Setelah pihak Hamas menawan markas pihak keselamatan di Gaza yang selama ini dikuasai oleh pihak Fatah, mereka menjumpai dokumen, pita video dan berbagai bukti yang menunjukkan Fatah bekerjasama dengan badan perisik CIA, MI-6 dan Mossad bagi menjatuhkan Hamas. Terdapat juga bukti yang beberapa buah kerajaan Negara Arab yang terlibat di dalam konspirasi tersebut.
Selama ini Hamas hanya menuduh Fatah bersekongkol dengan pihak Amerika, Britain dan Israel bagi memusnahkan Hamas setelah Fatah tewas di dalam pilihanraya Palestin. Tetapi kini mereka telah menemui buktinya.
Sepatutnya Fatah dan Hamas berkerjasama demi kepentingan perjuangan warga Palestin yang sudah sebegitu lama dijajah oleh regim Zionis Yahudi. Namun Fatah telah sanggup menjadi alat kepada Amerika, Barat dan lebih-lebih lagi Israel, semata-mata untuk berkuasa di Palestin.
Hamas telah menyatakan bahawa Mahmoud Abas sudah tidak layak menjadi presiden Palestin kerana dia telah menjadi belot dan mengkhianati rakyat Palestin.
Kita tunggu dan lihat apakah Hamas akan dikalahkan oleh Amerika dan proksinya Israel. Dan kita juga tunggu dan lihat sejauh mana Fatah akan dapat "bebas" memerintah Palestin dengan sekelumit kuasa yang mungkin "direstui" pihak Barat dan Yahudi itu.
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan