Khamis, 11 Oktober 2007

SALAM IDIFITRI

Tarikh: 27 Ramadhan 1428
Lokasi: 3 buah rumah dan sebuah kereta
Situasi: "Menguruskan Konflik"

Rumah 1
-------
"Abang, nanti balik kampung Ani dulu ye."
"Insya Allah. Kita akan balik beraya.

Rumah 2
-------
"Abang, kenapa balik kampung Kak Ani dulu? Kan abang janji tahun ini balik rumah mak Milah?"
"Insya Allah. Kita akan balik beraya tahun ini."

Rumah 3
-------
"Abang, tahun ini bukan kampung Kak Ani atau kampung Kak Milah. Tahun ini giliran kampung Anis, kan bang?"
"Insya Allah. Tahun ini kita akan beraya di kampung."

Kereta
-------
"Isteri-isteri abang tak kisah ke, tahun ini abang datang beraya ke kampung Ika?"
"Insya Allah. Semoga Allah permudahkan..."

Nota: SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI. SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN.

2 ulasan:

Anonymous berkata...

Tahun depan tu nak beraya rumah sapa? Kuota dah cukup.

Baik sewa hotel. Raya kat resort. Anak-anak pun suka sebab boleh mandi swimming pool.

A.S.

Latiptalib berkata...

Dialog begini yang kurang enak. Khabarnya bila nak beraya maka berlakulah perang dingin. Kena cari formula penyelesaiannya.