Jumaat, 31 Ogos 2007

Meredah Samudera Rindu

Setelah berlalu
kisah semalam
aku masih di sini
diam membisu

Kini laut kasih
kembali bergelora
ombak derita
menggulung
ke pantai sayu

Aduhai
mungkinkah akan
kembali tenang
samudera rindu?

3 ulasan:

Siti berkata...

Aduhai,
Kalau dah derita tak payah berkasihlah.

Lebuhraya memang tak seronok dilalui, membosankan.

Jalan yang semak beronak walaupun seronok berpetualangan, tak payahlah. Buat menghabiskan boreh yo.

Baik pilih jalan kampung. Permai, indah, selamat. Paling tinggi, halangannya cuma tahi lembu atau ayam, itik dan lembu yang berkeliaran di atasnya.

Imran Yusof berkata...

Bak kata seseorang
yang sedang berkasih:
"deritaku mencintaimu
lebih aku sukai
daripada bahagia tanpamu;
meminum racun yang kau beri
lebih aku inginkan
dari meminum air kolam
yang diberi oleh orang
tidak ku kasihi.."
:)

Siti berkata...

hmmm... kata-kata pencinta yang menggemari novel cinta tu.