Rabu, 30 November 2005

Pengkalan Pasir Byelection - so much to lose so much to gain

The Pengkalan Pasir byelection in Kelantan, with polling day fixed the the Election Commission (SPR) on Dec 6, 2005, will determine the voting trend, both at the state and national level.

The Pak Lah cabinet performance will be evaluated and determined whether it meets Kelantan voters' aspirations. Pas will also be evaluated by the voters in Pasir Mas' Pengkalan Pasir state constituency.

The byelection is by no means an ordinary one. It will test the Tok Guru acceptance by the people. It will test Annuar Musa's relevance in Kelantan's politics. And it will also tell us whether Ibrahim Ali is still relevant in Pasir Mas and Kelantan. In fact, Datuk Heng's participation makes the byelection more alive and more interesting. And of course, whether Anwar Ibrahim's (DSAI) effort will pay the dividend it deserves.

It will provide some barometer reading as to the Pas Young Turks relevance and also we will know to some extent whether Khairy Jamaluddin's foray into Kelantan's politics have some effect in Kelantan Umno's performance.

The Chinese locals seem to be more daring in showing their political preference when many of them turn up on Nomination Day on 27 November, carrying Pas and PKR flags, and they also set up a post flying Pas flags. This is a new development in Kelantan politics.

Never in the history of Mlaysian politics, so much to be gained and so much more to be lost in a byelection held in a constituency hundreds of miles from Kuala Lumpur.

Whatever the outcome all Malaysians will "hold their breaths" while waiting for the result on that historic night of 6 December 2005. (alang bidara - 30/11/2005)

KTM Komuter dan Touch 'n Go

Seorang teman yang menggunakan khidmat KTM Komuter untuk ke pejabat dan balik setiap hari telah merungut kepada saya tentang bagaimana baki di tolak secara tidak betul dari kad Touch 'n Go yang dia gunakan untuk membayar tambang KTM Komuter.

Oleh kerana terlalu tidak puas hati beliau telah menulis kepada webmaster laman web KTM, serta menghantar salinan (CC) kepada editor Harakahdaily. Setelah beberapa lama menulis surat beliau mengadu tiada apa-apa jawapan yang diterima dari kedua-dua pihak itu.

Adakah email beliau tidak sampai atau sampai tetapi tidak dipedulikan lansung oleh kedua-dua pihak. Beliau telah memberi salinan email belaiu. Di bawah ini disiarkan salinan email beliau untuk tatapan para pembaca yang budiman. Semoga mendapat maklumat dari peristiwa ini. (alang bidara - 23/11/2005)
===================================
Pada hari Selasa 25 Oktober, 2005, lebih kurang pukul 4.35 petang saya telah menaiki keretapi Komuter dari stesyen Kuala Lumpur ke Serdang, Selangor dengan menggunakan pembayaran tiket melalui kad Touch 'n Go yang bernombor siri __________. Jumlah baki di kad tersebut ialah lebih kurang RM15.00.

Bila sampai di stesyen Serdang, ketika mahu keluar dengan meletakkan kad saya di scanner, saya tidak dapat keluar kerana mendapat error yang lebih kurang berbunyi "..illegal ***..."

Saya keluar melalui pintu pagar dan telah di arahkan oleh seorang anggota Polis yang bertugas supaya memberitahu staf KTM di tempat membeli tiket. Staf berkenaan telah mengambil kad Touch 'n Go saya dan swipe di scanner yang satu lagi dan mengeluarkan bunyi "beep-beep" menandakan OK.

Staf KTM berkenaan memberitahu saya yang saya didenda sebanyak lebih kurang RM10.00 kerana 'kononnya saya telah melakukan kesalahan kerana keluar di exit yang salah'.

Pada pagi keesokannya iaitu Rabu 26 Oktober, 2005 apabila saya nak masuk ke stesyen Serdang dengan kad Touch'nGo yang sama, saya tidak 'dibenarkan' kerana baki pada kad hanya tinggal 30 sen sahaja...sedangkan saya tidak menggunakan kad itu untuk tol atau apa-apa lagi sejak petang 25 Oktober 2005.

Persoalannya:

(1) Mengapa saya dikenakan bayaran lebih RM10 sedangkan entry dibuat di stesyen Kuala Lumpur dan exit di Serdang, saya hanya perlu membayar RM1.80? Mengapa saya didenda sedangkan KTM atau Touch'nGo yang tidak dapat menyelaraskan data mereka?

(2) Sekiranya saya mengalami perkara yang serupa, adakah saya perlu keluar melalui pintu pagar dan membayar tambang di kaunter tiket?

(3) Adakah wang saya yang telah ditolak dari baki kad itu akan dipulangkan, dan bagaimana cara untuk membuat tuntutan?

Sekian, semoga mendapat jawapan yang memuaskan. Terima kasih.

Selasa, 29 November 2005

Jenayah Siber Beri Pulangan Lebih daripada Menjual Dadah

Disiarkan di dalam Yahoo news hari ini, mengikut kajian di Amerika Syarikat, pendapatan tahun 2004 yang diperolehi dari jenayah siber mengatasi pendapatan diperolehi dari jualan dadah.

Antara jenayah siber ialah pencurian identiti, penipuan akaun bank, ugutan dan pornografi kanak-kanak.

Penipuan ini amat susah dikesan oleh pihak berkuasa. Diberitakan juga, laman web yang terlibat menjalankan penipuan akaun bank, selalunya wujud selama 48 jam sahaja. Begitulah canggihnya penjenayah-penjenayah siber ini.

Mungkin juga kerana perlakuan jenayah siber ini kurang melibatkan gangster-ganster atau kongsi gelap yang lain, jadi mungkin lebih menarik, walaupun tak kurang pula cabarannya.

(alang bidara - 29/11/2005)

Dakwaan Salahguna Kuasa Polis dan Penyiksaan Terhadap Tahanan

Terkini episod melibatkan seorang wanita berbangsa Tionghua yang dipaksa berbogel sambil membuat 'ketuk-ketampi' mendapat liputan meluas. Terdahulu daripada itu telah heboh berita tentang perlakuan polis terhadap pelancong-pelancong wanita dari China.

Tetapi bila reaksi para menteri dan pegawai-pegawai kanan polis seolah-olah memandang enteng perkara ini, maka tersiar lagi video clip episod itu.

Pertama, episod itu amat memalukan negara, Kedua, pendapatan Malaysia dari hasil pelancongan menjunam apabila jumlah pelancong dari China menurun 65 %. Ketiga, apabila berita ini tersiar meluas, kita dapati pihak berkuasa seolah-olah mencari alasan untuk 'menghalalkan' perbuatan itu, maka ini benar-benar menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat kita pada umumnya sedang menghadapi krisis nilai.

Kelihatan seolah-olah perkara yang tidak baik itu boleh dijustifikasi sebagai perkara biasa. Sudah hilangkah perasaan malu di kalangan penjawat di dalam kerajaan.

Di mana silap kita? Lebih penting lagi adakah kita dapat menghalang perkara ini berlaku lagi? Malah lebih penting lagi ialah, sekiranya kita telah tahu cara "mengubati" krisis nilai ini, adakah kita benar-benar berani membuat peruhan?

Tentu kita teringat cogankata iklan kempen keselamatan jalanraya yang berbunyi: "Anda mampu mengubahnya..." !! (alang bidara - 29/11/2005)

Isnin, 28 November 2005

Rumah Terbuka & Puasa 6 Hari di bulan Syawal

Tahun ini saya terleka sehingga tak sempat menunaikan puasa 6 hari di bulan Syawal. Mungkin saya menyalahkan ramai kawan-kawan saya yang menjemput ke majlis rumah terbuka mereka. Tetapi sekiranya diteliti secara jujur dan waras, alasan tersebut memang tidak dapat diterima sama sekali.

Apabila memikirkan perkara ini maka saya mula memandang tinggi amalan emak saya yang memulakan puasa 6 hari bulan Syawal pada hari kedua Hari Raya Idilfitri lagi. Rupa-rupanya memulakan awal, bermakna akan membawa kepada awalnya dia menamatkan 6 hari puasa itu.

Memang kita akui amat susah untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Terutama apabila di sana sini rakan-rakan, saudara-mara yang mengadakan majlis rumah terbuka. Kalau nak di kira yang 'penting' boleh lah kita ambil kira majlis yang diaadakan oleh jiran di taman perumahan, saudara-mara, teman pejabat, surau, parti politik yang seseorang ceburi, maka sudah cukup untuk membuat setiap hujung minggu di bulan Syawal ini 'dipenuhi' oleh jemputan-jemputan ke majlis rumah terbuka.

