Jumaat, 31 Ogos 2007

Presiden Iran mahu hadkan poligami

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada berkata beliau suka poligami dihadkan di Iran.

“Sepatutnya ada had yang jelas dalam hal poligami,” kata beliau ketika menjawab pertanyaan mengenai poligami di Iran oleh stesen television kebangsaan.

Di bawah undang-undang Islam, Sigeh (istilah tempatan bagi poligami) dibenarkan dan lelaki Islam dibolehkan beristeri empat serentak, walau pun tidak ramai yang berbuat demikian.

“Bagi orang lelaki Iran, seorang isteri sudah memadai,” kata beliau sambil tersenyum semasa difilemkan oleh stesen television kebangsaan.

Beliau membayangkan oleh kerena keadaan ekonomi yang menurun, majoriti orang lelaki sudah tidak mampu menampung perbelanjaan isteri yang lebih dari seorang.

Ramai aktivis yang memperjuangkan hak-hak wanita mengatakan Siqeh adalah satu bentuk pelacuran, tetapi para ulama Islam berhujah dengan memberi contoh janda yang tidak berpendapatan akan lebih dihormati di kalangan masyarakat Iran sebagai isteri kedua, dan bukan sebagai ibu tunggal.

“Wanita mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakat kita dan harus selalu dihormati. Tetapi keputusan muktamad dalam isu Siqeh bukanlah dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi dalam bidang kuasa pihak kehakiman,” kata Ahmadinejad.

Walau pun ramai yang mengutuk amalan poligami, tetapi warga Iran yang berfikiran moden dan berpandangan Barat masih mengamalkan Siqeh, kerana wanita dan lelaki Iran dibenarkan tinggal bersama hanya apabila mendapat surat nikah atau sijil Siqeh.

Meredah Samudera Rindu

Setelah berlalu
kisah semalam
aku masih di sini
diam membisu

Kini laut kasih
kembali bergelora
ombak derita
menggulung
ke pantai sayu

Aduhai
mungkinkah akan
kembali tenang
samudera rindu?

Rabu, 29 Ogos 2007

Presiden Turki yang ke-11

Puak sekular yang berkuasa selama 84 tahun di Turki berjaya ditumpaskan oleh puak pro-Islam apabila Abdullah Gul dari parti AKP memenangi pilihanraya presiden Negara itu, pada hari Selasa, 27 Ogos, 2007.

Dengan terpilihnya Gul menjadi Presiden Turki Ke-11, cengkaman Tentera Turki terhadap politik Negara itu juga menjadi semakin lebur. Pihak tentera yang amat tidak senang dengan puak Islam begitu ketara apabila tiada seorang pun daripada ketua-ketua turus angkatan tentera hadir di majlis perlantikan Gul di hari yang sama.

Bagaimanakah sebuah negara sekular yang juga bekas Negara pemerintahan Kerajaan Osmaniah akan ditadbir oleh puak Islamis moden?

Mampukah AKP memenuhi aspirasi rakyat Turki dan juga harapan dunia Islam yang tandus dengan kempimpinan sebuah Daulah Islamiah setelah jatuhnya Kerajaan Osmaniah pada tahun 1922?

Sama-samalah kita lihat perkembangan di Turki.

Ahad, 19 Ogos 2007

Rindu Ini

Rindu ini
kubawa
berlari
merentas
daerah kesunyian

Aduhai
biar berlalu
angin malam
lembut
membelai

Aku masih
menanti
semoga bebunga
kembali
mengharum.

TSS - 18.8.2007

Rifle Kalashnikov AK-47



AK-47 rifle tempur bersaiz kaliber 7.62 mm merupakan senjata ringan yang paling popular di dunia. Rifle buatan Soviet ini mula digunakan pada tahun 1949 dan direka oleh Michail Kalashnikov ini juga paling popular di kalangan anggota Mujahiddin Afghanistan menentang tentera Soviet.

Sabtu, 18 Ogos 2007

Kembali Rindu

Bermusim
rindu ini
terpendam
hilang seketika
di bahang mentari

Aduhai
lemas
pesona
tenggelam
di dalam asyik

Kini
rindu kembali
kerna semalam
mimpiku
jadi realiti.

TSS - Sabtu 18.8.2007

Ahad, 5 Ogos 2007

Rindu semalam

(Untuk hati yang hancur)

Demikan jadinya
kelmarin
hati itu telah hancur
berderai
berkecai

Semalam
telah berlalu
namun
di hati
masih ada rindu

Dengarlah
khabar gembira
akan terubat
hati-hati yang hancur
dengan kasih Maha Pencipta.

Sabtu, 4 Ogos 2007

Hatimu yang berduka (Buat F)

Hidup ini
pinjam-pinjaman
harta benda
dan orang tersayang
diri kita pun
bukan
kita punya

Dunia ini
penjara bagi orang mukmin
syurga untuk yang kafir
kita di sini
hanya seketika

Bergembiralah
dengan rahmat Allah
kerna
kita akan kembali
menemuiNya.

Jumaat, 3 Ogos 2007

AKP Turki Menang Besar

Apabila meletus krisis politik Turki akibat kegagalan memilih Presiden, parti memerintah AKP, Parti Keadilan dan Pembangunan, membubarkan parlimen dan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat.

Sepatutnya tidak timbul masalah 'tidak cukup quorum' di dalam pemilihan presiden, namun oleh kerana Mahkamah Perlembagaan, yang diketuai oleh seorang hakim yang berfahaman sekular, membatalkan keputusan itu semata-mata kerana sikap dengki khianat dan takut hilang pengaruh.

Di atas keyakinan bahawa mereka akan diterima rakyat dan kerana yakin rakyat menerima mereka, kerajaan Turki di bawah pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengambil keputusan menyerahkah semula mandat kepada rakyat Turki memutuskan 'serba-salah' Quorum 376 itu.

Ternyata tafsiran mereka tidak meleset, dan ternyata AKP masih diterima rakyat, apabila parti itu menerima lebih daripada 46% dari keseluruhan undi. Ini bermakna sekali lagi AKP akan berjaya membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa perlu bergabung dengan parti lain.

Selepas keputusan itu, terdengar ura-ura parti pembangkang kedua MHP akan hadir ke parlimen ketika pengundian memilih presiden di parlimen.

Semoga mesej rakyat itu difahami oleh pemimpin serta golongan elit Turki.

Konspirasi cinta

Cinta
adalah setitis airmata
tetapi
kelihatan seperti
sebutir permata

Cinta
adalah suatu konspirasi
perasaan kepada akal
selalu sahaja
akal tertipu

Aduhai
kembalilah
kepada akalmu
agar sejahtera akhirnya.

Assault Rifle M-16



Senjata assault rifle jenis M-16 ini berkaliber saiz 5.56mm merupakan rifle yang tepat dan boleh diharapkan di medan pertempuran. Ia menjadi senjata standard-issue bagi tentera Amerika Syarikat.