Selasa, 5 Mei 2009

Mengenang hari raya bagi penulis



Pesta buku merupakan suatu hari raya bagi mereka yang terlibat dengan industri buku, terutama sekali bagi para penulis.

Penulis disediakan ruangan khas untuk mempromosi buku, imej serta jenama mereka.

Antara penerbit yang paling mesra penulis ialah PTS.

Bagi saya PTS bukan sekadar penerbit buku saya, tetapi juga penerbit buku pilihan keluarga saya.

Setiap tahun pesta buku, nescaya saya perlu menyediakan insentif yang berpatutan untuk anak-anak saya rayakan.

Selepas pesta, saya perlu menjahit dompet saya yang 'berlubang' itu.

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 telah berlalu, namun saya percaya anak saya sentiasa menanti pesta buku pada tahun berikutnya.

2 ulasan:

.imah. berkata...

Ayah,
Macam tau-tau saja. Memang ternanti-nanti pun PBAKL 2010 nanti. Hehe~ XD

Imran Yusof berkata...

Imah,

Bagus!

Jangan lupa selalulah kemas kini blog http://imah2.blogspot.com

Nanti ada kejutan, insya Allah...

:)