Pada hari Isnin, 1 Jun lalu, syarikat perkapalan Malaysia, MISC Berhad dilaporkan akan menarik diri dari pakatan Grand Alliance yang memberikan khidmat perkapalan kontena bagi laluan dagangan Eropah, Atlantik, Pasifik serta Mediterranean mulai 1 Januari 2009, kerana sektor ini tidak lagi memberikan keuntungan bagi syarikat itu.
Tiga lagi ahli pakatan Grand Alliance itu ialah Hapag-Lloyd, Nippon Yussen Kaisha dan Orient Overseas Container Line Ltd. Pakatan ini menyediakan 140 buah kapal dagang, dengan keupayaan mengangkut 2,000 hingga 9,000 TEU (unit kontena berukuran 20 kaki)untuk mengangkut kargo yang dimuat dalam kontena.
Daripada jumlah itu pihak MISC menyediakan tujuh buah kapal dalam pakatan Grand Alliance.
Baca berita selanjutnya
DI SINI.
[
Gambar di atas ialah pemandangan dari Kampung Sungai Tuang, sebuah kampung pesisiran pantai berhampiran Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang menunjukkan 11 buah kapal yang dibekukan khidmat dan di simpan di kawasan anchorage pantai Tanjung Dahan, Melaka]
0 ulasan:
Catat Ulasan