Sabtu, 2 September 2006

Makan daging kambing di El-Obaied




Semasa di Obaied, wilayah Kordofan Utara, Sudan saya sempat makan tengah hari di gerai makan yang menyediakan daging kambing bakar.

Kelihatan daging kambing biri-biri (karuf) dan unta bergantungan untuk dipilih sebelum dibakar atau di goreng sebagai hidangan makan tengah hari.

Kami memilih sekilo daging kambing biri-biri untuk dibakar.

Daging yang siap dimasak dihidangkan bersama-sama bawang mentah dan limau nipis yang siap dipotong.

Enak juga daging kambing biri-biri di makan di bawah naungan atap daun-daun dan jerami.

Suasana yang dipenuhi asap dari bakaran daging itu serta keadaan panas di di situ membuatkan kami berpeluh dan semakin sedap rasanya hidangan itu.

Perkembangan Kemajuan Sudan Mambanggakan




Seseorang yang melawat Sudan akan merasakan negara terbesar di Afrika itu masih terkebelakang dari segi kemajuan fizikal.

Sebaik saja kita mendarat di lapangan antarabangsa Khartoum, kita nampak kedhaifan bandar itu, lebih-lebih lagi jika kita menaiki kapalterbang di Dubai.

Walaupun begitu, dari pengamatan saya, Sudan pesat membangun. Walaupun menghadapi berbagai sekatan antarabangsa (baca kospirasi Amerika) tetapi Sudan akan menjadi maju kerana potensi kekayaan sumber hasil bumi negara itu, terumatanya minyak.

Somalia - Di Mana Negara-Negara Islam?

Majoriti rakyat Somaliaterdiri dari umat Islam.

Somalia tidak mempunyai kerajaan pusat sejak Said Bairre digulingkan. Ia juga dikuasai lebih 15 tahun oleh panglima-panglima perang yang disokong oleh Amerika. Rakyat begitu tertekan di bawah pemerintahan warlords ini.

Oleh kerana telah muak dengan kesengsaraan di bawah warlords, rakyat mengalu-alukan kedatangan pihak Kesatuan Mahkamah Islam (Union of Islamic Courts)UIC untuk memegang kekuasaan, apabila warlords dikalahkan.

Sokongan umum rakyat telah membawa kejayaan kepada UIC. Ada juga ketua-ketua warlords yang menyerah diri dan menyokong kepada UIC.

UIC dapat menguasai Mogadishu ibu negara dan bahagian selatan dan tengah Somalia. Negara Horn of Africa itu mula membuka semula pelabuhan Mogadishu dan lapangan antarabangsa Mogadishu. Dengan keamanan yang kembali pulih di selatan Somalia dan penerbangan serta kapal-kapal dapat berlabuh, maka perniagaan mula berkembang.

Selain itu juga kegiatan lanun di perairan Somalia juga mula dapat dikurangkan.

Begitulah hebatnya kemajuan yang dicapai oleh rakyat Somalia apabila mereka mula menerima Islam sebagai cara hidup.

Namun kemenangan UIC ini bukanlah disambut dengan permaidani merah oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya, termasuk Ethiopia dan juga pihak PBB (UN). Bagi menyekat kemaraan dan kemajuan pihak UIC itu, pihak penentang UIC mula membantu kerajaan sementara TFG yang berpusat di Baidoa.

Salah satu cara menyekat pengaruh UIC ialah dengan menempatkan tentera pengaman, sama ada dari UN atau IGAD (Intergovernmental Authority on Development).

Namun nampaknya pihak UIC juga tidak berdiam diri di dalam menghadapi ancaman proksi-proksi Amerika itu. UIC juga mula menunjukkan sikap yang bijak menangani segala sepak-terajang politiking antarabangsa di dalam mencari pengiktirafan antarabangsa.

Salah satu langkahnya ia;ah menyertai perbincangan keamanan di Khartoum. Tetapi penyertaan perbincangan di Khartoum juga disertai dengan menguatkan kuasa dan pengaruh di Somalia dengan menambah kekuatan dari segi ketenteraan.

Mereka kelihatan bijak dengan melakukan approach yang prakmatik dengan taktik dan strategi serampang dua mata: iaitu real polotik dan persenjataan.

Nampaknya saudara-saudara kita di Somalia lebih bijak daripada kawan-kawan yang lain di Timur Tengah. Cara mereka berdepan dengan proksi Amerika kelihatan ada persamaan dengan cara Hizbullah menghadapi regim Israel di Lubnan.

Cuma kita tertanya-tanya: di manakah pemimpin-pemimpin negara umat Islam dalam menolong saudara kita di Somalia?

Segenting Kra dan Melayu




Hakikatnya Segenting Kra ni hok oghe Melayu. Ambo ghasa adik kakak tak ake kata buke. Sebab meme hok oghe Melayu.

Buleh jadi jugak la sebab tu la oghe Siye ni tak se buat teruse tu. Buleh jadi kalu buat gak, oghe Melayu ake maju la sikit. Ada la jale no ne'ga. Nak jual buah-buahe musim buah duriye ko, buah mo'te ko, buah dokong ko. Kalu nak jual air batu capo ko, ke molek tu.

Pah tu gak oghe Siye tu dia kata la sebab kawase tu tak stabil dari segi politik la, dia kata payah nak ambil tanah la, tak boleh dari segi ekologi la, ho la mace-mace lagi la.

Ambo ghaso gak buke semua kapal ake lalu ikut teruse Segenting Kra tu, ake tetap ada kapal ake lalu ikut Selat Melaka tu, tapi gak ake kughe la kapal hok lalu Singapura.

Mace mana po ambo agak teruse Segenting Kra ni ake jadi kenyata'e juga dalam masa 100 tahun akan date ni.

Adik kakak fikir mace mana, setuju ko?

Jumaat, 1 September 2006

Merdeka dan Segenting Kra




Sempena ule tahun merdeka ke 49 pada 31 Ogos 2006 ni ambo nak peringat la sikit tete Segenting Kra ni jugak ni.

Buleh jadi adik kakak heghe bakpo la ambo dok ceghita pasa Segenting Kra, apa sakut paut denge merdeka Malaysia.

Weh la, adik kakak jange tak ingat sejarah, Segenting Kra tu dulu wilayah oghe Melayu la. Em, ye, dulu ke Pattani tu hok oghe Melayu. Puak Siye tu maghi langgar tak tentu kalu, pah tu ambik buat jadi tanah jajahe dia.

Ha, baghu la adik kakak teringat sikit deh. Negeri oghe Melayu buke dari Johor di selate sapa ko Sg Golok jah, dia naik pah katah nun sapa Segenting Kra nuh.

Jadi kalu kita merdeka, kita kena ingat juga sedara mara kita hok duduk kat Segenting Kra nuh. Demo tu pun oghe Melayu, oghe Isle, lebih-lebih lagi la jadi sedara mara kita.

Khartoum Pesat Membangun




Semasa berada di Khartoum, saya dapat lihat kotaraya itu begitu pesat membangun.

Beberapa buah hotel sedang rancak dibina di tepi Sg Nil.

Begitu juga beberapa jambatan merentangi Sg Nil yang akan menghubungkan Khartoum dengan pekan sekitanya.

Begitu juga sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru juga sedang dibina.

Khabar Dari Somalia Lagi

Apabila pihak Union Islamic of Courts UIC) mencapai kemenangan dengan mengalahkan pihak panglima-panglima warlords yang disokong Amerika, mereka berjaya menawan ibu negara Somalia, Mogadishu, serta membuka pelabuhan dan lapangan antarabangsa di ibu negara itu setelah ditutup selama lebih 15 tahun.

Dengan mendadak pihak Ethiopia (proksi Amerika) menghantar anggota tenteranya ke Baidoa, iaitu tempat 'pentadbiran' kerajaan sementara (TFG) yang disokong UN.

Secara tiba-tiba juga beberapa negara jiran Somalia campur tangan serta 'merayu' pihak antarabangsa menyokong pihak TFG, sedangkan rakyat Somalia yang telah muak dengan tekanan pihak warlords selama 15 tahun, amat mengalu-ngalukan kemenangan pihak UIC.

Kita percaya jika tidak kerana Amerika begitu terikat dengan Iraq sekarang, sudah tentu ia akan mendarat lagi di Somalia dengan alasan menjatuhkan UIC yang kononnya memberi pangkalan kepada 'pengganas' Al-Qaeda.

Tidak terkejut kita sekiranya selepas ini pihak UN (PBB) akan menghantar tentera 'pengaman' ke Somalia

Sekiranya pihak barat menguasai Selatan Sudan dan Darfur




Telah banyak kali di dalam posting blog saya atau di dalam banyak tulisan saya, saya menegaskan Sudan adalah sebuah bumi bertuah anugerah Allah kepada umat Islam.

