Khamis, 29 Mac 2007

Sudan Menggamit




Aduhai
Sudan menggamit daku
Gurun Sahara memanggil

Wadi Benjadit sentiasa
dalam ingatan
begitu jua Al-Obaied...

Isnin, 26 Mac 2007

KENANGAN KELMARIN DI PINGGIR AL-OBAIED




Semalam kenangan Benjadit
terkumpul dalam diri
membelai lembut
seperti bayu senja
Gurun Sahara

Rinduku masih di sini
aduhai Benjadit
mangga yang manis
dingin tekak terkenangkanmu

Wadi indah
menggamit daku
memujuk kepulangan
mengharap sekeping hati
ikhlas dan tulus.

Ahad, 25 Mac 2007

Pihak UIC Membenarkan Janji Mereka

Ketika berundur dari Mogadishu dan Kismayo, pihak UIC berjanji akan memerangi tentera Ethiopia dan proksinya pihak TFG secara perang gerila.

Puak TFG dan tentera Ethiopia (yang mendapat bantuan teknikal dan kewangan dari Amerika) memandang remeh janji UIC itu.

Untuk mengurangkan perbelanjaan untuk meneruskan pendudukan tenteranya yang tinggi pihak Addis Ababa telah mengundurkan askar-askarnya dari Somalia. Tempatnya digantikan oleh tentera pengaman dari pertubuhan AU, iaitu tentera Uganda.

Ketibaan tentera Uganda di Mogadishu tidak disambut dengan hamparan permaidani merah oleh rakyat Somalia, tetapi sebaliknya dengan bedilan meriam dan mortar.

Puak pejuang Somalia dan warga Mogadishu juga menyeret mayat-mayat tentera Ethiopia dan TFG di jalanraya bandar itu seraya disorak oleh orang ramai.

Sementara yang terbaru ialah sebuah kapal terbang pengangkut kepunyaan Belarus pula ditembak jatuh yang mengakibatkan kematian 11 orang kakitangannya dengan peluru berpandu oleh pihak pejuang Somalia.

Jelaslah puak pejuang UIC telah mengotakan janji-janji mereka.

Kita masih menunggu apakah pihak Ethiopia dan tentera AU mampu bertahan lama membantu pihak TFG terus bertapak di Mogadishu.

RIBUT PASIR YANG MENYESAKKAN



Pasir berterbangan
halus, menyakitkan
mataku jadi kabur
harapan jadi bertabur

Ribut di Gurun Sahara
di pinggir El-Obaied
menggamit kehadiran
antara rindu dan keresahan
aduhai Sudan.

Khamis, 22 Mac 2007

SEMALAMAN AKU MERINDUIMU




Akan kubiarkankah rindu ini
melemaskan
membakar diri
dan semalaman aku tak tidur
mengenangmu
wahai Sudan?

Kau gersang
namun begitu mulia
kau panas membahang
tetapi begitu mengasyikkan
dan kau sentiasa di hatiku..

Isnin, 19 Mac 2007

Kerajaan Perpaduan Palestin

Selepas bermesyuarat di Makkah, bandar yang menjadi lambang perpaduan umat Islam, akhirnya Puak Fatah dan Hamas berjaya menubuhkan sebuah kerajaan campuran.

Ini pun setelah terpaksa melalui saat-saat getir yang memakan korban kematian yang bukan sedikit di kedua-dua belah pihak.

Dengan tertubuhnya kerajaan perpaduan tersebut sudah terlihat kesan positifnya, bila kerajaan Norway mengeluarkan kenyataan mereka mengiktiraf kerajaan Palestin.

Negara-negara Arab seperti Yemen, Syria, Jordan dan Qatar menyeru supaya boikot bantuan kepada Palestin dibatalkan.

Sebagaimana disangkakan regim yahudi tetap tidak mahu mengiktiraf kerajaan campuran, kerana mereka mahu segala hak Palestin ditentukan seluruhnya oleh mereka.

Kita berharap masyarakat dunia mengiktiraf kerajaan baru Palestin dan tidak mengikut kemahuan Amerika dan regim Israel itu.

Pinje Senikata Dikir Barat Dari Blog EZ

Ambo nak tulih senikata dikir barat hok ambo pinje dari blog EZ bicaraku-ez.blogspot.com/.

Tupai
(Oleh Halim Yazid)

Ado sekor anok tupa
Atah jula moktey
Kudung ekor perut lapa
Jaley cari makey (2x)

Kejadiey tuhey dipanggil namo tupa
Asalnyo daley hutey sejenih mamalia
Kalu pasa jjakit kuk dehey
Diolah yg paling panda

Jatuh jaghey2 keghano dio tok sobar
Panda2 tupa mlopat jatuh ttanoh jugok
Nok wi gamba oghe jahat jange terlajok manggok
Oghe Jamey ghitu ppakat hambat tupa

Bimbey ko woh kayu takut tokdey besaNyo
Duriey duku kalu deynyo keghik ttupa
Pendek tahun tu nyo duriey tokdey nok jual
Ore sekapug tupa seko

Berambat haghi2Nyo
Pakat likung ppakat pekungTupa tokleh laghi
Stakat bedil ado tupa habih mati
Hok ni lah sayo raso kito sgt rugi

Kito manusio tinggi mano pun kito ngaji
Nok wat tupa sekor tentu skali nyo tok jadi
Lloni kapung atau bbandarJaghey nok buleh tgk
Bapok tupa ibu tupa jjaley bowok anok

Raso ssiey sungguh tgk sekor anok tupa
Keghano terlajok kughuh sapa tokleh nok nniti pagar
Bulu2 pn habih lughuh, air mato bbegha2
Maghi daley baghuh bokali keno ghacun tebaka

Ahad, 18 Mac 2007

SEMALAM RINDUKU RENTUNG DI SUDAN



Semalam merdu sekali
gemersik irama padang pasir
sayup-sayup memanggil ku
menggamit aku kembali
betapa indah

Begitu ku rindu kehangatanmu
aduhai Sudan bumi bertuah
permata bernilai benua Afrika
ribut pasirmu menyesakkan dada
namun warna senja Sahara mu
indah menawan

Sungguh aku akan kembali
nantikanlah kehadiranku
ingin ku teguk kembali
air Sungai Nil

Sungguh akan ku ziarahi
maqam Al-Mahdi
wahai Khartoum dan Omdurman
untuk semarakkan semangat Islam
demi menilai pengorbanan
dan harga darah para syuhadaa.


K.L.I.A. - 18.3.2007

Gersang Gurun Sahara



Betapa kenangan kelmarin
tidak akan pudar
tidak akan layu
tidak akan dapat dipadamkan

Gersang Gurun Sahara
tetap menghantui jiwa
bercampur baur debaran dan fobia
pahit, manis, getir, aku terkesima

Baru semalam aku terjaga
di sudut sepi aku terpaku
keresahan dalam ketenangan
ketenangan dalam keresahan
aduhai bilakah rindu ini
akan berakhir?

K.L.I.A. - 18.3.2007

Ahad, 4 Mac 2007

Hujung Minggu Di Putrajaya



Anak-anak saya telah berkunjung ke Putrajaya dan mengambil gambar-gambar yang menarik dan ini telah membuat saya merasa ingin sekali pergi ke sana untuk menghabiskan cuti dihujung minggu.

Pemandangan di tepi tasik, bot-bot serta susunan tumbuh-tumbuhan perhiasan tersusun rapi seakan-akan menggamit pengunjung ke sana.

Mereka yang suka mengambil gambar tentu mendapat banyak ilham pergambaran dan fotografi.

Afghanistan, Iraq dan Iran

Setelah menceroboh masuk ke Afghanistan dengan alasan memerangi keganasan dan kemudian ke Iraq dengan alasan menghapuskan senjata 'WMD', kini satu alasan sudah dicipta bagi menceroboh masuk ke Iran pula.

Iran sudah semestinya merasa terkepung apabila musuhnya (Amerika) menceroboh masuk ke negara di sebelah timurnya dan Iraq di sebelah baratnya.

Sebab itulah ia meneruskan program nuklearnya, walaupun menghadapi risiko dikenakan sekatan ekonomi, malah dikenakan serangan ketenteraan oleh masyarakat dunia. Lagipun hak tersebut dijamin di bawah perjanjian NPT.

Adakah perang ke atas Iran akan diteruskan oleh Amerika? Mungkinkah ia bukan sama ada diserang atau tidak, tetapi persoalan 'bila' ia akan berlaku?