Ahad, 28 Februari 2010

Pertemuan dengan rakan pelajar Newark Tech





Ada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan yang bertolak meninggalkan Malaysia pada tahun 1977 menuju United Kingdom.

Dari saat itu bermulalah pengalaman mereka sebagai pelajar yang bukan sahaja belajar mata pelajaran GCE 'A' Lebel di Newark Technical College, Nottinghamshire, tetapi juga sebegai pelajar dalam akademi kehidupan seorang manusia di negeri orang.

Semalam, iaitu setelah berlalunya masa selama 33 tahun, 16 orang daripada 30 orang bekas pelajar Malaysia yang berpetualang di bumi Newark itu bertemu sekali lagi di Paya Serai, PJ Hilton.

Sesungguhnya pertemuan itu adalah satu peristiwa nostalgik yang membincangkan seribu, malah sejuta kenangan.

Gambar di atas menunjukkan dua orang daripada pelajar tersebut. Gambar pertama diambil pada tahun 1978 manakala satu lagi dirakamkan pada tahun 2010.

Selasa, 16 Februari 2010

Sepetang di sebatang sungai di Janda Baik

Petang semalam saya dan keluarga pergi berkelah dan mandi-manda di sungai di Janda Baik. Anak-anak saya suka hati kerana sudah lama kami tidak ke sana. Lagi pun demi 'menyejukkan' otak yang 'berasap' akibat bertungkus-lumus menunaikan janji manis saya dengan para editor yang penyabar dan budiman, saya pun mahu berendam di sungai di Janda Baik yang dingin dan nyaman itu.

'Pintu masuk' ke tempat berkelah.


Sungai yang jernih airnya.


Suatu pemandangan yang indah...


Menyerlahkan kesegaran titis-titis air sungai yang jernih itu...


Batu, kayu dan dedaun nan kering...


Anak saya dengan 'projek empangan' beliau...


Setelah penat membina empangan, dia relaks dengan mengapungkan dirinya dalam air...


Anak saya yang ini pula bersantai seperti di dalam kolam jakuzi...

Sabtu, 6 Februari 2010

Tiga pruf selesai demi PBAKL 2010


Sudah sebulan daripada tahun 2010 berlalu pergi.

Debaran Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 semakin terasa.

Para penulis berdebar-debar menunggu buku mereka terbit dan dipamerkan pada pesta yang ditunggu-tunggu oleh para peminat buku, penerbit serta mereka yang terlibat dalam industri buku.

Para editor yang terlibat menerbitkan buku tentunya merasa debaran yang lebih lagi. Maklumlah, apabila berlaku kesilapan maka tentunya bebanan rasa bersalah bakal menghantui diri sepanjang 2010 pula.

Bagi saya, seorang penulis dari kalangan ratusan penulis PTS, merasa bersyukur dan bertuah kerana tiga buah buku karya saya serta co-writer bakal melestari PBAKL 2010.

Buku Buat Duit Dengan Jaga Budak adalah bersumberkan pengalaman isteri saya dan catatan saya semasa beliau menceburi bidang penjagaan kanak-kanak.

Buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasullullah adalah sequel kepada Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah hasil penulisan saya bersama rakan serta sahabat penulis saya, Saudara Zamri Mohamad. Insya Allah saya akan menjadi duta buku ini dan hati ini begitu berdebar mananti "hari itu" yang sudah ditempah oleh editor PTS Millennia.

Buku Berunding Gaya Nabi adalah buku ketiga saya yang akan dipamerkan semasa pesta buku itu nanti.

Jumpa tuan-tuan dan puan-puan di sana!