Jumaat, 19 Januari 2007

Somalia Mencipta Sejarah

Apabila pejuang-pejuang UIC meninggalkan semua bandar-bandar besar Somalia termasuk ibu negara Mogadishu, pihak TFG disokong oleh tentera Ethiopia masuk dan menguatkuasakan undang-undang tentera (martial law) ke atas bandar-bandar itu.

Ternyata TFG tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Somalia, tetapi sekadar menjadi boneka Ethiopia yang merupakan proksi Amerika.

Konvoi tentera telah diserang oleh kumpulan orang-orang Somalia yang tidak dikenali yang menyebabkan ramai yang terbunuh. Jumlah yang terkorban tidak diumumkan di atas sebab-sebab 'keselamatan'(baca: mengelakkan dari malu terhadap puak TFG dan tentera Ethiopia).

Terlalu awal untuk mengatakan penyerang adalah puak UIC yang memulakan perang gerila. Namun yang pasti keamanan masih lagi sesuatu yang hanya boleh diimpikan sahaja oleh rakyat Somalia.

Ahad, 14 Januari 2007

Lagi Perkembangan Menarik Di Somalia

Apabila pihak UIC mengambil alih ibu negara Mogadishu setelah mengalahkan pihak militia yang disokong oleh Amerika, mereka membuka pelabuhan dan lapangan antarabangsa dan mewujudkan suasana keamanan di dalam kawasan kawalan mereka.

Tetapi sekarang setelah pihak TFG disokong oleh tentera Ethiopia (Habsyah) masuk ke Mogadishu setelah pihak UIC berundur dari bandar-bandar yang dahulunya mereka kuasai, pihak TFG mengumumkan undang-undang darurat pula.

Bukan setakat itu sahaja, malah telah ada suara-suara sumbang yang mencadangkan agar Somalia disatukan dengan Ethiopia [baca ditakluk oleh Ethiopia] pula.

Apakah pihak Etiopia berharap dapat menjinakkan Somalia setelah pihak Amerika gagal dengan berakhirnya episod Black Hawk Down yang mengorbankan 18 anggota tenteranya dahulu itu?

Adakah rakyat Somalia dapat menerima penjajahan Ethiopia dengan tangan terbuka disertai hamparan permaidani merah?

Sama-samalah kita ikuti perkembangan di negara Horn of Afrika itu.

Sabtu, 13 Januari 2007

Sebuah Sajak 1977



Semasa saya belajar di tingkatan enam rendah (30 tahun yang lalu), saya membaca sebuah puisi karangan seorang penulis terkenal di sebuah akhbar tempatan.

Saya sukakan puisi tersebut lalu saya menyimpan keratan akhbar tersebut.

Beberapa hari yang lepas saya telah imbas keratan akhbar berkenaan untuk menyiarkan di blog saya ini.

Setiap kali membaca puisi di keratan akhbar ini mengimbas kembali kisah nostalgia saya sewaktu muda dahulu.

Ahad, 7 Januari 2007

Selamat Tahun Baru Hijrah 1428

Ambo nak ucap selamat tahun baru Hirah 1428 kepada pembaca blog saya ini.

Semoga tahun 1428 menjanjikan perkara-perkara yang lebih baik untuk umat Islam.

Tahun Baru Hijrah 1428



Mungkin ada di antara kita terlalu sibuk dengan tahun baru Masehi 2007, tanpa menyedari tahun Hijrah 1428 sudah hampir tiba.

Kalau tidak disebabkan ada cuti umum pada 1 Muharam 1428, mungkin tidak ramai yang menyedarinya.