Suatu ketika hari ini gambar saya diberi komen oleh teman-teman penulis, namun saya menerimanya dengan hati yang terbuka.
Gambar yang dipaparkan di profile blogspot ialah gambar yang diambil pada bulan Mac 2006 semasa saya berada di Sudan, tetapi mungkin hari ini saya kelihatan sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan gambar di dalam blog itu.
Walau pun saya merasa sedikit tidak selesa dengan komen yang diberikan, namun ia tetap sedikit sebanyak telah memberikan keinsafan kepada diri saya: sesungguhnya semakin hari semakin umur meningkat.
Semakin meningkat umur pada hakikatnya, umur yang berbaki semakin kurang. Dengan demikian juga, semakin hari semakin dekat kita dengan hari kematian kita.
Sesungguhnya setiap yang hidup akan merasai mati dan setiap kali saya teringatkan perkara kematian, segala keselesaan dan segala rasa lazat hilang.
Betullah seperti maksud hadis Nabi, ianya sesuatu yang "menghapuskan segala kelazatan hidup di dunia ini."
Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi
4 hari yang lalu
10 ulasan:
Sheikh, harimau mati meninggalkan belang, kita mati biar meninggalkan banyak buku yang mengandung ilmu....
Sheikh, harimau mati meninggalkan belang, kita mati biar meninggalkan banyak buku yang mengandung ilmu....
saya rambut masih lebat tetapi semakin cepat berubah warna - calon pengganti a samad said!
Salam kenal Saudara Alang ...
Biar nampak tua dan bersedia, daripada tua yang tak sedar dah tua ehheheheh ....
tua2 berisi tak apa, jgn tua2 keladi. hehehe
Saudara Alang,
Saya mohon maaf kerana usikan saya di dalam kelas tempoh hari membuatkan saudara kecil hati. Saya hanya sekadar bergurau. Terima kasih kerana menulis tentangnya di blog saudara kerana jika tidak saya tidak tahu saya telah menyinggung perasaan saudara. Saya harap saudara dapat maafkan saya. Kejadian ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati menggusik orang di lain kali. Terima kasih.
Salam,
Abg Alang (tak tahu nak panggil pakcik atau abang),
Salam perkenalan dari saya.Suka baca blog abang.Terutama tentang permusafiran di Sudan.Saya juga suka mengembara.Pernah ke beberapa negara di Timur Tengah dan eropah.Malangnya, tidak pandai menulis travellogue yg menarik mcm abg Alang.Balik Msia nanti, saya nak berguru dgn Puan Ainon.
Salam hormat dari Dublin, Ireland
Salam,
Abg Alang,
Saya sekarang berada dı Hesakı Sulten dı Istanbul,Turkı.Berkelana menzıarahı kawan2 Turkı,maqam sahabat Nabı (Abu Ayyub al-Ansarı) dan para ulama wılayah Banı Osman.Baru habıs berjalan sekıtar bahagıan Asıa Istanbul.Kalau ada masa baru nak tulıs travellogue.By the way, terıma kasıh atas nasıhat abang tu.
Salam hormat darı Istanbul
Baru sempat membalas kunjungan. Banyak bekerja dan berjalan sampai tak sempat nak menulis. Tapi saya ingat pesanan saudara semasa pertemuan di bengkel,jadikan menulis itu sesuatu yang mesti dilakukan setiap hari. Terima kasih.
Sdr Syafiq Ayman,
Jika saudara masih berada di Istanbul, jangan lupa:
(a) ambil gambar kabus yang menutupi Selat Bosphorus - ia akan menjadi satu catatan yang bagus sekali untuk penulisan travelogue sdr;DAN
(b)menziarah makam/pusara Sultan Muhammad Al-Fatih (orang Turki gelar dia "AlFatih Sultan"), insya Allah semoga kunjungan sdr itu akan memberi semangat kepada saudara dan membuat anda lebih memahami erti sebuah perjuangan.
Catat Ulasan