Ahad, 26 November 2006

Peperangan Di Somalia Semakin Hampir

Ethiopia mengesahkan ia sedang membuat persediaan untuk berperang dengan puak Islam (UIC) di Somalia.

Kita yakin pihak UIC sentiasa bersikap jika Ethiopia sanggup menjual, maka UIC juga berani membelinya, secara "tunai", kerana dari sejarah kita belajar puak Islam tidak akan berundur malah anggota-anggotanya sanggup mati syahid di dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara dari pencerobohan.

Beberapa pihak barat 'menggesa' agar kedua pihak bersikap bertolak ansur agar peperangan tidak berlaku yang akan menyebabkan kemusnahan di Somalia dan rakyatnya menderita.

Kita merasa hairan kenapa sikap tiolak ansur yang dicadangkan.

Mengapa dunia tidak mengutuk Ethiopia yang terang-terangan menceroboh masuk ke Somalia?

Sabtu, 25 November 2006

Semakin Hari Semakin Tua

Suatu ketika hari ini gambar saya diberi komen oleh teman-teman penulis, namun saya menerimanya dengan hati yang terbuka.

Gambar yang dipaparkan di profile blogspot ialah gambar yang diambil pada bulan Mac 2006 semasa saya berada di Sudan, tetapi mungkin hari ini saya kelihatan sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan gambar di dalam blog itu.

Walau pun saya merasa sedikit tidak selesa dengan komen yang diberikan, namun ia tetap sedikit sebanyak telah memberikan keinsafan kepada diri saya: sesungguhnya semakin hari semakin umur meningkat.

Semakin meningkat umur pada hakikatnya, umur yang berbaki semakin kurang. Dengan demikian juga, semakin hari semakin dekat kita dengan hari kematian kita.

Sesungguhnya setiap yang hidup akan merasai mati dan setiap kali saya teringatkan perkara kematian, segala keselesaan dan segala rasa lazat hilang.

Betullah seperti maksud hadis Nabi, ianya sesuatu yang "menghapuskan segala kelazatan hidup di dunia ini."

Jumaat, 24 November 2006

Serban Sudan




Beginilah rupa serban Sudan.

Kedua-dua gambar ini ialah gambar rakan sekerja kami yang bertugas di pejabat cawangan kami di Khartoum, Sudan.

Gambar ini saya ambil ketika di dalam majlis makan malam yang diadakan untuk meraikan pegawai-pegawai tertinggi syarikat yang mengadakan lawatan kerja ke Khartoum.

Serban yang dipakai beliau ini ialah dari kain serban jenis yang paling halus dan paling baik kualitinya. Perhatikan, warna putihnya pun bukan putih sebarangan, tetapi putih seputih-putihnya.

Perhatikan juga mengikut budaya Sudan, lazimnya serban yang dipakai ialah dua helai: sehelai dililit di kepala dan sehelai lagi diletakkan di bahu seperti selempang.

Lilitannya pun berbeza.

Tapi saya percaya serban Sudan memang menarik indah dan hebat.

Rabu, 22 November 2006

Puntland Setuju Laksana Syariah

Suatu lagi perkembangan menarik di Somalia.

Dari berita terbaru kita dengar pihak berkuasa wilayah autonomi Puntland telah bersetuju melaksanakan syariah Islam.

Nampaknya tanda-tanda ke arah penyatuan Somalia yang melibatkan Selatan Somalia, Somalia Tengah dan wilayah autonomi Puntland dan Somaliland semakin menjadi kenyataan.

Semoga rakyat Somalia dapat mengalahkan apa jua halangan dan cabaran di dalam mendaulatkan Somalia sebagai sebuah negara Islam yang pertama di benua Afrika.

Khamis, 16 November 2006

Pembangkang Bangla Tuntut Ketua Pesuruhanjaya Pilihanraya Dipecat

Pihak pembangkang Bangladesh mengadakan demo dan menyekat lebuhraya-lebuhraya utama negara itu, sebagai protes bagi memaksa Ketua Pesuruhanjaya Pilihanraya Bangladesh (setaraf dengan pengerusi SPR di negara kita) kerana dipercayai terlibat untuk mengadakan penipuan besar-besaran di dalam pilhanraya umum di negara itu tidak lama lagi.

Kospirasi penipuan itu dipercayai melibatkan lebih 10 juta nama-nama pengundi hantu di dalam daftar pemilih negara itu.

Setakat ini belum ada tanda-tanda ketua pesuruhjaya itu akan melepaskan jawatannya itu.

Setiap peminat politik akan merasa kagum melihat rakyat sebuah negara ketika yang masih membangun begitu berani menuntut hak-hak mereka sebagai rakyat bagi memilih pemimpin yang akan menentukan halatuju negara mereka.

Tetapi peminat politik akan merasa hairan mengapa rakyat di sesetengah negara yang ingin mencapai taraf negara maju masih 'malu-malu' dan 'takut-takut' untuk menuntut hak-hak mereka.

Akan berjayakah rakyat Bangladesh di dalam perjuangan mereka ini?

Selasa, 14 November 2006

Bunga kertas banyak jenih



Rupa-rupanya bunga kertas ni banyak jenih dia!

Kalu tenguk warna dia pun bermace-mace, ada merah, ada ungu, ada putih, ada kuning de ada warna-warna lain lagi.

Adik kakak suka ko bunga kertas ni?

Jumaat, 10 November 2006

Sejenis "Salad" Sudan yang berkhasiat !



Salah satu perkara yang membuat saya tersenyum apabila mengingat kembali masa saya di Sudan, ialah sejenis ulam yang seperti salad yang tidaklah seenak salad tetapi ianya selalu dihidang bersama daging kambing.

Bebarapa orang kawan yang memberitahu mereka memang suka makan ulam ini kerana khasiatnya yang baik untuk para suami.

Para isteri pun tentu gembira kalau suami mereka menggemari ulam ini.

Khamis, 9 November 2006

Huje sokmo lo ni



Sejak lepah gha'yo ni bila peta'e gak huje sokmo.

Ambo po kena huje bila tughu daripada keretapi komuter di stesen Serde.

Anak-anak ambo de oghe tino ambo po dah kena dema'e doh.

Banjir po banyak kali doh berlaku di Kuala Lupo ni.

Adik kakak ada kena huje de dema'e ko?

Hamas Umumkan Gencatan Senjata Sudah Beakhir

Setelah sebuah keluarga mati terbunuh akibat serangan peluru berpandu regim haram Israel, Hamas mengumumkan bahawa mereka akan memberi respons dengan tindakan bukan perkataan.

Kita memang telah menduga perkara yang seumpama itu akan berlaku juga akhirnya, kerana setiap kesabaran ada batasnya dan setiap tindakan jahat tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Hamas tetap akan menjadi pembela umat Palestin dan tidak akan mementingkan kekuasaan sehingga mengorbankan hak rakyat Palestin mempertahankan diri.

Perkara ini kelihatan seolah-olah masih belum difahami oleh pihak Fatah.

Maka tidak dapat tidak, pertembungan akan berlaku di antara Hamas dan Fatah.

Selasa, 7 November 2006

Pertempuran meletus di Somalia

Suatu pertempuran meletus antara pihak UIC dan pihak pentadbir Puntland, sebuah wilayah autonomi yang terletak di Timur Laut negara Horn of Afrika itu.

Pertempuran itu berlaku di Galinsoor, di Bahagian Mudug, 780 km ke utara ibu negara Somalia, Mogadishu.

Rundingan Damai antara UIC dan TFG juga tergendala kerana UIC menuntut askar Ethiopia diundurkan dari Baidoa dan semua wilayah Somalia sebelum meneruskan rundingan damai tersebut.

Walau pun pihak UIC seboleh mungkin bertindak secara berhati-hati demi mengelakkan peperangan di Somalia, tetapi akan sampai suatu masa nanti, pertembungan antara UIC dan TFG akan berlaku juga, kerana mereka memang berlainan ideologi.

Pihak UIC mendapat sokongan majoriti rakyat Somalia, manakala TFG disokong oleh pihak barat, Amerika dan proksi-proksi mereka di Afrika.

Sesungguhnya ini akan membuka sebuah lagi medan pertempuran antara pihak pro-Islam dan pro-barat.

Mujurlah ada kehijauan pepohon yang memecah pemandangan kelabu di hutan batu




Bandaraya ini sudah mengalami perubahan yang begitu banyak sejak penjajah Inggeris pulang ke negara mereka sesuadah mereka tidak mampu lagi menjajah negara kita secara fizikal.

Bangunan-bangunan yang banyak telah menjadikan kotaraya ini sebuah hutan batu, dengan pemandangan yang kelabu dan pudar dan ini membuat kita muak memandangnya.

Mujurlah ada lampu neon yang mengindahkan pemandangan apabila senja melabuhkan tirai siangnya.

Dan mujurlah ada kehijauan pepohon yang menghiasi metropolis ini.

