Apabila pihak Hamas memenangi pilihanraya Palestin, pihak barat yang dikepalai oleh Amerika memboikot kerajaan Palestin, sehingga memaksa Hamas akur untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Hamas yang kalah pilihanraya.
Biarpun Hamas menang pilihanraya dengan majoriti yang membolehkan mereka memerintah sendirian, namun oleh kerana angkara pihak dunia yang enggan mengiktiraf demokrasi apabila keputusan pilihanraya tidak memenuhi kehendak mereka, demi menjaga kepentingan bersama rakyat Palestin, Hamas bersetuju memerintah bersama Fatah.
Ini membuktikan Hamas berjiwa besar apabila memikirkan nasib Palestin, dengan pihak yang kalah pun mereka sanggup memerintah bersama. Namun Fatah terus menjadi duri dalam daging kepada Hamas dan terus mengkhianati Palestin dengan bersekongkol dengan Israel. Semenanjung Gaza pula sering dicerobohi regim Zionis itu. Ini membuktikan walaupun kerajaan berjaya ditubuhkan Fatah masih tidak berpuas hati dan mahu mengenepikan Hamas.
Selain telah menahan diri dan bertolak ansur dengan bersetuju menubuhkan kerajaan campuran, tetapi pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza masih di dalam tangan militia Fatah. Hamas seolah-olah terikat kerana keselamatan rakyat Palestin di Gaza bukan sahaja masih tidak terjamin dari ancaman serangan Israel malah juga kerana pihak Fatah bersekongkol dengan pihak Yahudi.
Hamas punya dua pilihan. Pertama mengiktiraf Israel dan mengorban prinsip perjuangan rakyat Palestin. Ini pun belum tentu menjamin Palestin tidak akan diserang Israel. Kedua, Hamas mengambil alih portfolio keselamatan Gaza dari pihak militia Fatah yang menguasai Gaza.
Setelah berbulan-bulan menahan diri, bertolak ansur, dengan harapan kepentingan rakyat Palestin akan bertambah baik, nampaknya Israel tidak juga membiarkan Palestin aman. Pihak Fatah juga masih tidak berpuas hati dengan bersama memerintah Palestin, malah sanggup bersekongkol dengan musuh demi untuk berkuasa.
Justru, Hamas telah memilih option kedua. Dengan sendirinya tanggapan Hamas dan Fatah tidak akan dapat bersama kerana ideologi politik yang berlawanan, satu Islamis dan satu pihak lagi sekularis, terbukti benar.
Ini juga membuktikan sampai bila-bila pun umat Islam tidak boleh berharap pihak barat yang dikepalai Amerika akan membantu mereka. Sebaliknya umat Islam hendaklah yakin dengan kekuatan sendiri dengan pertolongan daripada Allah.
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan