Memaparkan catatan dengan label Read Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Read Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 3 Jun 2009

Pesta buku Read Malaysia 2009 (catatan ke-2)




Pada hari Sabtu, 30 Mei yang lalu saya berpeluang muncul pada majlis "Bersama Penulis" di pesta Read Malaysia yang sedang berlangsung di MIECC, Mines, Seri Kembangan.

Semasa 'sesi bual' saya dengan Tuan Aizat, kelihatan seorang pengunjung memerhatikan saya dengan teliti.

Selepas sesi tamat, saya lihat beliau bergegas ke rak buku terbitan PTS Profesional. Selesai sahaja beliau membayar wang, beliau meminta tanda tangan saya pada buku The Art of Closing the Sale dan The Psychology of Selling.

Kedua-dua buku tersebut ialah karya perunding serta bekas jurujual Amerika yang terkenal, iaiatu Brian Tracy.

Pembeli dan bakal pembaca kedua buku itu memperkenalkan diri beliau. Encik Johari berasal dari Kelantan seperti saya juga.

Semoga beliau berpuas hati membaca kedua-dua buku edisi Bahasa Melayu, hasil terjemahan saya itu.

Sabtu, 30 Mei 2009

Pesta buku Read Malaysia 2009

Hari ini hari pertama pesta buku Read Malaysia yang diadakan di MIECC di Seri Kembangan, Serdang.

Saya sempat meninjau tapak pesta bagi mendapatkan gambaran suasan di sana. Berikut ialah beberapa gambar yang sempat dirakam semasa saya berada di sana.

Antara buku yang paling kontroversi terbitan PTS.

Banting yang memaparkan empat buah buku terbitan PTS yang mana judulnya menggunakan nama isteri Rasulullah (S.A.W.).


Gerai PTS masih kelihatan lengang pada hari pertama pesta buku Read Malaysia, tetapi suasana esok masih belum dapat dijangka.

Anak saya berdiri berdekatan banting yang memaparkan watak kesukaan beliau.

Anak saya berjalan pulang membawa buah tangan dari gerai PTS sempena Read Malaysia...!

JUMPA DI SANA...

Sabtu, 16 Mei 2009

ReadMalaysia selepas PBAKL2009 !!



Berita tentang satu lagi pesta buku selepas berlalunya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 sudah tentu menggembirakan para penulis semua.

Kita boleh mempromosi buku karangan kita lagi.

Bagi para pemain dalam industru buku pula, mereka dapat peluang sekali lagi mempamerkan dan menjulang jenama mereka serta buku-buku terbitan mereka.

Bagi pembaca buku khususnya para pelajar sekolah mereka dapat peluang membeli buku lagi.

Bagi anak saya pula, tentunya mereka akan menunggu peluang insentif dari saya.

Bagi saya? Nampaknya saya perlu menjahit dompet saya sekali lagi.

Mujurlah juga saya seorang penulis PTS, jadi dapatlah diskaun penulis dari PTS.

Terima kasih PTS.

Untuk maklumat mengenai pesta buku ReadMalaysia, baca DI SINI.