Sudan adalah negara yang terbesar di benua Afrika. Ia kaya dengan hasil bumi, seperti minyak petroleum dan ada juga diberitakan Uranium juga terdapat di kawasan Darfur.

Sekiranya pihak barat seperti Amerika atau sekutu-sekutunya seperti EU dapat menguasainya Darfur ia akan dapat memenuhi keperluan tenaga bagi menggerakkan industri dan ketenteraan mereka untuk dua atau tiga dekad lagi.

Juga harus diingat sebahagian besar keperluan air Sudan dan Mesir datadng dari Sungai Nil yang berpunca dari Selatan Sudan. Maka sekiranya mereka menguasai selatan Sudan ini bererti sumber air bagi Sudan dan Mesir akan di bawah kawalan pihak barat.

Ini akan membawa implikasi yang berat bagi Sudan dan Mesir.

Namun kita berharap semangat rakyat Sudan tidak pernah pudar di dalam menentang segala bentuk penjajahan dan kezaliman. Semoga mereka tidak lupa kekuatan mereka sejak dari nenek moyang meraka lagi.

Semoga semangat perjuangan mereka masih seperti waktu di bawah pimpinan Al-Mahdi yang mengelahkan tentera British pimpinan General Gordon di Khartoum pada tahun 1885.

Sudan Bumi Bertuah - Warisan Umat Islam




Sudan adalah negara yang terbesar di benua Afrika dari segi keluasan mukabumi.

Ia juga kaya dengan hasil bumi yang dianugerahkan oleh Allah. Sumber terpenting ketika ini ialah petroleum. Simpanan emas hitam itu dipercayai berpotensi mengatasi simpanan Arab Saudi di dalam masa yang terdekat.

Sumber petroleum dikatakan banyak terkumpul di Selatan Sudan dan di Barat Sudan, yang lebih dikenali sebagai Darfur.

Pemberontakan puak-puak selatan Sudan (majoritinya kristian dan berfahaman animisme) hampir berakhir apabila berlaku perjanjian gencatan senjata dan pengkongisan hasil petroleum.

Namun masalah pemberontakan puak-puak kaum Afrika di Darfur masih belum berakhir, walaupun beberapa puak-puak ini telah menandatangani gencatan senjata dengan kerajaan Sudan. Sayugia dingati pemberontak di Darfur adalah terdiri dari kalangan puak yang beragama Islam.

Kita berbangga Khartoum menjadi tempat persidangan perbincangan damai antara pihak Union of Islamic Courts (UIC) Somalia dan kerajaan sementara TFG Somalia yang berpusat di Baidoa. Sesuatu yang baik kerana ia melibatkan inisiatif dua pihak yang bertelingkah di Somalia.

Namun kenapa pihak Khartoum masih belum berjaya mengajak puak-puak pemberontak Darfur ke meja rundingan?

Memanglah pihak barat yang diterajui oleh Amerika, melalui proksi-proksinya seperti UN dan AU akan sentiasa mencari ruang untuk masuk ke Darfur, kerana ingin menguasai sumber-sumber kekayaan di barat Sudan itu.

Memanglah susah untuk mencari formula damai yang boleh diterima oleh semua pihak, kerana sudah tentu ia akan melibatkan kompromi di kedua-dua pihak.

Namun usaha damai hampir mustahil dicapai di dalam keadaan peperangan yang berterusan. Pihak kerajaan Sudan harus memberhentikan serangan terhadap kaum Darfur, serta puak militia Janjaweed harus dikekang dari melakukan serangan terhadap orang awam di Darfur.

Selagi belum dijumpai formula damai yang berkekalan dan boleh diterima semua pihak, selagi itulah pihak barat akan senang memasukan jarum mereka dan politik adu-domba mereka akan terus dipergunakan untuk menguasai sumber kekayaan bumi bertuah Sudan ini.

Khartoum Pesat Membangun




Semasa berada di Khartoum, saya dapat lihat kotaraya itu begitu pesat membangun.

Beberapa buah hotel sedang rancak dibina di tepi Sg Nil.

Begitu juga beberapa jambatan merentangi Sg Nil yang akan menghubungkan Khartoum dengan pekan sekitanya.

Begitu juga sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru juga sedang dibina.