Ahad, 29 Oktober 2006

Perancangan Perang ke Atas Iran

Telah didedahkan di dalam beberapa artikel dan tulisan di internet mengenai perancangan perang ke atas Iran oleh pentadbiran Amerika.

Walaupun secara umum mereka masih mengatakan masih meneruskan rundingan diplomatik di dalam isu nuklear Iran, namun perancangan ke arah tindakan ketenteraan sudah pun dibuat.

Perancangan dari segi kewangan, butir-butir operasi malah perang nuklear secara taktikal telah dibuat dan 'update' secara berkala dibuat oleh setiap bahagian yang ditugaskan.

Sesungguhnya orang-orang kafir mustakbirin sejak dari dulu dan sehingga hari kiamat tidak akan berdiam diri selagi mereka belum dapat menghapuskan Islam dan umat Islam.

Maka apa pula perancangan umat Islam bagi menghadapi ancaman jahat kuffar?

Hakise Pata Kg Kuala Sg Baru, Melaka




Ambo balik gha'yo di kapo oghe tina ambo.

Napak pata depe ghumah dia kena hakise teruk sebab oghe ambik pasir jadi laut koho dale, ombak pula buat pasir terhakis kuat do'oh la jadi nya.

Nasib baik la demo tu dah buboh batu, buat jadi halange ombak kuat. Kughe la hakise pata.

Ambo ghasa hakise sebegini buke di situ saja, tetapi di mana jua hok ado oghe sodok pasir buat projek reklamasi laut buat water front city ko, buat tambak laut buat perumahe ko, ake jadi lagu tu.

Beraya di Pahang




Semasa cuti Hari Raya yang baru lalu, saya dan keluarga menziarahi bapa saudara saya di Kg Baru Jara, yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Maran.

Kami bermalam di sana sebelum kembali ke Lembah Kelang pada petang Jumaat.

Kebetulan sepupu saya mengadakan majlis bercukur kepala anak sulungnya.

Sempat juga saya rakamkan peristiwa itu dengan kamera digital saya.

Saya teringin pula menulis buku kecil mengenai berzanji dan salawat yang digunakan oleh orang-orang kampung ini. Setakat ini buku itu dicetak dengan tulisan Jawi.

Saya belum tahu sama ada edisi Rumi sudah ada di pasaran.

Namun saya gembira kerana dapat bersama orang-orang tempatan meraikan 'orang baru' yang menjadi dewasa dua puluh tahun akan datang.

Perjalanan orang baru tersebut baru bermula dan ibu bapanya sedang memilih jalan yang lurus untuknya.

Semoga dia menjadi orang yang berjasa kepada ibubapanya dan juga kepada agama, bangsa dan negara.

Sabtu, 28 Oktober 2006

Selepas Raya, Perjalanan Akan Disambung Semula




Setelah kembali dari bercuti Raya, rasa ingin menyambung perjalanan kembali membara.

Mereka yang bekerja ingin segera kembali ke tempat kerjanya. Penulis mahu cepat menyambung penulisannya.

Maka saya pula ingin menyambung penulisan di blog ini mengenai perjalanan dan kembara saya.

Perkembangan di Somalia Semakin Menarik

Sejak daripada sebelum hari raya lagi, bagi mereka yang mengikuti berita perkembangan politik di Somalia, tentu akan dapat merasakan begitu pantas sekali perkembangan berlaku.

Ethiopia yang dituduh menghantar tentera ke Baidoa bagi mempertahankan kerajaan TFG daripada serangan pihak UIC, akhirnya mengaku ada menghantar 'jurulatih' tentera.

Pihak UIC pula menafikan mereka akan menyerang pihak TFG di Baidoa, tetapi tegas menganggap tentera Somalia yang berada di Baidoa atau memasuki ke mana-mana bahagian Somalia dianggap musuh dan penceroboh dan berikrar akan mempertahankan bumi Somalia dari pencerobohan mana-mana pihak, sama ada Ethiopia, AU atau UN.

Rakyat Somalia pada amnya memang telah muak dengan tekanan hidup oleh puak-puak militia selama lebih 15 tahun, dan mengalu-ngalukan kebangkitan pihak UIC sebagai pembela rakyat Somalia.

