Rabu, 18 Januari 2006

Tertusuk Tulang Ikan

Semasa makan malam tadi jari saya tertusuk tulang ikan.

"Aduh!"

Rasa bisa sekejap dan darah keluar. Waktu itu saya baru berselera nak tambah nasi lagi. Tetapi bila jari tertusuk tulang ikan, saya jadi tak berselera nak makan lagi. Saya berhenti setakat itu.

Saya jarang menambah nasi bila makan malam, tetapi malam tadi agak berselera saya makan. Itu yang tambah tu.

Bila tambah nasi, terkena pula tulang ikan.

Mungkin memang elok la saya makan setakat yang saya makan itu. Makan malam tak perlu bertambah. Perlu diet dan kempiskan perut. (alang bidara - 18/1/2006).

0 ulasan: