Tahun ini saya terleka sehingga tak sempat menunaikan puasa 6 hari di bulan Syawal. Mungkin saya menyalahkan ramai kawan-kawan saya yang menjemput ke majlis rumah terbuka mereka. Tetapi sekiranya diteliti secara jujur dan waras, alasan tersebut memang tidak dapat diterima sama sekali.
Apabila memikirkan perkara ini maka saya mula memandang tinggi amalan emak saya yang memulakan puasa 6 hari bulan Syawal pada hari kedua Hari Raya Idilfitri lagi. Rupa-rupanya memulakan awal, bermakna akan membawa kepada awalnya dia menamatkan 6 hari puasa itu.
Memang kita akui amat susah untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Terutama apabila di sana sini rakan-rakan, saudara-mara yang mengadakan majlis rumah terbuka. Kalau nak di kira yang 'penting' boleh lah kita ambil kira majlis yang diaadakan oleh jiran di taman perumahan, saudara-mara, teman pejabat, surau, parti politik yang seseorang ceburi, maka sudah cukup untuk membuat setiap hujung minggu di bulan Syawal ini 'dipenuhi' oleh jemputan-jemputan ke majlis rumah terbuka.
Namun masih tidak cukup untuk dijadikan sebagai alasan tidak sempat mengerjakan puasa 6 hari bulan Syawal. (alang bidara - 28/11/2005)
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan