Sebelum pun habis bulan Ramadhan seluruh media seolah-olah bergabung meng'war-war'kan sambutan hari raya, sehingga seolah-olah 10 hari terakhir bulan Ramadhan Al-Mubaraq tidak signifikan lagi.
Sedangkan Allah menjanjikan pahala (tawaran/offer) yang besar kepada orang yang beriman yang beribadat di bulan Ramadhan dan lebih-lebih lagi di hari 10 yang terakhir.
Manakala yang ditekankan media eletronik dan media cetak ialah tawaran/offer di pasaraya-pasaraya, kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan.
Ada teman berjenaka dengan ungkapan: "Mereka bukan mementingkan Lailatul-Qadar tetapi 'lailatul-kamdar'..."!!!
Walaupun ramai orang termakan ajakan media itu, tetapi kita percaya orang-orang beriman tetap menanti-nanti dan berusaha gigih mendapatkan pahala dan ganjaran dari Allah.
Mereka lebih berminat mendapat ganjaran dari Allah serta pahala seribu bulan daripada memberi ganjaran dan manafaat kepada tauke-tauke dan peniaga-peniaga yang hanya mementingkan keuntungan kewangan semata-mata.
Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi
4 hari yang lalu
6 ulasan:
Begitu juga dengan terawih2 di surau. kadang2 mmg niat nak berterawih, dan kadang2 ada pula nak ber tar"kuih"..alahaii hik hik
Assalamualaikum,
Memang betul, semakin dekat penghujung Ramadhan tiba, semakin kosonglah masjid-masjid dan surau-surau. Semuanya berlumba-lumba mengejar persiapan raya. Masing-masing sibuk mengejar lailatul kamdar... :C
Assalamualaikum wbh Alang,
Selamat hari raya Aidilfitri mulia. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa...
Assalamu'alaikum Nur Raina, Ainin Naufal dan Mersik, terima kasih kerana sudi menulis komen di blog saya. Sesungguhnya saya berbesar hati mendapat komen daripada 3 orang novelis terkenal memberi komen di blog saya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Saya tidak seronok hendak berhari raya dengan bonda saya di hospital....
Semoga bonda Puan Ainon diberikan keselamatan oleh Allah, Puan Ainon pula dianugerahkan Allah kesabaran dan ketenangan.
Catat Ulasan