Sesungguhnya perkembangan begini di Somalia semakin menarik.

Guana demo gha'yo

Lamo do'oh kita tak ju'po dale blo ni.

Adik kakak po ambo ghaso mesti baghu balik daghi beghayo di kapo. Jadi ambo ghaso dok lewat lagi kalu kita ambo ucapke selamat haghi ghayo kepada adik kakak semua.

Nati sehaghi dua lagi kita ju'po lagi.

Adik kakak dok ka'po lagi ko?

Jumaat, 20 Oktober 2006

Kisah Kekasaran Seorang Polis Bantuan KTM di Stesyen Keretapi Kajang

Pada hari Khamis, 26 Ramadan (bersamaan19 Oktober 2006) saya bersama dengan 2 orang anak lelaki saya telah pergi ke Stesyen Keretapi (KTM) Kajang, Selangor untuk menghantar ayah saya menaiki keretapi malam untuk pulang ke Kelantan.

Kami menaiki keretapi KTM komuter untuk tiba lebih awal di stesyen KTM itu untuk mengelakkan ketinggalan keretapi untuk ayah saya pulang.

Lebih kurang pukul 8.55 malam, datang seorang wanita dari anggota polis bantuan KTM menyoal anak saya yang berumur 14 tahun hendak pergi ke mana dan meminta untuk melihat tiket keretapi. Anak saya ini seorang anak istimewa dan ketika ditanya mengenai tiket itu beliau mengambil masa untuk menjawab.

Secara mendadak polis (bantuan KTM) ini telah menaikkan suaranya. Saya menjawab yang saya memegang tiket. Kemudian dengan nada yang kasar telah menuntut untuk memeriksa tiket saya dan ayah saya dan menyoal hendak ke mana.

Saya tidak nafikan hak seorang anggota polis (bantuan KTM) bertindak tegas(?) menjalankan tugasnya.

Tetapi saya merasa terkilan dan marah di atas sikap biadab dan kurang sopan anggota tersebut yang melayan kami seolah-olah kami orang salah.

Apakah dia ingat kami ini penjenayah berat atau dari banduan yang baru lari dari penjara, atau dari kalangan pendatang tanpa izin?

Saya kerap menggunakan perkhidmatan keretapi komuter dan sudah banyak wang yang saya bayar membeli tiket KTM komuter dan sesungguhnya gaji pekerja-pekerja KTM termasuk gaji anggota polis (bantuan KTM) tersebut dibayar menggunakan duit-duit tambang yang dibayar oleh penumpang-penumpang keretapi seperti saya.

Saya dapati anggota-anggota KTM sentiasa memberikan layanan mesra pengguna setiap kali saya perlukan bantuan dan dan ketika menjalankan tugas.

Tetapi saya rasa sikap kurang sopan seorang anggota polis (bantuan KTM) yang saya sebutkan tadi telah merosakkan imej KTM dan menimbulkan kemarahan saya sebagai seorang pengguna yang membayar tambang.

Maka saya menuntut agar KTM mengambil tindakan sewajarnya supaya jangan dilayan kami penumpang-penumpang keretapi yang membayar tambang seperti orang salah dan penjenayah. Ingatkanlah mereka anggota-anggota polis bantuan agar menjalankan tugas dengan tegas, cekap dan mesra pengguna dan bukan kasar dan tidak bersopan-santun.

Saya berharap insiden yang saya lalui di stesyen KTM Kajang itu suatu insiden yang terkecuali dan bukan menjadi kebiasaan, dan layanan kasar terhadap pengguna-pengguna perkhidmatan KTM bukan menjadi standard operating procedure (SOP) anggota-anggota polis (bantuan KTM).

[Saya ada mencatit nama dan nombor anggota polis bantuan KTM tersebut, tetapi hanya akan mendedahkannya jika diminta oleh pihak yang berkenaan]

Selasa, 17 Oktober 2006

Bila cuti gha'yo ramai oghe mati kemalenge



Setiap taho bila cuti gha'yo gak ghama la oghe mati dale kemaleneg jale ghayo.

