Ahad, 29 Oktober 2006

Beraya di Pahang




Semasa cuti Hari Raya yang baru lalu, saya dan keluarga menziarahi bapa saudara saya di Kg Baru Jara, yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Maran.

Kami bermalam di sana sebelum kembali ke Lembah Kelang pada petang Jumaat.

Kebetulan sepupu saya mengadakan majlis bercukur kepala anak sulungnya.

Sempat juga saya rakamkan peristiwa itu dengan kamera digital saya.

Saya teringin pula menulis buku kecil mengenai berzanji dan salawat yang digunakan oleh orang-orang kampung ini. Setakat ini buku itu dicetak dengan tulisan Jawi.

Saya belum tahu sama ada edisi Rumi sudah ada di pasaran.

Namun saya gembira kerana dapat bersama orang-orang tempatan meraikan 'orang baru' yang menjadi dewasa dua puluh tahun akan datang.

Perjalanan orang baru tersebut baru bermula dan ibu bapanya sedang memilih jalan yang lurus untuknya.

Semoga dia menjadi orang yang berjasa kepada ibubapanya dan juga kepada agama, bangsa dan negara.

0 ulasan: