Khamis, 25 Mac 2010

Pesta Buku 2010 (Entri 14)











Telah berlalu enam hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Namun PBAKL 2010 di PWTC terus menerima kunjungan peminat buku. Berbas-bas rombongan yang teridir dari para pelajar sekolah menyerbu dan menyerang gerai-gerai PTS. Saya sempat bertemu Tuan Osman Affan dan Tuan Sunthara Segar.

Alhamdulillah, saya dan Tuan Zamri Mohamad pula berjaya menyertai program bersama penulis yang diraikan oleh pihak PTS Millenia.

Pesta Buku 2010 (Entri 13)



Setelah enam hari berlalu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya mendapat makluma dari Tuan Zamri Mohamad bahawa buku kami, Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah menduduki temapt ke-7 dalam senarai MPH Best-Sellers List for Week Ending Mar 21, 2010.

Siapa yang masih belum mempunyai satu naskah buku kami itu bolehlah mendapatkannya di Pesta BUku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di gerai PTS, Booth C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai).

Senarai MPH itu di copy dan paste di bawah ini sebagai archive.
---------------------------------------------------------

MPH Best-Sellers List for Week Ending Mar 21, 2010
Posted by julia | Posted in Bestsellers | Posted on 23-03-2010
0

Discover Your Destiny with The Monk Who Sold His Ferrari: The 7 Stages of Self-Awakening by Robin Sharma

Non-Fiction

1. It’s Not How Good You Are, It’s How Good You Want to Be by Paul Arden

2. The Secret by Rhonda Byrne

3. The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment by Eckhart Tolle

4. Asian Godfathers: Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia by Joe Studwell

5. Mayada: Daughter of Iraq by Jean Sasson

6. Who Moved My Cheese?: An Amazing Way to Deal with Change in Your Work and in Your Life by Spencer Johnson

7. Discover Your Destiny with The Monk Who Sold His Ferrari: The 7 Stages of Self-Awakening by Robin Sharma

8. Happiness in Hard Times by Andrew Matthews

9. Men Are from Mars, Women Are from Venus: Practical Guide for Improving Communication and Getting What You Want in Your Relationships by John Gray

10. The Definitive Book of Body Language by Barbara Pease and Allan Pease

Fiction

1. The Last Song (Movie Tie- In) by Nicholas Sparks

2. The Lovely Bones (Movie Tie-In) by Alice Sebold

3. Dear John (Movie Tie-In) by Nicholas Sparks

4. Tuesdays With Morrie by Mitch Albom

5. Ford County by John Grisham

6. The Winner Stands Alone by Paulo Coelho

7. Sophie’s World by Jostein Gaarder

8. The Gatecrasher by Madeleine Wickham

9. 206 Bones by Kathy Reichs

10. Between the Assassinations by Aravind Adiga

Local Author

1. 365 Tip Sihat Gaya Rasullullah by Dr Mohamad Ali Toha

2. Agenda Yahudi Menakluk Dunia: Rahsia Di Sebalik Rahsia by Sabaruddin Hussein

3. Indahnya Hidup Bersyariat – Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar by Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

4. Journey To Space: A Memoir of Malaysia’s First Angkasawan by Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

5. Diari Sufi by Siti Munazakiah

6. Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda by Rozzani Din

7. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah by Zamri Mohamad & Imran Yusof

8. Aku Terima Nikahnya: Pelikkah Cinta Tanpa Berkenalan, Keluar Makan-Makan, Berbalas Emel dan SMS? by Hasrizal Abdul Jamil

9. The New Millionaires by Gobala Krishnan

10. What Your Teacher Didn’t Tell You: The Annexe Lectures (Vol 1) by Farish A. Noor

Weekly list compiled by MPH Bookstores, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Selasa, 23 Mac 2010

Pesta Buku 2010 (Entri 12)

Puan Nazhatulshima Nolan, pensyarah kanan di jabatan bahasa Inggeris UiTM Segamat, yang datang dari jauh semata-mata untuk meraikan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010, telah meluangkan masa bergambar dengan buku semasa beliau memilih buku-buku yang beliau mahu bawa pulang. Terima kasih, Puan. Semoga gembira membaca buku-buku PTS dan juga buku-buku kami.

Empat siri koleksi cerpen dan novel Sherlock Holmes dalam versi Bahasa Melayu yag diterbitkan oleh PTS

Seorang pembeli bertuah yang membeli buku-buku PTS yang bernilai lebih daripada RM500.00 menerima hadiah hamper dari Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.


Buku karangan saya dan isteri saya yang melestari pesta buku pada tahun ini.

Pesta Buku 2010 (Entri 11)





Penyampaian hadiah dan cenderahati bagi keluarga yang mengambil bahagian dalam program Riuh-Riuh PTS Profesional.

Pesta Buku 2010 (Entri 10)





Program Riuh-Riuh PTS Profesional pada hari ini melibatkan keluarga penulis dan saya diminta menyampaikan hadiah bagi keluarga yang mengambil bahagian.

Isnin, 22 Mac 2010

Pesta Buku 2010 (Entri 9)





Antara detik-detik gembira bersama para pembaca, penulis serta staf PTS yang budiman. Kenangan manis program Riang Ria PTS One pada hari ini, hari ke-4 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Terima kasih kepada semua.

Pesta Buku 2010 (Entri 8)





Selepas sesi chit-chat, ada pula sesi menanda tangani autograf bagi para pembaca yang membeli buku kami.

Pesta Buku 2010 (Entri 7)





[Program Riang Ria PTS One]Saya melayan peminat buku koleksi cerpen dan novel Sherlock Holmes yang saya terjemahkan, manakala anak-anak saya, Nia dan Ima Imrani melayan pembaca novel mereka, Ikan Tawar Untuk Lego.

Pesta Buku 2010 (Entri 6)

Seorang pembaca Ikan Tawar Untuk Lego, karya anak-anak saya, Nia dan Ima Imrani.


Buku ini saya beli khas untuk anak saya.


Novel Meredah Samudera di celah-celah novel Islami yang lain.

Novel dan koleksi cerpen karya Sir Arthur Conan Doyle yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh PTS One.

Ahad, 21 Mac 2010

Pesta Buku 2010 (Entri 5)

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 dikunjungi oleh pelbagai lapisan pembaca buku Melayu.

Kuda laut pink bergantungan di Kedai Pink Ain Maisarah menunggu pembeli bertuah.

Imah bergambar dengan salah seorang petugas PBAKL 2010.

Hanisah dengan Sheikh Muzafar, angkasawan negara.

Imah dan Sheikh Muzafar.

Pesta Buku 2010 (Entri 4)

Anak saya Nia Imrani dan suaminya sempat berkunjung ke gerai karikatur untuk mendapatkan lakaran karikatur wajah mereka.

Anak saya, Hanisah juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan karikatur kenangan.

Ima Imrani juga tidak mahu ketinggalan. Lihat senyuman beliau...

Entah kenapa gerai merchandise PTS menggunakan kerta alas Selamat Pengantin Baru. Siapa yang akan naik pelamin selepas pesta ini?

Pengunjung muda di gerai PTS yang telah mempunyai koleksi buku-buku PTS sebanyak lebih daripada 240 buah! Beliau menunggu di Booth PTS sejak pagi semata-mata ingin mendapatkan autograf Duta PTS, Puan Ain Maisarah.