Petang semalam saya dan keluarga pergi berkelah dan mandi-manda di sungai di Janda Baik. Anak-anak saya suka hati kerana sudah lama kami tidak ke sana. Lagi pun demi 'menyejukkan' otak yang 'berasap' akibat bertungkus-lumus menunaikan janji manis saya dengan para editor yang penyabar dan budiman, saya pun mahu berendam di sungai di Janda Baik yang dingin dan nyaman itu.
'Pintu masuk' ke tempat berkelah.
Sungai yang jernih airnya.
Suatu pemandangan yang indah...
Menyerlahkan kesegaran titis-titis air sungai yang jernih itu...
Batu, kayu dan dedaun nan kering...
Anak saya dengan 'projek empangan' beliau...
Setelah penat membina empangan, dia relaks dengan mengapungkan dirinya dalam air...
Anak saya yang ini pula bersantai seperti di dalam kolam jakuzi...
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
Sehari yang lalu
2 ulasan:
Kesejukan di sungai jua meredakan fikiran yang berserabut....apakah keserabutan itu akan terus hilang ditelan deruan air sungai..
Sdr G-Wang Sama Cinta,
Memang meredakan...walau pun mungkin tidak semuanya hilang...
Catat Ulasan