Selasa, 7 November 2006

Mujurlah ada kehijauan pepohon yang memecah pemandangan kelabu di hutan batu




Bandaraya ini sudah mengalami perubahan yang begitu banyak sejak penjajah Inggeris pulang ke negara mereka sesuadah mereka tidak mampu lagi menjajah negara kita secara fizikal.

Bangunan-bangunan yang banyak telah menjadikan kotaraya ini sebuah hutan batu, dengan pemandangan yang kelabu dan pudar dan ini membuat kita muak memandangnya.

Mujurlah ada lampu neon yang mengindahkan pemandangan apabila senja melabuhkan tirai siangnya.

Dan mujurlah ada kehijauan pepohon yang menghiasi metropolis ini.

1 ulasan:

Emila Yusof berkata...

Salam Alang.

Kalau dilihat dari atas memang indah tapi cuba Alang lihat dibawah jambatan...mungkin ada aktiviti disana.