Sabtu, 4 November 2006

Wanita Palestin Melindungi Pejuang Palestin Yang Terperangkap Di Masjid Terkepung

Suatu berita yang menggemparkan disiarkan di internet bilamana wanita-wanita Palestin yang mneggunakan diri-diri mereka bagi melindungi pejuang-pejuan Palestin yang terperangkap di dalam sebuah masjid di Semenanjung Gaza oleh kepungan tentera regim Israel.

Kita kagum dengan keberanian wanita-wanita Palestin yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi melindungi para pejuang yang bersolat di masjid itu.

Semoga dengan peristiwa itu akan meningkat lagi kebencian manusia sejagat terhadap perangai-perangai hodoh regim haram itu.

Semoga para wanita di seluruh dunia akan mencontohi keberanian wanita Palestin untuk berkorban demi melindungi mereka yang tidak bersenjata dari dibunuh oleh pasukan tentera atau polis yang diarah oleh pihak-pihak berkuasa yang rakus dan zalim.

Bonda Puan Ainon Pulang ke Rahmatullah

Walaupun saya tidak pernah bertemu atau kenal dengan bonda mentor dan sifu saya, Puan Ainon, namun saya merasa kesedihan dan dukacita beliau.

Saya meminjam tulisan Tuan Rastom dari chatbox laman UNIKA PTS: "...Sesungguhnya pemergianmu tidak sia sia. Benih yang kau lahirkan subur melestari bumi bangsamu, tanpamu tiadalah upaya kami berhimpun mengutip suluhan ilmu disini. Alhamdulilah syukur -limpahan kurnia Ilahi tiada mengenal batas sempadan..."

Walaupun saya baru bergiat dengan PTS dan menjadi mentee Puan Ainon selama beberapa bulan, namun saya dapati kemahiran penulisan saya meningkat dengan begitu cepat.

Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh bonda Puan Ainon.

Al-Fatihah.

Rakyat Kyrgyztan Buat Tunjuk Perasa'e



Lepah gha'ya no ambo senyak lama doh.

Jadi hari ni ambo nak ghoyak pasa rakyat Kyrgyztan buat demo (tunjuk perasa'e)di ibu negara tersebut, Bishek.

Keraja'e dia dulu janji nak buat reform selepas Presiden hok dulu Askar Akayev letak jawate de lari keluar negara.

Sapa ko hari ni janji masih tinggal janji. Hok tu ye rakyat marah tu.

Adik kakak dah balik dari kapo ko?

Khamis, 2 November 2006

Mencari Cinta (2) - sebuah puisi

Sebegitu lama ku mencari cinta
Ke timur, barat, selatan dan utara
Tiada juga kutemuinya
Aduhai hibanya hati ini tiada terhingga

Di manakah cinta yang kucari itu
Mungkinkah Hayati, kau bawa bersamamu
Ketika tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu
Atau dimamah racun diminum Romeo dan Juliet dahulu?

Wahai Damak engkaukah yang membawanya
Pulang ke Pahang merajuk sikap Pak Malau bakal mertua
Mungkinkah sudah dibawa terbang sikumbang durjana
Atau terdampar bersama bulan purnama
Untuk dirindui pungguk buat selama-lamanya?

Duhai sayang, di mana?
Di manakah cinta?
Adakah ia beraja di mata?
Atau yang bersultan dihatinya?

Tersembunyikah ia di antara bait-bait sajak kabur,
Yang memang sukar dimengertikan oleh manusia
Mungkinkah ia tersirat di celah-celah madah pujangga
Atau adakah dia tersimpul rapi di hati ahli sufi yang telah hancur
Di dalam mengingati Keagungan Maha Pencipta?

Kuala Lumpur, 2 Nov 2006

Rabu, 1 November 2006

Zaman Maharaja Sudah Berakhir

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad diberitakan berkata zaman maharaja yang memerintah empayar yang luas sudah berakhir.

Sindiran itu dihalakan kepada presiden Amerika, George Bush kerana berlagak seperti pemerintah empayar yang menindas semua pemimpin-pemimpin di tanah jajahannya.

Katanya lagi sekarang ialah zaman keadilan dan zaman kegemilangan agama tauhid.

Setakat hanya Iran dan Venezuela sahaja yang berani menentang Amerika.

Kita mengharapkan lebih ramai lagi yang menyertai kumpulan anti-Amerika semoga dunia menjadi seimbang dan Amerika tidak bertindak sesuka hati mereka terhadap negara-negara lain.