Jadi gha'yo taho ni maghilah kit apa'kat ambil peringate, jange la kita sapa jadi satu nombor daripada perangka'e kematiye tu.

Siyye la ko keluarga kita. Oghe pa'kat suka riya di haghi ghayo, kita pula besedih de beduka.

Adik kakak setuju ko denga hak ambo kata ni?

Ramadhan dan Hari Raya

Sebelum pun habis bulan Ramadhan seluruh media seolah-olah bergabung meng'war-war'kan sambutan hari raya, sehingga seolah-olah 10 hari terakhir bulan Ramadhan Al-Mubaraq tidak signifikan lagi.

Sedangkan Allah menjanjikan pahala (tawaran/offer) yang besar kepada orang yang beriman yang beribadat di bulan Ramadhan dan lebih-lebih lagi di hari 10 yang terakhir.

Manakala yang ditekankan media eletronik dan media cetak ialah tawaran/offer di pasaraya-pasaraya, kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan.

Ada teman berjenaka dengan ungkapan: "Mereka bukan mementingkan Lailatul-Qadar tetapi 'lailatul-kamdar'..."!!!

Walaupun ramai orang termakan ajakan media itu, tetapi kita percaya orang-orang beriman tetap menanti-nanti dan berusaha gigih mendapatkan pahala dan ganjaran dari Allah.

Mereka lebih berminat mendapat ganjaran dari Allah serta pahala seribu bulan daripada memberi ganjaran dan manafaat kepada tauke-tauke dan peniaga-peniaga yang hanya mementingkan keuntungan kewangan semata-mata.

Ahad, 15 Oktober 2006

Cuaca sejuk terasa ke tulang




Sekiranya dapat melihat keadaan sebegini sejuk tentulah perjalanan dan pengembaraan kita menyeronokan dan terasa berbeza daripada biasa.

Saya pernah berada di luar negara selama lime tahun semasa menuntut ilmu dahulu, tetapi saya cuma sempat melihat salji yang tebal, namun tidak sampai mengalami cuaca sesejuk ini.

Bila tenguk air sunga, hati ghasa tene



Ambo suka do'oh tenguk air sunga mengalir. Adik kakak suka ko?

Kalu ambo bawa anak-anak gi su'nga gak demo tu suka bena mandi de ke'lah di sunga ni. Air sunga tu ke dia mengalir kalu ada pu'sing tu gak ambo suka la tenguk.

Adik kakak suka ko ke'lah di sunga?

Anggota Tentera Britain di Iraq Mahu Pulang

Walau pun Amerika berkeras tidak mahu mengeluarkan tenteranya di Iraq di dalam masa terdekat, tentera sekutu karib mereka mahu segera keluar dari negara Timur Tengah itu.

Hasrat ini disuarakan oleh panglima tertinggi tentera Britain di Iraq, dan ini disiarkan secara meluas di dalam media antarabangsa.

Jika Britain mengundurkan tenteranya dari Iraq, maka Amerika akan keseorangan tanpa sekutu rapatnya lagi di Iraq.

Jika ini berlaku berapa lamakah lagi Amerika akan berdegil dengan egonya untuk terus berada di negara itu?

Jumaat, 13 Oktober 2006

Perkembangan Menarik di Somalia

Sejak pihak Union of Islamic Courts (UIC) mengambil alih pentadbiran di ibu negara Somalia, Mogadishu, rakyat mula menikmati keamanan dan kesejahteraan.

Selepas itu bebarapa kawasan lagi yang berjaya ditawan oleh pihak UIC. Rakyat di kawasan itu yang menjemput dan mengalu-ngalukan pihak UIC, kerana mereka sudah muak ditekan dan ditindas oleh panglima-panglima perang yang mengetuai puak-puak militia yang dibantu dengan kewangan oleh pihak Amerika dan barat.

Maka tidak terkejutlah kita jika pihak barat dan Amerika tidak menyenangi perkembangan ini. Namun Amerika semacam belum mahu terlibat secara langsung di Somalia, mungkin kerana mereka masih tidak lupa peristiwa pahit pada tahun 1993 yang dikenali sebagai peristiwa "Black Hawk Down" yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 18 orang anggota tenteranya.

