika lesu
yang dirindu
disambar helang

Imran Yusof berkata...

Merindu lesu
menagih simpati
pada yang sayang

Jika ia disambar
juga, terima sahaja
sudah jodoh tiada