Sabtu, 19 Mei 2007

"Mengapa Suami Saya Beristeri Lagi?"

Seorang rakan menghantar sebuah artikel melalui email yang beliau dapat dari internet.

Di dalam artikel itu disebutkan antara sebab utama seseorang 'mencari teman hidup lain' ialah kerana ia rasakan teman hidup sekarang sudah 'tidak menarik' lagi.

Istilah 'tidak menarik' tidak semestinya bermaksud 'lebih cantik' atau 'lebih tampan' dari segi fizikal dan paras rupa. Tetapi 'tidak menarik' bermaksud 'tidak menarik minat' lagi.

Satu contoh diceritakan kisah isteri seorang pakar bedah yang 'berkorban' membesarkan anak-anak mereka, membuat kerja rumah dan memasak makan yang lazat dan menghias diri untuk suami. Namun pakar bedah itu telah meninggalkan isterinya dan membuat hubungan intim dengan seorang wartawan.

Wartawan itu bukan sahaja tidak cantik, tetapi seorang wanita selekeh dan dua tahun lebih tua dari beliau.

Kisah-kisah yang diceritakan memang saya berfikir.

Terlintas juga di fikiran saya, mungkinkah seorang lelaki mencari isteri kedua kerana ingin mencari sesuatu yang 'menarik' itu?


3 ulasan:

Abu Marwan Hamdi berkata...

Kata kawan yang kaki pancing:
"Memancing ikan ini, paling seronok ialah ketika nak jinakkan ikan. Lagi susah nak jinak lagi seronok. Dah dapat biasanya ikan itu dilepaskan atau beri pada orang... bukan nak makan sangat.. catch & release." Itu salah satu kezaliman orang yang pancing ikan. Err.. ada kaitan tak disini?

Imran Yusof berkata...

Mungkin kisah seorang lelaki dengan sangkar burung boleh dijadikan perbandingan. Begini kisahnya:

Dia beli sangkar burung yang kosong dan gantung di anjung rumahnya.

Setiap orang yang datang akan bertanya, "Bila burung awak mati?"

Oleh kerana jemu menjawab soalan yang sama, akhirnya dia membeli seekor burung dan sangkar dia tidak kosong lagi.

Jadi begitu juga dengan penulis buku poligami yang belum berpoligami. Orang akan bertanya, "Bila awak nak perkenalkan isteri kedua awak?"

Oleh kerana jemu menjawab soalan yang sama iaitu, "Saya ada seorang isteri sahaja", maka dia pun kahwin satu lagi.

Sekian buat renungan kita bersama.

Renungan dulu, tindakannya bila tiba masa sesuai...

Puan Ainon Mohd. berkata...

Ya Sheikh!

Boleh saya tumpang cerita psikologi poligamist (orang yang mengamalkan poligami)?

Ada 2 faktor:

(1) Apa yang sebenarnya yang mendorong doktor bedah itu kahwin lain dengan wartawan yang tidak cantik dan lebih tua daripadany. (Lelaki tidak akan mendedahkan maklumat amat peribadi seperti ini.)

(2) Apa yang mendorong doktor bedah itu memberi jawapan begitu apabila ditanya. (Lelaki akan mencipta jawapan yang orang bertanya itu mahu dengar - yakni, jawapannya itu tidak jujur.)

Psikologi seperti ini adalah fitrah. Dalam isu perceraian pun begitu. Punca dia bercerai lain. Apabila ditanya, dia beri jawapan lain.

Lazimnya, jawapan yang diberikan berfungsi supaya orang bertanya itu memberhentikan pertanyaannya.