Kita tunggu dan lihat perkembangan yang menarik di Somalia ketika ini.

Bunga api de bedil

Bila gha'yo gak ghama la budak-budak hok masuk sepita cedegha main bunga api de bedil (mercun).

Ada hok kes beghat lagi, cedegha sebab ma'in meriam buluh. Hok ni kes hard core.

Kalu boleh dapat meriam hok lama (hok real laa) sedap la ma'in. Kughe bahaya tapi kena ambil lakah-lakah keselamate la.

Adik kakak tak beli bunga api ko?

Perjalanan Mencari Kedaimaian?




Adakah anda suka bercucuk tanam? Atau sukakan kepada tumbuh-tumbuhan?

Sekiranya anda suka, maka sudah tentu di dalam perjalanan ketika bercuti anda tidak akan lupa singgah di nursery atau gerai yang mempamirkan bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan perhiasan.

Walaupun anda tinggal di rumah pangsa, ia tidak menjadi penghalang untuk membeli sepasu dua pokok bunga atau tanaman perhiasan itu.

Khamis, 12 Oktober 2006

Menjelang Hari Raya

Kerajaan Arab Saudi membebaskan beratus-ratus tahan dari penjara-penjaranya menjelang Hari Raya Idilfitri tahun ini, sebagai satu pengampunan beramai-ramai hari lebaran.

Di negara lain tidak adakah perkara seperti ini?

Sepanjang bulan puasa ini juga kelihatan seolah-olah reda sedikit pergolakan antara Tun Mahathir dan Pak Lah. Mungkinkah mereka akan berdamai menjelang hari raya?

Atau mungkinkah hari raya ini sekadar waktu berihat seketika dan pertarungan akan disambung dengan lebih sengit selepas menunaikan Puasa Enam?

Koho Dekat Denga Gha'yo Koho Suka

Ambo ghaso bila dekat gha'yo kita jadi suka.

Kawe-kawe di pejabat pula dah ghama doh ambil cuti. Ada hak ambik cuti sapa hujung bule Oktober, ho demo ni gha'yo sake.

Tapi hak ghama sekalinya ialah demo hok cuti sapa 29 Oktober 2006. Ambo sedighi cuti sapa hagji Jumaat. Jadi hagi Sabtu tu ambo masuk ke pajabat doh.

Adik kakak cuti lama ko?

Ahad, 8 Oktober 2006

Kesesakan Trafik di Musim Perayaan




Apabila tiba musim perayaan tidak lama lagi kesesakan lalu-lintas seperti ini adalah suatu perkara biasa.

Hanya dengan memandu dengan penuh timbang rasa dan sikap bersabar menghadapi keadaan-keadaan sebegini sahaja akan dapat bahaya dan kemalangan jalan raya akan dapat dielakkan.

Semoga kita tidak menjadi satu nombor di dalam statistik polis trafik bila tiba bercuti dalam masa dua minggu lagi.

Fatah Jadi Proksi Amerika dan Israel?

Mahmoud Abbas diberitakan bertemu pihak Amerika dan bertemu pihak Israel sedangkan tidak bersungguh-sungguh berunding dengan pihak Hamas di dalam membentuk kerajaan campuran.

Nampak seolah-olah pihak Fatah lebih rela menjadi proksi Amerika dan Israel sedangkan menjadi pembelot kepada rakyat Palestin di dalam menghadapi cabaran barat terhadap penubuhan kerajaan Palestin yang membela rakyat Palestin.

Kelihatan seolah-olah pertembungan antara puak Islamis di dalam menjadi kuasa penentu di dalam perjuangan menuntut hak rakyat Palestin dengan puak nasionalis Fatah yang korup dan khianat tidak dapat dielakkan lagi.

Dah sapa sepaghoh posa dah

Se'gha sebeta jah masa ni dok keneh adik kakak?

Ghasa baghu jah posa de haghi ni dah nak sapa sepaghuh dah.

Lepah tu gak cuti Nuzul Qur'an, lepah tu male tujuh liko, lepah tu gak gha'yo dah la kita.

