Ahad, 18 Jun 2006

Perluaskan Pengaruh PAS Melalui Perkahwinan

Mon | Jun 12, 06 | 02:14:29 PM
Oleh Alang Bidara, Sri Serdang, Selangor

ssalamu'alaikum Sdra Pengarang,
Sempena Muktamar PAS ke 52 di Kedah, izinkan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada PAS kerana telah berjaya mengharungi lautan dugaan politik negara penuh gelombang cabaran. PAS telah melalui masa berjaya (Pemilu 1999) dan masa kalah (Pemilu tahun 2004) dengan jayanya. Bersyukur di waktu berjaya dan bersabar ketika kalah.

Izinkan saya mencadangkan agar pengaruh pengaruh PAS dikembangkan lagi melalui perkahwinan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin utama. Ini telah dipraktikkan oleh YB Tuan Guru Presiden.

Jangan pandang ringan implikasi dari perkahwinan ini. Bayangkan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Pemuda berkahwin dengan muslimat dari kalangan orang-orang Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya melalui pertalian perkahwinan ini, rakyat di Negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang bertambah kenal dengan pemimpin-pemimpin PAS yang majoritinya dari "Semenanjung".

Cara begini juga telah dipraktikkan oleh Baginda Rasulullah (S.A.W) apabila baginda berkahwin dengan wanita dari suatu kabilah, maka ramai dari kalangan kabilah tersebut menjadi penyokong Islam.

Sekian cadangan dari saya.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke harakahdaily@gmail.com. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Sabtu, 17 Jun 2006

Selamat Kembali Ke Tanah Air

Setelah hampir dua bulan di bumi bertuah Sudan, aku kembali ke tanah air, membawa seribu kenangan.

Isteri dan anak-anakku gembira sekali menyambut kepulanganku.

Benar kata pepatah/bidalan yang mengatakan "Sayang anak tangan-tangankan; sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Namun aku terpaksa mengambil masa lebih dua minggu untuk pulih dari sindrom perbezaan zon waktu. Beberapa teman sepejabatku juga mengesahkan mereka juga merasai betapa tidak selesanya melalui adaptasi akibat time zone difference ini. (alang bidara - 17/6/2006 - 2030 hrs)

SEMALAM DI SUDAN














SEMALAM DI SUDAN

Demikian jadinya pertemuan ini
Aku terdampar di pinggiran gurun Obaied
Menjadi tetamu satu petang di Wadi Benjadid
Hanya seketika mengecapi kemanisan mangga
Yang harum di dusunmu wahai Benjadid

Pada ketika yang lain pula
Aku menjadi musafir di lebuhraya
Menuju ke Khartoum menjalar di sepanjang
Padang pasir ini
Cuma sempat singgah di Kosti
Untuk menikmati keenakan ikan dari Sungai Nil
Dan memandang bunga-bunga yang indahmu
Walaupun sesekali aku terpaksa
Merempuh ribut pasir yang memedihkan mata

Bila tiba di plaza tol Jabal Auliya
Aku tahu aku akan tiba ke Khartoum
Bertemu dengan wargamu yang ramah mesra
Aku disambut dengan senyuman lebar
Walau aku tahu kau serba kekurangan

Pernah sekelumit waktu aku berhenti bermalam
Di pelabuhan Port Sudan
Dapat juga aku makan ikan dan lobstermu
Duhai Port Sudan
Aku gembira wahai Port Sudan

Walau aku terpaksa merasai
Kepanasan bahangmu wahai Sudan
Aku bahagia bersamamu
Biarpun buat seketika
Kini aku telah pergi meninggalkanmu

Namun aku tahu aku akan kembali lagi
Seperti kata-kata hikmat orang tua2 Sudan
“Sekali kau telah meminum air dari Sungai Nil,
Kau pasti akan datang kembali ke Sudan…”
Selamat tinggal Sudan, selamat tinggal
Di lain masa kita bertemu lagi.

Alang Bidara. 6 Jun 2006