"Sudahkah Kiah dengar kisah penceraian Datin B?"
"Bukankah dia bawa kes ke mahkamah halang Datuk A beristeri lagi?"
"Kalau suami Kiah hendak beristeri lain, Kiah tidakkah heret dia ke mahkamah?"
"Bukan tidak boleh ke mahkamah, Kak Zah. Halang Abang Kamil nikah satu lagi."
"Datin B cerita macam-macam yang buruk-buruk tentang Datuk A."
"Ishh! Kenapa sampai begitu sekali, Kak Zah?"
"Begitulah yang akan terjadi bila ke mahkamah, Kiah. Bila nak buktikan Datuk A tidak layak bernikah lagi, terpaksalah Datin B buka yang 'busuk-busuk' tentang Datuk A."
"Eh, Kak Zah. Kalau saya jadi orang lelaki pun rasa tercabar juga saya."
"Yalah, Kiah. Bila bawa kes ke mahkamah untuk halang suami nikah satu lagi, perasaan suami yang sayang itu jadi marah."
"Betul kata Kak Zah. Dan bila buka 'aib di mahkamah, dari rasa marah timbul pula rasa benci."
"Kiah tahu apa ending bicara di mahkamah Datin B?"
"Apa yang terjadi, Kak Zah?"
"Datin B jatuh pengsan di mahkamah ketika kes itu berlangsung, Kiah."
"Subhanallah! Kenapa Datin yang pengsan? Bukankah dia yang seret Datuk ke mahkamah, Kak Zah?"
"Masakan tidak pengsan, Kiah. Ketika Datin B beri keterangan di mahkamah tu, dia buka semua cerita-cerita buruk tentang suami dia. Agaknya Datuk A sudah marah tahap maksima, dia lafazkan cerai talak tiga ketika itu depan hakim di mahkamah itu juga!"
"!!!"
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
6 ulasan:
Memang tepat tindakan Datuk A tu... Kalau sudah aib suami diceritakan pada khalayak itu namanya isteri derhaka.memang patut kena cerai terus.
menghalang suami dari poligami tidak semestinya dengan cara begitu. Itu akan lebih memburukkan keadaan..
memang patut tindakan Datuk A tu. Datin B tu bodoh. sepatutnya semakin suami buat macam tu tunjukkan la diri dia baik dan cuba bawa suami bincang baik-baik.
Sdri Nani Aling,
Memang para isteri tidak hendak dimadu, akan tetapi ada yang bengitu kuat penentangannya, sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja, asalkan suaminya tidak jadi berkahwin. Kalau berkahwin juga, dia akan cari jalan meruntuhkan rumah tangga suaminya yang satu lagi itu.
perempuan memang byk y mcmtu...bertindak mengikut emosi..akal pon 1..sb sye py seorg perempuan..
kenapa dia nak bawa ke mahkamah? mungkin dia punya alsan yg kukuh...mungkin suami dia tak mampu dari segi nafkah dan ekonomi, kalau berkahwin pun buat tambah masalah perbelanjaan anak2 nak sekolah ke, mungkin laahh tak semua dato' datin tu kaya..
kenapa dia nak bawa ke mahkamah? mungkin dia punya alsan yg kukuh...mungkin suami dia tak mampu dari segi nafkah dan ekonomi, kalau berkahwin pun buat tambah masalah perbelanjaan anak2 nak sekolah ke, mungkin laahh tak semua dato' datin tu kaya..
Catat Ulasan