Anak saya yang bekerja di pasaraya Taikaly di Taman Sri Serdang telah tidak dibenarkan sembahyang Asar kerana waktu dia rehat itu ramai pelanggan. Majikan juga telah mungkir janji akan membenarkan dia rehat untuk bersolat.
Anak saya mengambil keputusan berhenti bekerja dan dia tidak mendapat apa-apa bayaran di atas alasan dia tidak bekerja cukup sebulan.
Beliau menceritakan beberapa orang lagi pekerja telah berhenti kerja juga kerana tidak dibenarkan solat oleh majikan.
Tidak keterlaluan jika diandaikan pasaraya Taikaly mempergunakan penat-lelah pekerja-pekerja Islam secara percuma, semata-mata kerana pekerja-pekerja tersebut berhenti kerana bekerja “tidak cukup sebulan”
Saya mengajak semua orang Islam yang menjadi pelanggan tetap di pasaraya Taikaly memboikot pasaraya Taikaly, kerana tuan punya yang bersikap ‘biadap dan tidak menghormati” kita orang-orang Islam. Sedangkan saya percaya majority pelanggan pasaraya Taikaly adalah terdiri dari kalangan orang-orang Islam.
Boikot pasaraya Taikaly kerana pemiliknya menghina Islam.
Alang Bidara. Taman Sri Serdang (9/7/2006
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
Sehari yang lalu