Namun masih tidak cukup untuk dijadikan sebagai alasan tidak sempat mengerjakan puasa 6 hari bulan Syawal. (alang bidara - 28/11/2005)

Ahad, 27 November 2005

Senario Pilihan Raya Umum Mesir

Apabila calun-calun Ikhwan Muslimun menang di banyak kerusi di dalam PRU Mesir baru-baru ini, pihak parti nasionalis pimpinan Mubarak telah menggunakan pihak polis dan gangster bagi menakut-nakutkan pengundi-pengundi penyokong Ikhwan agar tidak membuang undi. Bila kempen-kempen menakutkan ini tidak berjaya, pihak polis telah menyekat pintu masuk ke pusat-pusat mengundi, bagi menyekat penyokong Ikhwan mengundi.

Senario ini berlaku di dalam keadaan calun-calun Ikhwan menang di banyak kerusi, tetapi belum cukup untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak (nak sebut Mubarak pun terasa geli kerana beliau seorang pemerintah zalim, tetapi direstui Barat kerana dasar menekan parti Islam), polis telah bertindak sedemikian rakus. Apakah akan terjadi sekiranya keputusan awal membayangkan kejatuhan kerajaan Mesir yang sedia ada? Mungkinkah keputusan pilihanraya akan digantung? Atau akan berulang apa yang telah ber;laku di Algeria dulu bila pihak FIS memenangi pilihanr aya di Algeria?

Juga, adakah senario yang sama akan berlaku di negara-negara yang lain, yang mana bila pilihanraya bebas diamalkan, bila rakyat memilih parti Islam, maka kerajaan pimpinan puak nasionalis akan bertindak rakus demi mengekalkan kuasa pemerintahan mereka...???!!

Sama-sama lah kita tunggu dan lihat..(alang bidara - 27/11/2005)

Kursus Intensif Membaca Al-Qur'an

Apabila anak perempuan saya menyatakan hasrat untuk menghadiri kursus membaca Al-Qur'an di sebuah pondok di Kelantan, perasaan saya bercampur baur. Dari satu sudut saya bangga kerana dia sendiri yang berhasrat untuk belajar Al-Qur'an sehingga khatam. Dari segi yang lain saya merasa sangsi apakah dia akan sanggup menamatkan kursus yang dijadualkan tamat dalam masa 40 hari itu.

Namun setelah berbincang dengan isteri saya, kami bersetuju membenarkan dia pergi. Ada dua orang kawan dia yang tinggal berjiran dengan kami, yang akan pergi sama. Jiran saya itu akan memnadu van dia untuk membawa ketiga-tiga sahabat ini untuk ke Kelantan, dengan satu hasrat dan satu tekad, demi memenuhi satu dari pada suruhan Islam.

Beberapa hari kemudian emaknya menerima satu pesanan 'sms' dari anak saya, menyatakan yang dia tidak tahan dengan keadaan di situ. Beberapa pesanan 'sms' yang diterima, sehingga isteri saya menghubungi emak kawan dia itu. Oleh kerana emak kawan dia memang berasal dari Kelantan, dia bersetuju untuk meminta sepupu dia pergi meninjau atau 'menyiasat' perkara tersebut. Kalau sekiranya memang keadaan mereka 'menyusahkan' maka mereka akan menjemput kembali ktiga-tiga sahabat itu.

Terlintas di fikiran saya, sekiranya saya mengikuti kursus yang sama, adakah saya akan sanggup menghabiskan kursus itu? Atau mungkinkah saya akan menambil tindakan mengemas pakaian dan beg saya dan kembali ke Lembah Kelang. Kembali kepada keselesaan dunia dan kepada cara hidup di rumah sendiri...?? (alang bidara - 27/11/2005)

Sabtu, 26 November 2005

Musim Hujan dan Bekerja Hari Sabtu

Pagi tadi semasa bersiap untuk pergi bekerja hujan turun dengan lebatnya. Syarikat tempat saya bekerja masih lagi memberi cuti hari sabtu pada hari sabtu pertama dan ketiga sahaja. Apabila hujan di waktu pagi terasa ingin terus tidur saja selepas solat subuh. Pagi tadi juga tidak terkecuali.

Namun apakan daya, hari ini terpaksa pergi bekerja.

Apabila sampai di stesyen ktm komuter, kelihatan lengang sahaja. Apa taknya, kakitangan kerajaan memang tidak bekerja pada hari sabtu. Ini ditambah pula dengan cuti sekolah. Terasa sejuk dan sayu sekali.

