Rabu, 30 November 2005

KTM Komuter dan Touch 'n Go

Seorang teman yang menggunakan khidmat KTM Komuter untuk ke pejabat dan balik setiap hari telah merungut kepada saya tentang bagaimana baki di tolak secara tidak betul dari kad Touch 'n Go yang dia gunakan untuk membayar tambang KTM Komuter.

Oleh kerana terlalu tidak puas hati beliau telah menulis kepada webmaster laman web KTM, serta menghantar salinan (CC) kepada editor Harakahdaily. Setelah beberapa lama menulis surat beliau mengadu tiada apa-apa jawapan yang diterima dari kedua-dua pihak itu.

Adakah email beliau tidak sampai atau sampai tetapi tidak dipedulikan lansung oleh kedua-dua pihak. Beliau telah memberi salinan email belaiu. Di bawah ini disiarkan salinan email beliau untuk tatapan para pembaca yang budiman. Semoga mendapat maklumat dari peristiwa ini. (alang bidara - 23/11/2005)
===================================
Pada hari Selasa 25 Oktober, 2005, lebih kurang pukul 4.35 petang saya telah menaiki keretapi Komuter dari stesyen Kuala Lumpur ke Serdang, Selangor dengan menggunakan pembayaran tiket melalui kad Touch 'n Go yang bernombor siri __________. Jumlah baki di kad tersebut ialah lebih kurang RM15.00.

Bila sampai di stesyen Serdang, ketika mahu keluar dengan meletakkan kad saya di scanner, saya tidak dapat keluar kerana mendapat error yang lebih kurang berbunyi "..illegal ***..."

Saya keluar melalui pintu pagar dan telah di arahkan oleh seorang anggota Polis yang bertugas supaya memberitahu staf KTM di tempat membeli tiket. Staf berkenaan telah mengambil kad Touch 'n Go saya dan swipe di scanner yang satu lagi dan mengeluarkan bunyi "beep-beep" menandakan OK.

Staf KTM berkenaan memberitahu saya yang saya didenda sebanyak lebih kurang RM10.00 kerana 'kononnya saya telah melakukan kesalahan kerana keluar di exit yang salah'.

Pada pagi keesokannya iaitu Rabu 26 Oktober, 2005 apabila saya nak masuk ke stesyen Serdang dengan kad Touch'nGo yang sama, saya tidak 'dibenarkan' kerana baki pada kad hanya tinggal 30 sen sahaja...sedangkan saya tidak menggunakan kad itu untuk tol atau apa-apa lagi sejak petang 25 Oktober 2005.

Persoalannya:

(1) Mengapa saya dikenakan bayaran lebih RM10 sedangkan entry dibuat di stesyen Kuala Lumpur dan exit di Serdang, saya hanya perlu membayar RM1.80? Mengapa saya didenda sedangkan KTM atau Touch'nGo yang tidak dapat menyelaraskan data mereka?

(2) Sekiranya saya mengalami perkara yang serupa, adakah saya perlu keluar melalui pintu pagar dan membayar tambang di kaunter tiket?

(3) Adakah wang saya yang telah ditolak dari baki kad itu akan dipulangkan, dan bagaimana cara untuk membuat tuntutan?

Sekian, semoga mendapat jawapan yang memuaskan. Terima kasih.

2 ulasan:

  1. Berikut berita tersiar lapuran menganai aduan pengguna terhadap KTM:

    Pegawai KTM abai aduan penumpang


    Saudara Pengarang,
    ADALAH dimaklumkan bahawa pada 8 November 2005, lebih kurang pukul 1830
    petang, perjalanan Tren Express Wau (XW17) dari Pasir Mas ke KL Sentral,
    Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan dari Pasir Mas hingga ke Gua Musang
    dengan Koc E4 amat panas sekali. Pada awalnya saya sangka alat pendingin
    hawa lambat berfungsi jadi saya biarkan saja. Namun sehingga tiba di Gua
    Musang pun keadaan masih sama.


    Saya mengambil keputusan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai
    bertugas. Kata beliau tunggu sehingga tiga jam barulah sistem akan
    berfungsi seperti biasa. Bayangkan kanak-kanak kecil yang inginkan
    keselesaan menangis kerana kepanasan. Perkara ini berlaku bukannya sekali
    malah beberapa kali sebelum ini. Saya pula hanya menggunakan KTM sebagai
    pengangkutan tetap bagi setiap perjalanan.


    Sehubungan dengan itu saya amat kecewa dengan sikap tidak prihatin pegawai
    yang bertugas, jangan hanya tahu periksa tiket sahaja sehingga keselesaan
    penumpang diabaikan. Biarlah mutu perkhidmatan seiring dengan kadar harga
    tiket yang semakin naik.


    Saya amat berharap perkara ini tidak akan berulang lagi. Kalau sudah tidak
    berminat dengan kerjaya, berilah laluan kepada orang yang benar-benar
    komited dengan kerjanya. - MOHD ZIN SULAIMAN, Subang Jaya, Selangor.

    BalasPadam
  2. Kita mengalu-alukan semua komen untuk tatapan umum. Terima kasih. (alang bidara - 30/11/2005)

    BalasPadam