MISC Berhad menawarkan program penajaan bagi pelajar lepasan SPM/SPVM yang bercita-cita menjadi pelaut di kapal dagang. Untuk membaca mengetahui mengenai program ini sila baca DI SINI.
Sebuah syarikat perkapalan nasional telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1968.
Tujuan utama syarikat itu ditubuhkan ialah untuk menunaikan segala tanggung-jawab menjadikan negara ini sebuah negara maritim. Selain itu tujuannya ialah untuk menyelamatkan wang negara yang mengalir keluar kerana kos pengangkutan produk impot dan ekspot yang terpaksa dibayar kepada syarikat perkapalan negara lain.
Dengan permulaan sebuah kapal yang diberi nama mengambil sempena bunga kebangsaan Malaysia, syarikat itu berkembang sedikit demi sedikit pada peringkat awalnya.
Prestasinya meningkat setelah didaftarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1987.
QUIZ ---- Soalan 1: Apakah nama kapal pertama syarikat perkapalan itu? Soalan 2: Apakah nama kapal kedua dan ketiga syarikat itu? Soalan 3: Apakah kaitan kedua dan ketiga dengan entri pertama tadi? Soalan 4: Apakah nama syarikat perkapalan itu?
Semasa pemerintahan sultan-sultan di abad ke-15 and ke-16, Melaka pesat berkembang dan menjadi pelabuhan yang terpenting di Nusantara. Melaka menjadi pintu masuk dagangan di kawasan itu, sehingga ada seorang peniaga dan penulis berbangsa Portugis yang pernah belayar dengan Ferdinand Magellan pernah berkata, “Sesiapa yang menguasai Melaka akan dapat menguasai perdangangan dunia.”
Pelabuhan Melaka terlindung dari taufan Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Kapal-kapal pedagang dari Arab, India, China dan Jawa akan berlindung di Melaka apabila Selat Melaka dilanda ribut, sehinggalah keadaan laut selamat untuk kapal-kapal mereka. Melaka juga menjadi sebuah pusat pengambilan pelaut untuk bertugas di kapal dagang.
Maka dengan aspirasi membina kembali warga negara kita sebagai bangsa pelaut, maka sangat sesuailah Akademi Laut Malaysia (ALAM) didirikan di Melaka. Akademi yang mula dibina pada tahun 1977 di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Melaka itu menawarkan berbagai kursus pegawai dan bukan pegawai bagi bakal pelaut yang akan diambil bertugas di kapal-kapal dagang.
Sejak dahulu lagi kerjaya pelaut memang memerlukan kecekalan, dan di zaman moden ini, kerjaya ini memerlukan kepakaran yang tinggi pula. Selain daripada tugas mengendalikan oeprasi pelayaran kapal dagang, pelaut juga berdepan dengan keadaan laut yang tenang dan damai di suatu saat, boleh berubah menjadi bergelora yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang ke tahap yang benar-benar teruji.
Kita menaruh harapan Melaka akan sekali lagi menjadi salah sebuah pusat melatih anak bangsa menjadi pelaut yang terkenal, mahir dan teruji.
Bermula di sebuah kampung persisiran pantai di Melaka, seorang remaja bertekad menjadi pelaut. Dibesarkan dalam keluarga nelayan pantai, Yaakob sangat mencintai laut, walau pun dia dan ayahnya nyaris maut dilanggar sebuah kapal dagang semasa memancing di perairan Selat Melaka.
Novel ini ditulis khas untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai kerjaya pelaut kapal dagang. Kerjaya bidang maritim masih belum dianggap sebagai kerjaya pilihan oleh para pelajar dan ibu-bapa. Pada hal bidang ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan menawarkan kerjaya yang mencabar dan berprofil tinggi, serta pada masa yang sama menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Ikuti jejak langkah Yaakob setapak demi setapak, meredah samudera sehingga ke puncak jaya.
Selepas pilihanaraya umum kedua belas (PRU-12) pada 8 Mac, 2008 lalu, blogger semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini.
Jika sebelum PRU-12, ada pihak menganggap ramai para blogger ialah wanita pembuang masa yang merepek tidak tentu pasal. Namun selepas tarikh itu, blogger diiktiraf sebagai golongan yang sangat berpengaruh dalam persada politik tanah air.
Sebenarnya blog sudah lama blog menjadi alat publisiti dan marketing tool yang murah tetapi amat berkesan bagi orang bisnes. Ini ialah kerana skop khalayak blog menjangkau sempadan kesemua negara di dunia. Malah ada pihak yang menganggap masa depan bisnes adalah berkait rapat dengan internet amnya, dan blog khasnya.
Bisnes yang tidak menggunakan internet akan menghadapi masa depan yang kurang menarik apabila gagal bersaing di bidang ini.
Dengan kesedaran itulah blog ini dibina dan dengan keazaman yang jitu, bidang internet akan dijadikan marketing tool penulis.
Tamaly maak. We law hata ba eed any, Fe alby hawak. Tamaly fe baly we fe alby. Wala bansak. Tamaly waheshny, Low hata akoon waiak. Tamaly habibi bashtaklak. Tamaly alaya men badlak. We law hawalaya kol el doon. Bardo ya habibi bahtaglak. Tamaly maak. Maak alby, maak rohy. Ya aghla habibi. We mahma tekoon baeed any, Le alby areeb. Ya omry el gai wel hader, Ya ahla naseeb. We mahma tekoon baeed any, Le alby areeb. Ya omry el gai wel hader, Ya ahla naseeb.
I am always with you. And even when your far away from me Your love is in my heart. You're always on my mind and in my heart. I never forget you. I always miss you, Even if I am with you. I am always longing for you darling. I always need you and nobody else. And if I'm surrounded by the whole world, I still need you, my darling. I am always with you. You have my heart and my soul My most precious love. And no matter if you away from me, You are close to my heart You are life in the future and the present And the most beautiful of fates. And no matter if you away from me, You are close to my heart You are life in the future and the present And the most beautiful of fates.
"Tuan Haji, lama tak nampak. Ke mana menghilang?" "Saya pergi utara. Ada kenduri kesyukuran." "Siapa yang kahwin?" "Bukan kenduri kahwin. Ala, kan kita menang kat Kedah dan Perak." "Oh, kenduri yang tu. Kami pun buat kenduri di Muar. Kita menang kat Sg Abong dan Maharani." "Saya pun balik juga kenduri kat K Pilah dan Paroi." "Kat K Pilah kita tak menang, kan?" "Kita kenduri juga raikan petugas." "Nampaknya politik Tuan Haji semakin relevan, ya?" "Bukan politik saya sahaja, malah mungkin amalan saya pun semakin relevan." "Ya, Pak Haji. Saya sokong 100 peratus!"
Saya berkunjung ke sana, pada petang Sabtu 5 April 2008. Sempat bergambar dengan penulis Indonesia, Asma Nadia dan penulis Negri Sembilan, Pak Latip Talib.
"Hanya orang yang pernah belayar di lautan dan pernah mengalami kegawatan perasaan dan ketakutan apabila kapal dilambung ombak semasa dipukul ribut sahaja yang mampu memahami betapa getir dan cemasnya saat-saat yang dilalui oleh para pelaut."