Ketika keretapi komuter tiba, setiap gerabak kelihatan lengang. Terasa sangat kita di antara yang sedikit yang bekerja di hari sabtu.

Semasa di dalam keretapi di sepanjang perjalanan ke pejabat, saya memikirkan bilakah agaknya saya akan terpaksa menghadapi perasaaan 'iri hati' terhadap orang-orang yang tidak perlu pergi bekerja di hari sabtu...
(alang bidara - 26/11/2005)

Jumaat, 25 November 2005

Berlaku 'Adil itu dekat dengan Ketaqwaan

Sejak manusia belajar bermasyarakat, sejak itulah ada pemerintahan. Bila ada pemerintahan maknanya ada ketua dan ada rakyat. Sejak itulah juga ada pemerintah yang adil dan ada pemerintah yang zalim.

Oleh kerana manusia yang berkuasa dikelilingi oleh ramai penasihat-penasihat, maka selalunya banyak keputusan yang dibuat oleh pemimpin amat dipengaruhi oleh nasihat dari mereka. Banyak berlaku di dalam sejarah di mana penasihat-penasihat di sekeliling pemimpin inilah yang merosakan pemimpin.

Amalan membodek serta memberi maklumat yang salah juga menjadi amalan penasihat-penasihat tersebut. Perkara-perkara yang difikirkan tidak disukai pemimpin disembunyikan oleh penasihat dari pemimpin. Oleh kerana ingin membodek dan mencari keuntungan dari pemimpin, penasihat memberitahu perkara-perkara yang baik sahaja.

Inilah punca utama pemerintahan menzalimi rakyat, kerana terlalu terpengaruh dengan penasihat-penasihat mereka.

Inilah agaknya sebab utama Khalifah Umar al-Khattab menyamar sebagai rakyat biasa dengan hanya ditemani oleh penolong kepercayaannya, bagi meninjau kehidupan rakyat di bawah pemerintahannya. Sudah tentu sebagai seorang Khalifah Islam yang dididik sendiri oleh Nabi Muhammad (S.A.W.) memahami hakikat kelakuan membodek oleh penasihat-penasihat, sehingga beliau sendiri perlu keluar bagi meninjau kehidupan rakyat jelata dengan mata kepalanya sendiri.

Dengan berbuat begitu, beliau dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di negara yang diperintahnya. Dan juga beliau akan dapat mengetahui siapa di antara penasihat-penasihat beliau yang memberi bercakap benar dan siapa di antara mereka yang membodek.

Masih adakah di zaman moden ini, pemimpin yang melakukan 'tinjauan' seperti yang dibuat Sayyidina Umar (r.a.) ini?

(alang bidara - 25/11/2005).

Khamis, 24 November 2005

Stesyen KTM Komuter Serdang & Highway Besraya

Saya menggunakan stesyen KTM Komuter Serdang setiap hari untuk pergi kerja. Ada dua jalan masuk ke kawasan stesyen ini. Satu melalui Highway Besraya dan satu lagi melalui jejambat yang merentasi landasan KLIA Express, iaitu dari kawasan perumahan Taman Muhibah.

Dulu saya memandu kereta dan turun di tepi Highway Besraya, isteri saya memandu kereta balik. Sebelah petang isteri saya menjemput saya di jalan sama.

Tetapi sejak bermula kerja-kerja menaik-taraf Highway Besraya serta pembinaan jejambat yang menghubungkan Seri Kembangan dan Kompleks Mines Shopping, Besraya menjadi begitu sibuk dan sesak semasa waktu puncak (peak hours). Saya tidak lagi untuk berhenti di tepi Besraya untuk masuk ke stesyen KTM Komuter Serdang.

Bila highway sibuk, amat susah untuk berhenti bila laluan sesak kedua-dua hala. Bila highway tidak sesak saya merasakan amat tidak selamat berhenti di situ kerana kereta-kereta bergerak laju apabila menurun bukit dari jejambat Serdang Lama.

Kini saya melalui jejambat dari Taman Muhibah, walau pun saya terpaksa berjalan lebih jauh sedikit untuk masuk ke stesyen komuter Serdang. Saya rasa lebih selesa dan selamat begitu.