Ambo nak ambil pelue ni nak ucap selamat haghi ghaya ko pembaca blog Cabe 4 Tok Mek ngah ni.

Selamat haghi ghaya.

Khamis, 5 Oktober 2006

Perjalanan Balik Berhari Raya




Tidak lama lagi menjelang hari raya, ramai akan balik ke tempat asal masing-masing bagi merayakan hari lebaran bersama keluarga dan orang yang dikasihi.

Waktu itulah merupakan saat gembira yang dinanti-nantikan. Sambil bersolat sunat hari raya dapatlah bertemu sahabat handai dan kaum kerabat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Namun ada juga yang bersedih di hari raya akibat kemalangan jalan raya. Setiap tahun walau pun pihak berkuasa (polis, JPJ dan lain-lain) mengadakan kempen keselamatan jalan raya angka kematian semakin meningkat.

Semoga kita bersikap bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya dan bersabar menghadapi karenah pemandu dan kesesakan trafik di perayaan tahun ini.

Tidak ada di antara kita yang meminta kemalangan tetapi tindakan dan sikap kita perlu menterjemahkan azam dan kemahuan kita.

Selamat Hari Raya. Bermaaf-maafanlah di antara kita. Berhati-hati di jalan raya.

Ghaso nak naik keretapi




Kalu adik kakak suka naik keretapi, bila tenguk keretapi lalu gak mesti se'gha nak naik selalu jah.

Tak kigha la keretapi komuter ko, antagha banda ko atau po ERL.

Ambo po suka juga. Selain suka naik ambo juga suka ambil gambar keretapi ni. Tapi
kade-kade tu ambo lambat jadi bila de ambil tu gambar ja'di tak berapa teghe.

Adik kakak suka ko ambil gambar?

Pertembungan Hamas dan Fatah di Palestin

Kalau dilihat sejarah perkembangan politik di mana-mana pun, bila berlaku perubahan politik, tidak dapat tidak akan berlaku pertembungan di antara pihak yang baru mendapat kuasa dengan pihak yang kehilangan kuasa.

Palestin juga tidak terkecuali daripada realiti ini. Hamas yang memenangi pilihanraya terbaru di Palestin menghadapi karenah Fatah yang kalah.

Ini bertambah buruk apabila berluasanya konspirasi dan adu-domba pihak barat pimpinan Amerika yang memproksikan regim Israel.

Perkara ini akan melibatkan seluruh dunia akhirnya kerana konflik di Palestin adalah menjadi medan utama pihak yang menyokong Islam dengan musuhnya.

Walau apa pun yang cuba dijaja oleh media antarabangsa yang dikuasai barat, namun pada hakikatnya, (the bottom line nya) ianya adalah pertembungan kuasa Islam yang bangkit semula setelah dijajah barat sebegitu lama dengan pihak penjajah yang semakin bimbang kuasa dan pengaruh mereka akan hilang.

Walau bagaimana pun pihak Amerika, EU dan regim Israel bersungguh-sungguh berusaha dengan taktik 'pecah dan perintah' atau apajua taktik lain, nescaya puak Islam diwakili Hamas akan mengatasinya.

Rabu, 4 Oktober 2006

Bila be'li di bazar Ramadan...



Ambo dah lama dah tak gi be'li di bazar Ramadan. Tahun lepas ada jugak gi sekali dua. Taho ni belum gi lagi.

Buleh jadi oghe ghama ye gi tu mace taho-taho dulu jugak la.

Oghe ti'na ambo kata kalu nak be'li makene hok sedap, beli lah di gerai oghe ye meme berniaga gerai makene di masa bule selain bule Ramadan. Sebabnya, dia kata, demo ni dah pandai memasak makene.

Demo hok ju'al masa bule Ramadan jah tu, belo mahir ma'sak, sebab tu kemungkine makene hak demo ni jual kughe sedap.

Adik kakak buleh setuju ko denga pendapat ni?

Selasa, 3 Oktober 2006

Suatu pengalihan perhatian

Ramai peminat politik meramalkan Pak Lah berada di dalam keadaan 'kelemasan' bila Tun Mahathir mengkritik beliau secara terbuka.

Kritikan Tun yang paling relevan ialah kerajaan Malaysia di kuasai oleh orang yang di luar kabinet dan kepentingan Malaysia terancam akibat penguasaan Singapura di dalam syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Rakyat seolah-olah menganggap kritikan Tun itu benar dan berasas. Ini amat merugikan Pak Lah dan kerajaan BN dari segi politik.

Pemerhati politik melihat akibat tidak tahan dengan kritikan tersebut media dikerahkan untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain.

Maka timbullah isu 'Melayu lawan China' dan isu 'Malaysia lawan Singapura'.

Menjadi kelaziman bagi BN/Umno memainkan kedua-dua isu itu setiap kali berada di dalam keadaan terdesak dari segi survival politik.

Ada juga tanda-tanda menunjukkan kemungkinan pilihanraya umum yang ke dua belas akan diadakan lebih awal daripada tarikh akhir mandat kerajaan BN.

Benarkah ini akan berlaku?

Ahad, 1 Oktober 2006

Musharraf Dedah Amerika Mengugut Mengebom Pakistan

Presiden Pakistan Parvez Musharraf mendedahkan di dalam buku memoirnya Amerika mengugut akan mengebom Pakistan sekirnya beliau enggan bekerjasama mengambil tindakan ke atas pejuang-pejuang Islam di Afghanistan.

Beliau juga mendedahkan badan perisik Amerika CIA telah membayar berjuta-juta dollar kepada Pakistan sebagai imbuhan kerana menyerahkan para pejuang Islam yang ditangkap di Pakistan dan sempadan Pakistan-Afghanistan kepada CIA.

Beliau menyelar sikap Amerika dan pihak barat yang menuduh Pakistan bersekongkol dengan pihak pengganas Islam (baca pejuang Islam) menyerang tentera NATO di Afghanistan dan membenarkan Pakistan menjadi pintu masuk para pejuang Islam dari seluruh dunia ke Afghanistan.

"Setelah kita (Pakistan) bekerjasama dengan mereka (Amerika dan barat) menentang para pejuang, kini kita pula yang dituduh menolong pejuang. Sungguh mereka tidak mengenang budi." Demikianlah lebih kurang ucapan Musharraf mengenai perkara itu.

Orang-orang Islam yang prihatin dengan perkembangan dan sejarah politik duni tidak terperanjat dengan sikap yang ditunjukkan pihak barat ini. Bukankah Allah telah mendedahkan perkara ini di dalam ayat Al-Qur'an yang maksudnya: "Tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani kepada kamu (wahai Muhammad) sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka."

Semoga Musharraf insaf dan kita berharap beliau akan menebus kesilapannya yang selama ini hanyalah menjadi alat pihak barat dan menjadi pembelot kepada agama, bangsa, negara dan umat Islam.

Melihat kenderaan awam




Bila melihat kenderaan awam, hati saya akan tergerak untuk menaikinya untuk menjelajah di segenap ceruk rantau yang menjadi stesen persinggah kenderaan itu.

Walau pun kenderaan itu bergerak di sekitar Lembah Kelang sahaja, namun saya tetap merasakan semangat kembara yang ada di dalam diri saya sentiasa meronta-ronta minta dilepaskan.

Alangkah seronok mekiranya menaiki keretapi dan semasa di dalam perjalanan keretapi itu, kita dapat mengambil gambar tempat-tempat yang menarik yang akan menghiasi album yang mencerikan 'pengembaraan' itu.

Beli baju gha'yo dah ko?

Anak-anak ambo baghu dapat baju gha'yo demo masing-masing.

De anak ghama ni gak, kena beli selalu bila masuk bule posa. Dulu masa anak-anak ambo kecik-kecik belako bila beli baju tu pitis lima puloh ghia (RM50.00) soghe cukup dah.

Ho de besar-besar belaka dah ni, seratus ghia (RM100.00) po tak cukup lagi. Harga bare po dah naik, tak lagi rendah mace dulu.

Adik kakak dah be'li ko baju gha'yo anak-anak?