Saya bimbang suatu hari nanti akan berlaku kemalangan di highway Besraya berhampiran stesyen komuter itu, jika pihak berwajib tidak mengambil langkah-langkah yang lebih teliti, demi pengguna-pengguna.

(alang bidara - 24/11/2005)

Rabu, 23 November 2005

Sebuah Hadis dan Sekeping 'Business Card'

Apabila seorang wakil penjual menghulurkan business card nya, saya menyambutnya dengan senyum. Bila saya hulurkan business card saya, beliau menerimanya dengan kedua belah tangannya. Begitu sopan dan seolah-olah business card saya itu sesuatu yang amat berharga baginya.

Ketika itu terlintas di dalam ingatan saya tentang sebuah hadis tang saya lupa perawi dan matannya. Tetapi yang bermaksud lebih kurang begini: "Apabila kau berkenalan dengan seseorang, tanyakanlah nama bapanya dan tempat tinggalnya..."

Entah mengapa maksud hadis itu telah membuat saya berfikir mengenai episod bertukar-tukar business card dengan wakil penjual tadi.

Secara tiba-tiba terlintas di fikiran saya: "Alangkah serupanya maksud hadis itu dengan apa yang kami lakukan tadi! Nabi Muhammad (S.A.W) telah mengucapkan kata-kata baginda lebih 1,400 tahun yang lalu. rupa-rupanya kita mengamalkannya pada ketika ini...!!!"

Ya, sememangnya di setiap business card akan tertera nama penuh tuan punya business card itu, berserta alamat penuhnya. Bukankah itu sama dengan sabda baginda yang menyuruh "..tanyakanlah nama bapanya dan tempat tinggalnya.."!!

Apa yang baginda sabdakan, sedang diamalkan oleh ahli-ahli perniagaan zaman moden. Bukan sahaja baginda seorang Utusan Allah, tetapi juga rupa-rupanya baginda juga seorang pakar strategi perniagaan.....

Semasa di dalam keretapi komuter, ketika pulang dari pejabat sebelah petang, saya merasa begitu gembira dan amat berpuas-hati kerana saya telah "berjaya menterjemahkan maksud hadis kepada amalan pakar strategi perniagaan kontemporari"!!

(alang bidara- Kuala Lumpur - 22 November 2005)

Isnin, 21 November 2005

Petrol, Disel dan Alternatif

Mengapa topik ini menjadi salah satu topik kegemaran saya?

Mudah saja jawapan saya:- kerana petrol dan disel merupakan bahan terpenting di dalam kehidupan moden ketika ini.

Sebutkan sahaja sektor apa; automatif, pengangkutan, pertanian, perkilangan, pendidikan, apa sahaja, maka kita tidak dapat tidak, akan mendapati kedua-dua bahan mentah ini menjadi bahan utama sektor tersebut.

Bahan petrol dan disel berasal dari dalam bumi. Setiap hasil bumi, bila dikeluarkan secara berterusan, ia akan habis juga akhirnya.

Tetapi persoalan yang penting sekali ialah sejauh mana dunia amnya dan negara kita khasnya, bersedia bagi menghadapi situasi ini.

Saya telah membincangkan perkara ini di dalam tulisan-tulisan saya:

(1) Bekalan Minyak Meruncing

(2) Petrol Harapan dan Cabaran

(3) Petrol Peranan Pengguna

Selamat membaca. Semoga para pembaca budiman mendapat maklumat berguna mengenai topik penting ini.

(alang bidara - 21 November 2005)

Ahad, 20 November 2005

Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir

Kehangatan bahang pilihanraya kecil begitu dirasakan. Walaupun penamaan calon ditetapkan pada 27 November 2005 dan hari mengundi 6 Disember 2005, namun pihak PAS dan UMNO telah memulakan kegiatan parti bagi menghadapi PRK Pengkalan Pasir.

Pertarungan dijangkakan sengit. PAS perlu mengekalkan majoriti yang memang sedia kecil yang dimenangi di dalam PRU 2004, manakala UMNO pula perlu memenanginya bagi mengurangkan majoriti PAS. Maruah kedua-dua parti begitu tercabar di PRK ini. Faktor Dato Heng pula begitu dirasakan kerana beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang bukan sedikit di dalam kawasan Parlimen Pasir Mas.

Walau apa pun, semua persoalan akan terjawab pada malam 6 Disember 2005. Keputusan yang amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia dengan penuh debaran.... (alang bidara - 20 Nov 2005)